Assalamualaikum wbt. selamat tahun baru semua! salam 2014.
okey memandangkan harini last day cuti & esok sekolah, aku nak buangkan masa dengan menulis apa yang aku rasa aku nak tulis dekat sini.
RANDOM THOUGHT(S)
yes, apa jua yang hampa nak buat, pastikan benda tu boleh buat hampa bahagia. jangan asyik nak ikut telunjuk orang ja semua, jangan dok biaq orang lain yang tentukan masa depan hampa. buat pilihan sendiri, kalau boleh pikiaq elok-elok baru ambik keputusan. sama jugak dengan aku, jangan bertindak terburu-terburu. ambik masa, mohon petunjuk daripada Allah SWT, in shaa Allah akan ada petunjuk yang membahagiakan kita.
rasa-rasa, ada banyak orang ka yang senyum sekarang ni memandangkan esok, khamis (2/1/14) merupakan HARI PERSEKOLAHAN? hah! habaq mai, ada ka? tup-tup bila aku kena ingat yang tahun ni kena ambil SPM, habih hilang semua senyum tu.
sorrylah, aku ni memang jenis yang annoying sikit. aku buat ja apa yang aku suka & aku tak pernah pun nak heran dengan apa yang orang kata. so, inilah hasil daripada kebosanan aku harini memandangkan esok sekolah lepastu pejam celik pejam celik SPM lepastu habis sekolah lepastu tak mau pikiaq dah boleh? hah, tu pun kalau pejam lepastu celik. kalau pejam lepastu tak celik? innalillahi wainna ilahirojiun. (eja tak betul tak pa kan janji sebutan dia ok)
lagi panjang aku merapu nanti lagi banyak hampa maki nanti lagi berat pulak bahu kanan aku ni. ahahahaha ok sorry sebab aku annoyedkan hampa semua lepas tu terpaksa baca entry yang tak semenggah ni.
ok lastly, aku mintak maaf kalau ada yang butthurts sebelum ni, bukan salah aku ok. tu memang perangai aku. doakan yang terbaik untuk aku, memandangkan SPM dah semakin dekat! (ecewah buat macam selama ni aku ambik tau)
wallahualam, jazakumullahu khairan kathira.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.
Assalamualaikum, enjoy your day! ^_^
No comments:
Post a Comment