Saturday, 19 October 2013

suamiku, penyelamatku! 2


Setibanya aku di rumah, keadaan di sekeliling rumah menjadi sangat sepi. 
"Eh! Dah kenapa rumah macam sunyi je ni? Mana pergi ibu dengan ayah? Bukan ayah dah kata ke nak berbincang sesuatu dengan aku? Ha! Mungkin ayah dah lupa kot, ni la masanya untuk aku mengelakkan diri daripada disoal ayah sebentar nanti. He...he...he", ucap aku sambil ketawa kerana ayah sudah lupa akan perkara tersebut.
Tapi apa yang aku fikir ni betul ke? Bukan aku ke tadi yang pening kepala memikirkan apa yang ayah akan katakan? Kenapa aku dengan begitu mudah je nak lupakan segalanya? Ahhhhh! Serabut kepala aku! 
Aku sudah tidak mahu memikirkan apa lagi jadi aku mengambil keputusan untuk masuk aje ke dalam rumah. Biarlah apa nak jadi, jadi aje la. 
Setelah masuk ke dalam rumah, aku terlihat susuk tubuh ayah sedang berada di atas sofa di ruang tamu. Aku juga ada nampak Puan Marziana, iaitu ibuku berada di sebelah ayah. 
Mereka sudah nampak aku. Aku pasti aku tak akan dapat lari lagi. Aku ingat ayah sudah terlupa, tetapi ayah seperti sahaja hendak memberi 'kejutan' kepada aku. 
Aku mengeluh perlahan.
"Ha! Dah balik pun anak ayah! Meh duduk sini sebelah ayah", kata Tengku Amran kepada anaknya.
"Hmm... Apa yang ayah nak bincang dengan Liya ni?", kata aku sambil mengeluh.
"Dah kenapa mengeluh tu? Penat dengan kerja ke?"
Tengku Amran merupakan seorang bapa yang sangat penyayang kerana dia cuma dikurniakan seorang anak sahaja iaitu Tengku Marliya.
"Ye la ayah, kerja bertimbun setiap hari, mana Liya tak penat ayah? Ayah cuba tanya pekerja yang lain, mesti mereka pun penat jugak apatah lagi Liya ni yang memegang jawatan sebagai CEO"
Liya menjadi sedikit beremosi kerana tidak dapat mengawal perasaannya.
"Okey la ayah tak nak bebankan lagi perasaan kamu, apa kata ayah beritahu je apa yang ayah nak beritahu kepada kamu?", kata Tengku Amran sambil memandang wajahnya isterinya untuk mencari sedikit kekuatan. 
"Ha beritahu aje la ayah, Liya dengar"
"Ayah nak kamu kahwin dengan anak kawan ayah, dia baik sangat. Ayah dengan ibu kamu dah bersetuju untuk menyatukan kamu berdua. Lagipun keluarga mereka tidak membantah"
Setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh ayah, aku rasa seolah-olah semua ini hanyalah mimpi. Betulkan apa yang aku fikirkan tadi? Aku dah agak dah perkara ni akan berlaku! Aku rasa macam nak pitam je sekarang ni.
"Why I need to marry someone that i didn't even know?! Are you kidding ayah?! Kenapa ayah tiba-tiba ja nak Liya kahwin ni?"
Ahhhh! Ini semua tak boleh jadi! Kenapa semua ini perlu terjadi? Kenapa aku perlu berkahwin dengan orang yang aku tak kenal? Kenapa ayah buat aku macam ni? Aku mengeluh lagi.
"I just want you to be happy, i want you to change your lifestyle! Ayah tak kira, apa pun keputusan Liya, Liya akan dikahwinkan juga dengan calon pilihan ayah!"
"Macam mana Liya nak bahagia kalau Liya kahwin dengan orang yang Liya tak cinta? Macam mana ayah tahu yang Liya akan bahagia?"
Aku menggasak ayah dengan pelbagai soalan kerana aku sudah tidak mampu menahan perasaan aku lagi.
"Cinta boleh dipupuk sayang, bercinta selepas berkahwin sangat menyeronokkan, percayalah dengan ibu. Ibu tak rasa kamu tak akan bahagia. Insya Allah kebahagiaan akan berada di sisi kamu nak", celah ibu setelah sekian lama ibu mendiamkan diri.
"Betul kata ibu kamu tu. Ayah yakin yang kamu akan bahagia dengan pilihan kami kerana orang yang kami pilihkan ini merupakan orang datang dari keluarga yang baik-baik"
"Mana ayah tahu dia baik? Mungkin depan keluarga dia dan depan ibu dengan ayah aje dia pura-pura baik? Mana kita tahu hati dia ayah"
Aku menjadi semakin tidak berpuas hati. 
"Sekurang-kurangnya dia bukan kaki clubbing", sindir ayah.
"Ibu rasa kamu patut beri peluang untuk diri kamu dahulu, jangan asyik nak bertindak melulu aje. Ibu yakin anak ibu ni takkan hampakan ibukan? Ibu nak sangat tengok Liya kahwin dengan pilihan kami berdua itu. Dia nampak baik sangat. Mana tahu dia sanggup mencintai Liya sepenuh hati dia? Dia juga dapat terima baik buruk perangai Liya", kata ibu sambil mengusap lembut tanganku.
