Wednesday 30 October 2013

suamiku, penyelamatku! 9



"Kau pergi mana hah sampai tak call aku terus kau tak rindu aku ke?", soal Liya setelah panggilannya disambut.
"Assalamualaikum"
Kedengaran tawa sepupunya itu setelah berjaya mengenakannya.
"Waalaikumussalam. Saja aje kan kau ni?", soal Liya dengan rajuknya.
"Ala kau ni, kau tahu kan aku lately ni busy sikit. Bukannya aku jauh dari kau lama mana pun, 3 hari aje kan? Nanti aku balik la. Kan aku nak tengok kawan baik aku ni nak bertunang. Gila kau kalau aku tak balik?!", ujar sepupunya itu.
Tengku Rozana, sepupu merangkap kawan baik Tengku Marliya. Ana ni tua dua tahun daripada aku, kiranya sekarang ni umur dia lebih kurang 27 tahun la. Suami dia pula, Tengku Fahrin, umur 28 tahun.
Ana dengan Fahrin ni rapat sangat dengan aku, aku dah pun anggap dia orang ni macam kakak dengan abang aku. Maklumlah, dia orang berdua ni kan sepupu aku dan aku ni pula anak tunggal. Nak jugalah merasa kasih sayang seorang abang dengan kakak.
"Kau janganlah tak balik, mahu aku merana sorang-sorang. Nanti sapa la yang nak bagi semangat dekat aku? Hmmm.....", ujar Liya dengan semangat yang kian pudar. Ye la, sahabat baik tak ada waktu nak bertunang, siapa tak sedih?
"Kau jangan risaulah, aku balik esok. Kan kursus aku dah habis, aku tahu la uncle takkan la nak kasi aku pergi kursus lama-lama, karang siapa yang nak pergi majlis pertunangan kau? Takkan aku nak biar abang Fahrin pergi sana sorang-sorang, nanti menyesal pula aku kalau tak tengok kau depan mata aku", balas Ana.
Tersenyum lebar aku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ana.
"Aku tahu kau sayang aku kan. He he he.... Fahrin macam mana? Sihat? Kau?", soal Liya.
"Dia sihat aje, aku pun sama. Hah! Kau pehal call aku malam-malam ni? Kau bukan tak tahu yang aku nak balik esok, saja aje kan kau ni"
"Ala kau ni. Eh! Kau tahu tak, dah dua kali ada orang jalan lepas tu dia langgar aku. Hari ni dia langgar aku lagi, sampai terseliuh kaki aku. Nasib dah elok dah sekarang ni", ujar Liya.
Pada siapa lagi aku nak cerita semua ni kalau bukan Ana? Dia la pendengar yang baik dari dulu sampai sekarang.
"Cuba kau cerita dekat aku, apa jadi sebenarnya ni?"
"Kau tahu tak, dua hari lepas aku keluar pergi shopping dengan Ariana, lepas tu macam mana entah sorang mamat ni boleh pula langgar aku lepas tu marah-marah aku pula", ujar Liya sambil menahan kembali amarah yang disimpan.
"Kau yang marah dia dulu ke dia yang marah kau dulu?", soal Ana sambil tersenyum. Bukan dia tak kenal sifat sepupu dia yang sebenarnya.
"Aku", balas Liya pendek.
"Mana la dia tak marah kau balik! Kau yang marah dia dulu. Cuba la kau sabar sikit, kau tu dah lama nak kahwin dah kan. Tak kan kau nak marah suami kau selalu?", nasihat Ana.
"Aku tahu tu salah aku, aku bukannya sengaja. Terkejut kau tahu tak"
"Dah kau sambung, macam mana peristiwa tadi pula?"
"Tadi aku keluar lunch dengan Ariana tempat yang biasa kita lepak tu, kita orang on the way nak balik office, tetibe aje mamat tu kelam-kabut jalan sampai terlanggar aku. Aku ingat siapa la yang langgar aku, rupa-rupanya mamat sengal tu lagi. Selamat dia minta maaf dulu dekat aku, kalau tak mahu aje aku lenyek dia dengan lori kau tahu tak", Liya meluahkan apa yang terjadi kepada Ana.
Mesti Ana tengah gelakkan aku! Bukan aku tak tahu perangai dia ni, ada aje yang dia nak gelak. Nasib aku la dapat sepupu sengal macam mamat tu.
"Kelakar la kau! Sakit perut aku dengar cerita kau! Kau nak lenyek mamat tu, kau sanggup ke?", ujar Ana dengan ketawa yang masih bersisa.
Ni yang aku nak langgar dia juga ni! Nasib aje la kau ni sepupu aku, Ana. Kalau tak dah kena dah kau ni.
"Kau sengaja nak sakitkan hati aku ke apa ni?", soal Liya.
"Ala chill la kawan! Kau bukan tak kenal aku. Handsome tak mamat yang langgar kau tu?"
"Ye la. Hmm.. Boleh tahan la mamat tu, kacak pun kacak, siap ada lesung pipit lagi!", ujar Liya dengan ikhlas.
"Dengar macam kau dah suka aje dengan mamat tu.......", usik Ana.
"Kau jangan nak merapu, aku tak suka pun dekat dia. Ada ke aku nak suka dengan mamat sengal tu?"
Betul ke kau tak suka Liya?
"Eh yang kau emo ni apa pasal? Aku tanya kau suka dia ke, bukan aku tanya kau cinta dia ke. Ha ha ha..", balas Ana.
'Sempat lagi kau kenakan aku ye Ana!', marah Liya.
"Kau jangan Ana..................", ujar Liya.
"Aku melawak aje la. Eh! Nanti kita jumpa la ye. Dah malam ni, esok aku nak drive dari Terengganu ke KL pula. Letih aku", kata Ana.
"Ye la, kau tu drive hati-hati, jangan nak ingat dekat Fahrin sangat, jaga diri ye", ucap Liya.
"Okay! Good night sayang! Assalamualaikum"
"Nights! Waalaikumussalam", balas Liya.

