Sunday, 20 October 2013

suamiku, penyelamatku! 4

"Eh! Kau ni dah kenapa? Tak nampak ke aku berjalan tadi? Buta ke apa?", ujar Liya kerana terlalu marah dengan apa yang terjadi.
'Dia ni tak nampak aku ke? Dah kenapa langgar aku ni?! Jalan tak pakai mata ke apa. Ni aku tak suka ni, jalan kalau tak pandang ke depan memang la terlanggar dengan orang!'
Aku pandang ke hadapan. Ya Allah! Kacaknya lelaki ni, siapa dia ni?
"Kau la apehal?! Yang nak marah-marah orang ni dah kenapa? Aku bukannya sengaja nak langgar kau pun. Aku tengah nak ambil telefon aku, tiba-tiba aje kau melintas depan aku, mana la aku nak perasan!", balas lelaki itu sambil marah kerana bengang dengan sikap Liya.
"Kau la! Dah tahu tengah berjalan, pandang la depan! Yang kau marah aku balik ni kenapa? Bukannya nak minta maaf, tapi marah orang balik. Siapa yang langgar siapa ni?"
Aku rasa seperti aku pernah lihat lelaki ni sebelum ni, tapi aku tak tahu di mana. Ah! Khayalan aku aje kut!
"Dah la cik, lelaki ni pun tak sengaja kan? Jangan la marah-marah lagi cik. Encik, saya minta maaf ye kerana bos saya ni marah-marah cik. Dia tak sengaja tu", ujar Arina begitu kerana dia takut yang masalah kecil ini akan menjadi semakin besar.
Bukan dia tak tahu, sikap bosnya ni keras kepala! Nak aje dia yang menang, susah nak mengalah. Karang kalau dibiarkan lama-lama, bergaduh besar pulak diorang.
"Saya bukan apa, tak sengaja terlanggar bos awak ni, tapi dia ni nak marah-marah orang pulak"
"Tak apa la kalau begitu encik, kami mintak diri dulu ye?"
"Baiklah"
Arina menarik tangan Liya menjauhi lelaki itu, takut pula dia yang Liya akan buat sesuatu yang dia tak sangka.
"Kenapa awak tarik tangan saya ni? Masalah saya dengan lelaki itu tak habis lagi! I still can't believe in it! He didn't even say sorry to me you know!"
Aku mengeluh.
"Biarkan aje la cik, dia pun bukan sengaja. Kan dia tengah bercakap dengan mak dia? Mungkin mak dia beritahu dia tentang masalah apa-apa ke, mana kita tahu kan".
Arina cuba untuk menenangkan Liya.


"Ye la Arina.. Dah jom balik!"

4 comments:

  1. boleh tak bagi gambaran watak dia macam mana?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liya: dulu jenis yang gi clubbing tp dia stop sebab parents dia paksa kahwin, anak manja, kalau dia tak suka satu benda tu, memang dia tak suka.
      malik: peramah tp dalam masa yang sama pemalu, dia macam air kepada api, angin kepada kepanasan :)

      Delete
  2. salam.. thanx sbb sudi singgah kt blog saya.. glad to know that u like my head girl story.. do read my other stories too..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. pleasure! its nice tho ^^ in shaa Allah, will do,

      Delete

Tumblr Scrollbars