Tuesday, 5 November 2013

suamiku, penyelamatku! 10



"Kau jangan main-main Wan", ujar Zahir Danial yang merupakan sahabat baik kepada Malik Ridhwan.
Sesungguhnya berita yang baru dikhabarkan oleh sahabat baiknya itu sangat memeranjatkan dia. Manakan tidak, gadis yang pernah Malik tolong itu sudah berada di depan matanya!
"Betul apa yang aku bagi tahu kau, takkan la aku nak bohong kau pula. Aku jumpa dia depan mata aku Zahir, aku terlanggar dia. Dah dua kali dah pun. Kau tahu, sejak kejadian tu, aku masih tak boleh nak lupakan dia......", ujar Malik tentang apa yang sedang bersarang di hatinya.
Gadis yang pernah disukainya dulu sudah muncul kembali. Dahulu, mungkin aku tak percaya kepada cinta pandang pertama. Tetapi sekarang, aku sudah percaya kerana ianya berlaku kepada diri aku!
Aku sudah jatuh cinta kepada gadis yang pernah aku tolong sewaktu dia kemalangan dahulu. Ingat lagikah dia kepada aku? Melalui perbuatan perempuan itu, masakan dia kenal aku! Kan masa dia kemalangan dulu, dia seperti tak sedarkan diri.
Dahulu aku cuba menjejaki perempuan itu kembali, tetapi aku tidak menemui sebarang petunjuk. Sekarang Allah dah pertemukan aku dengan gadis yang aku sayangi itu, tetapi nasib sudah tidak menyebelahi aku.
"Cuba kau cerita dekat aku macam mana kau boleh jumpa dia kembali. Kau masih cintakan dia ke bro?", tanya Zahir kepada rakannya itu.
Di rumah Zahir Danial la tempat Malik Ridhwan bertandang, berkongsi cerita dan juga tempat untuk melepak. Mereka sudah kenal dari sekolah menengah lagi, lagi bertambah rapat apabila mereka memasuki universiti yang sama.
Setahu Zahir, Malik tak pernah lagi berhubungan dengan mana-mana perempuan, maksudnya bercinta. Selalunya dia nampak Malik cuma berbual dengan perempuan hanya kerana mereka sama kuliah mahupun untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
Bukannya Malik tidak mempunyai rupa, tetapi sahabatnya itu umpama berhati batu. Seolah-olah tidak mudah untuk jatuh cinta, sekali kata cinta, selama-lamanya setia. Dahulu masa di zaman universiti, selalu jugalah kawan dia ni bercerita yang ramai perempuan cuba untuk mengambil hatinya, tapi dia buat tak tahu aje!
"Entahlah Zahir, aku pun tak pasti sama ada aku cintakan dia ataupun tak. Yang aku pasti, aku rasa selesa bila aku berada dekat dengan dia.", ujar Malik dengan jujur.
'Aku cinta dekat dia ke? Tapi kenapa aku rasa berdebar-debar bila aku jumpa dia ye? Kenapa aku rasa lain macam aje bila aku berada dekat dengan dia? Kenapa selama aku berkawan dengan perempuan-perempuan di luar sana, aku tak rasa macam ni pun? Ahh!', bisik hati Malik Ridhwan.
"Pelik la kau ni. Dulu dekat uni, bukan tak ada perempuan yang nak dekat kau, berbaris-baris Wan! Kau aje yang tak layan dia orang", balas Zahir.
Kawan baik aku yang seorang ni memang pelik la! Bukan senang nak dengar dia ni bercerita tentang perempuan. Bila ditanya pasal perempuan aje, ada aje jawapan yang dia beri. Kadang-kadang rasa kesian pula dekat si Malik ni. Ye la, orang semua dah ada kekasih, dia aje yang menyendiri.
"Dah hati aku tak nak aku nak buat macam mana Zahir oi", ujar Malik acuh tak acuh.
"Kau tak cerita pun dekat aku macam mana kau jumpa dia", kata Zahir seolah-olah terasa hati. Padahal saja aje nak memancing Malik! Bukannya aku tak tahu.
"Beberapa hari lepas, aku pergi Times Square nak cari barang yang mak aku pesan, sambil aku jalan tu mak aku call, entah macam mana aku boleh terlanggar perempuan tu aku pun tak tahu. Mula aku ingat nak minta maaf la, tapi tak jadi pula sebab dia marah-marah aku. Sabar ajelah nasib baik dia tu perempuan"
"Kau boleh pula kan kau pergi langgar dia? Kelakarlah kau ni Wan. Mesti kau gelabah giler masa dia marah-marah kau tu?", usik Zahir.
Aku cerita dia gelak-gelak pula. Ada juga karang yang kena seligi dengan aku ni!