Aku semakin buntu dengan apa yang berlaku sekarang ini. Haruskah aku menerima? Haruskah aku mencuba?
"Kalau Liya kata Liya tak nak kahwin dengan dia macam mana ayah?", ucap Liya sambil terketar-ketar menahan rasa takut yang menguasai dirinya itu. 
"Ayah akan pastikan yang Liya tak akan mendapat semua harta ayah! Ayah akan pastikan segala kemewahan ini akan ditarik balik dan akan diberikan kepada rumah-rumah anak yatim. Ayah takkan benarkan kamu ambil satu sen pun harta ayah selepas ini", kata ayah sedikit tegas supaya anaknya itu menerima cadangan itu.
"Apa ni ayah?! Ayah sanggup ketepikan anak ayah sendiri?"
"Bukan ayah ketepikan anak ayah, ayah buat semua ini demi anak ayah jugak, demi kebahagiaan anak ayah jugak. Ayah tak nak Liya berkahwin dengan orang yang tak tahu asal-usul, yang tak bermoral. Ayah tak nak semua itu terjadi. Ayah harap sangat yang Liya takkan hampakan ayah"
Ayah cuba menenangkan hati aku.
"Baiklah, kalau itu yang ayah rasa terbaik untuk Liya, Liya terima aje"
Ayah terkejut dengan keputusan aku. Ayah tidak sangka aku akan mendengar cakapnya. Terus ayah dan ibu memeluk aku, ibu mencium pipiku manakala ayah terus memeluk aku kerana aku tidak menghampakan keputusan mereka.
"Boleh Liya janji dengan ayah yang Liya takkan pergi ke kelab-kelab malam lagi? Ayah tahu Liya tak minum air kencing syaitan itu, tapi ayah tak suka la Liya pergi sana"
"Ye la ayah.... Liya janji takkan jejakkan lagi kaki Liya ke sana"
Ibu sudahpun mengalirkan air matanya kerana sebak mendengar kata-kataku yang ingin berubah itu. Aku pun apa lagi, tumpang sekaki la biar banjir rumah mewah ayah ni!
Setelah ayah dan juga ibu sudah pun masuk ke bilik untuk tidur, aku pun mengambil keputusan untuk naik ke bilik dan membersihkan diri. Melekit sangat badan ni, rasa macam tak mandi seminggu.
Aku pun masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Aku menghempaskan badan aku ke katil untuk berehat seketika. Disebabkan malas untuk memikirkan hal itu, aku pun dengan malas ini mengambil tuala dah mandi sepuas-puasnya. Aku sudah tidak kira malam ke, apa ke, aku nak mandi jugak lama-lama! Tengok! Betapa degilnya aku ni. He... He... He....
Ahhhhhh! Rasa lega giler dapat mandi! Aku rasa macam aku ni memang betul tak mandi selama seminggu. Tapi aku tak la semalas itu sehingga tidak mandi. Tak ada maknanya tak mandi! Panas kut cuaca sekarang ni. Mahu pengsan aku nanti! Aku membebel dalam hati.
Setelah 'mendarat' elok-elok di atas katil, tiba-tiba aje otak aku menawar diri untuk berfikir tentang perkara itu.
Apa yang aku buat ni betul ke? Sudah bersedia ke aku untuk menjadi seorang isteri? Sanggup ke aku nak tempuhi segalanaya? Perlukah aku lari dari sini? Tapi kalau aku lari mesti aku tak dapat apa-apa.
Semakin banyak persoalan bergasak untuk berada di dalam mindaku. Aku menjadi makin keliru. Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ni salah? Apa yang akan jadi dengan masa depanku? Atau ini sudah memang jodohku? Kenapa aku yang perlu berkorban? 
Aku merenung siling itu macam nak tembus! Punyalah sibuk berfikir! Hmm..... Aku pun sudah buntu. Tapi aku rasa la ini la jalan yang terbaik kerana aku selalu dengar daripada mulut orang, kalau pasangan kita ibu bapa yang tentukan, Insya Allah ia akan kekal lama kerana telah mendapat restu daripada mereka dan Yang Maha Esa. Mana tahu, dah ini memang jodoh aku kan?
"Ya Allah, kalau ini memang jodohku, aku berserah sahaja Ya Allah kerana engkau telah menentukan segala-galanya. Aku cuma perlukan kebahagiaan sahaja Ya Allah kerana aku tahu, takdir yang menentukan segal-galanya", Liya berdoa.


Akhirnya aku tertidur dengan sendirinya tanpa aku sedar.

2 comments:

  1. agak menarik, cuma background awak, buat saya pening dan terganggu nak membaca

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai. thankyou :> apa maksud awak? is it a distraction for you? :)

      Delete

Tumblr Scrollbars