"Kau jangan bro...", ujar Malik sambil menahan amarahnya.
"Ala chill la bro. Aku main-main aje. Kata dua kali kau terserempak dengan dia, apa cer?", kata Zahir.
Baik jangan main-main dengan si Malik ni, karang berasap pula telinga dia marahkan aku. Mahu ditumbuknya aku ni, tak ke naya aje?
"Kali kedua tu tadi siang. Kan aku tak jadi jumpa kau dekat restoran tu, aku terlanggar dia lagi la. Sampai terjatuh dan terseliuh jugalah kaki dia tu...........", ujar Malik dengan perasaan bersalah yang menggunung.
"Oh! Patutlah kau cancel plan nak jumpa tu, rupanya dia jumpa buah hati dia dulu... He he he...."
'Baru aku teringat, tadi Wan kata ada hal penting yang dia nak beri tahu aku. Ah! Kejap lagi la aku tanya dia', bisik hati Zahir Danial.
"Kesian aku tengok dia tadi. Aku bawa dia pergi klinik lepas tu doktor tu kata dia bini aku bro. Terkejut beruk jugalah aku waktu tu. Tapi aku ia kan juga apa yang doktor tu kata. He he he...", ujar Malik sambil ketawa nakal.
"Hebat la kau! Tak sangka aku. Hah! Tadi kau nak jumpa aku dekat restoran sebab kau nak beri tahu aku sesuatu kan? Cakaplah sekarang", desak Zahir.
Bukan dia tak tahu, selagi tak suruh si Malik ni cerita, selagi tu la dia berdiam diri. Memang sifat semula jadi Malik kalau dia nak beri tahu sesuatu tetapi tertangguh, lepas itu mesti dia lupa.
"Oh pasal tu. Mama dengan papa aku paksa aku kahwin, tetapi bertunang dahulu lagi 2 hari. Papa cakap dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Aku tanya kenapa dia cakap dia nak rapatkan lagi hubungan dia dengan kawan dia tu", Malik mengeluh.
Akhirnya! Cerita yang nak disampaikan kepada Zahir akhirnya terluah juga. Dia takut kalau-kalau Zahir terasa hati dengannya kerana dia lambat menyampaikan berita ini.
Bukan dia tak mahu, tapi dia tak tahu nak berkata apa. Masakan dia mahu kahwin dengan perempuan yang langsung dia tak kenal? Sekurang-kurangnya kalau dia orang pernah berjumpa, tak apa la juga.
"Kau biar betul Wan?! Alhamdulillah! Aku tak sangka kau dah nak kahwin. Kau lagi maju daripada aku kan?", usik Zahir.
"Tapi kau tahukan perasaan aku sekarang ni, aku keliru. Perlukah aku terima? Macam mana kalau kami tak serasi? Lagipun aku tak kenal perempuan tu Zahir! Takkan aku senang-senang nak kahwin aje dengan dia tu! Aku kalau boleh aku tak nak! Aku tak nak! Aku tak nak kahwin dengan dia bro!", bentak Malik.
"Kalau aku kata kau bodoh mesti kau marah kan? Arkitek jenis apa bodoh macam kau ni?", soal Zahir Danial dengan begitu sinis.
"Apa maksud kau? Kenapa kau kata macam tu?", soal Malik.
"Apa fungsi kau bertunang dulu? Masa bertunang tu la masanya untuk kau kenal hati budi dia, untuk kau kenal siapa dia yang sebenarnya. Apesal la bengap sangat kawan aku ni?", kata Zahir sambil menolak lembut bahu kawannya.
"Ye tak ye kan, aku pun lupa benda tu. Padahal aku nak bertunang lusa aje", gelak Malik.
"Sebagai seorang photographer yang kacak lagi menawan, apa kata aku yang ambil gambar pertunangan kau? Tak payah la kalau mama dengan papa kau keluarkan duit nak bayar siapa-siapa. Apa fungsi kawan baik kau ni?", soal Zahir sambil menunjukkan riak bangga kepada kawannya.
"Blah la kau! Masuk bakul angkat sendiri! Kau ikhlas ke?", soal Malik dengan penuh berharap.
"Ye la. Aku kan dah anggap kau kawan aku dunia dan akhirat. Lagipun, dulu kau yang banyak tolong aku bila aku tak cukup duit, kau yang tolong aku bagi pinjam modal untuk bukak bisness aku dulu. Sekarang la masanya untuk aku balas jasa baik kau! Gambar tunang dengan kahwin, aku sponsor kau! Cayalah!", ujar Zahir dengan ikhlas.
Malik ni anak orang berada. Dulu masa dekat universiti, kalau aku tak cukup duit ke, tak cukup apa ke, dia la yang hulur duit dekat aku. Aku masuk universiti tu pun dengan biasiswa tapi Malik di tanggung sepenuhnya oleh Datuk Azhar merangkap bapa kepada Malik Ridhwan.

"Terima kasih banyak-banyak la bro. Ala semua tu hal kecil aje la, papa aku pun bukannya berkira sangat dengan kau. Dia dah anggap kau macam anak dia juga, kau jangan risau lah.", ujar Malik sambil senyum.
"Apa yang terima kasihnya? Aku buat pun belum lagi", gelak Zahir.
"Kenapa mama aku cakap aku tak boleh pergi majlis pertunangan aku tu ye? Kalau aku pergi aku tengok dia dulu, kalau aku rasa aku tak suka, kan boleh aje aku beritahu mama siap-siap. Entah-entah perempuan yang macam mana la mama dengan papa pilih untuk aku", Malik mengeluh.
"Kau memang bantah sekeras-kerasnya kan Wan? Ye la, kan tak manis dipandang orang kalau kau ada dekat sana. Kau bukannya boleh buat apa pun nanti. Yang sarungkan cincin, mama kau juga bukan kau! Ikut adat la weh!", ujar Zahir sambil ketawa.
"Ye la. Kau ingat aku nak sangat ke bertunang dengan dia tu? Kau tahu tak, mama kata tempoh pertunangan kami 3 bulan aje, cepat tu! Macam mana kalau dia pun tak boleh terima aku? Kalau dia tak sekepala dengan aku? Mahu bergaduh kami selalu. 3 bulan aje kut, pejam celik pejam celik aje. Mana aku tak membantah?"
"Pilihan mak kau mesti yang terbaik punya la. Takkan dia nak pilih yang tak elok untuk kau pula kan? Tak apa, aku doakan yang terbaik untuk korang berdua", ujar Zahir untuk melembutkan hati Malik.
"Aku ikut aje la. Eh! Boleh aku tumpang tidur rumah kau? Aku dah bagi tahu mama tadi, dia kata pergilah. Lagi pula esok sabtu, kita enjoy! Lusa aku nak jadi tunang orang dah", gelak Malik.
"Macam kau tak biasa tidur rumah aku!", Zahir menolah dahi Malik.
"Kurang ajar kau! Kejap kau!", jerit Malik setelah mendapati yang Zahir sudah berlalu pergi.
Buat apa aku nak serabutkan kepala aku dengan pertunangan tu? Baru aje nak bertunang, entah jadi ke tidak kahwinnya itu. Baik aku fikir benda lain. Lagi pun, kalau aku dah berkahwin, papa nak serahkan syarikatnya dekat aku.
Ni lagi satu masalah! Aku tak bersedia lagi la! Ish serabutnya!

2 comments:

  1. andai sudi, jemput2 melawat ke blog mawar. :) mawar pon masih belajar menulis. boleh kita saling memotivasi penulisan kita. :)
    http://mawarkamila.blogspot.com/2012/06/bab-1-isteri-aku-kalis-cinta.html

    ReplyDelete

Tumblr Scrollbars