suamiku, penyelamatku! 8

"Macam mana isteri encik boleh jatuh ni? sampai terseliuh teruk jugak la kaki kiri dia ni. kalau lambat dibawa ke klinik ke hospital berdekatan, takut bengkak dia lagi teruk. selamat la encik bawak isteri encik tepat pada waktunya", ujar Doktor Geena.
'Eh! sejak bila pulak mamat sengal ni jadi suami aku?! tak kuasa aku. dengar dek Ariana ni, mampus dia gelakkan aku setahun!', bisik hati Liya.
'Dah kenapa doktor ni kata dia ni isteri aku? Ish tak sesuainya! kalau la dia jadi bini aku, mesti tiap-tiap hari berperang!', keluh Malik.
Kalau aku kata yang perempuan ni bukan isteri aku, karang malu pulak dia. Alah! Bantai aje la kata dia ni bini aku! bukan luak sikit pun! kut la kalau dia ajak aku berperang dalam klinik ni. he he he....
"Saya rasa kaki isteri encik.................."
"Malik"
"Ye Encik Malik, saya rasa kaki isteri encik ni terseliuh dan bengkak biasa-biasa aje. kejap lagi surut la bengkaknya tu. cuma satu saya nasihatkan, jangan bagi isteri encik buat kerja yang berat-berat takut nanti melarat pulak bengkaknya tu", kata Doktor Geena.
Mahu jadi gila aku senyap aje dari tadi! Dah kenapa dengan dia ni mengaku yang aku ni bini dia? Kan senang aje kalau dia berterus-terang dengan doktor tu, tak ada la dia salah faham.
Saja aje Malik ni nak kenakan aku. Siap kau kejap lagi!
"Ye saya faham doktor. Tapi kaki dia ni tak patah kan doktor?", soal Malik lagi.
Doktor Geena asyik tersenyum aje dari tadi. Mesti dia ingat aku dengan Malik ni pasangan yang bahagia kerana Malik begitu ambil berat pasal aku.
Fikir bukan-bukan dah doktor tu! Salah siapa ni?!
"Tak, dia cuma terseliuh biasa aje. Awak jangan risau, awak cuma perlu pastikan aje isteri awak ni tak banyak bergerak supaya cepat sembuh. Nak jalan tu boleh, tapi jangan jauh-jauh sangat. Kaki tu masih dalam proses nak membaik, jangan terukkan lagi keadaan ia", tersenyum lebar Doktor Geena dengan telatah Malik. Ye la, orang 'sayang' bini la katakan....
"Ye, ye doktor, saya akan cuba nasihatkan dia ni", balas Malik sambil merenung aku.
Nak kata yang kita ni sweet la Malik? Berangan la kau! Disebabkan aku tak nak kau malu sekarang ni, aku ikut aje rentak kau. Kau tunggu aje la kejap lagi, mahu aku sembur dengan mulut aku ni. Karang kalau bernanah telinga kau, nasib kaulah. Bukan kau ke yang mulakan semua ni? Ha ha ha...
"Saya rasa Encik Malik pun dah fahamkan, jadi saya akan bekalkan ubat tahan sakit kepada isteri encik ni ye. Pastikan dia makan kalau dia merasa sakit. Faham ye puan?", tanya doktor itu kepada aku disebabkan aku asyik senyap aje. Dah bosan agaknya!
Aku pun apa lagi, angguk aje la. Takkan aku nak geleng pula, nanti apa la yang doktor tu fikir tentang aku.
"Baiklah doktor, kami mintak diri dulu la ye. Terima kasih", pamit Malik.
"Sama-sama", tersenyum doktor muda itu melihat telatah 'sepasang suami isteri' dihadapannya itu.
"Sayang, awak boleh jalan ke tak tu? Nak saya pimpin awak ke?", usik Malik kerana dia tahu, Liya takkan tengking dia disini.
"Saya boleh aje jalan sendiri, awak tak payah la nak risau", balas Liya dengan muka yang merah menahan geram.
Rasa macam aku mahu aje lenyek kepala si Malik dengan lori. Baru dia rasa! Berani-berani dia panggil Tengku Marliya dengan gelaran sayang! Dia tak tahu siapa aku yang sebenarnya ni.
Aku berani luahkan dalam hati aku ni aje, mana sanggup aku lenyek kepala Malik dengan lori sebabkan lelaki ini mempunyai auranya yang tersendiri. Dia sendiri terpikat dengan ketampanan jejaka itu. Tapi masih belum dapat menyentuh hatinya lagi la, baru di pandangan mata aje.
Tapi kata orang, cinta itu datang dari mata, kemudian baru ke hati. Betul ke ini? Mintak simpang malaikat 44 la!
"Jom", ajak Malik.

Setelah mengambil ubat di bahagian resepsi, mereka pun segera keluar daripada klinik tersebut.

"Kau dah kenapa hah kata aku ni bini kau? Kenapa kau berani panggil aku sayang hah? Kau tau tak tipu tu berdosa? Kenapa kau tak jujur aje dengan doktor tu?", bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Liya. Sesak jugalah nafas!
'Dah aku agak dah dia ni punya soalan tak lain tak bukan soalan itu jugalah yang keluar dari mulut comel dia tu. Tak boleh ke tanya awak sayang saya ke? Kan boleh aje aku jawab ye. Kalaulah aku ada kekuatan nak beritahu dia tentang perasaan aku, agak-agak terkejut tak dia? Mesti dia kata aku ni gatal, baru aje kenal dah cakap sayang. Kalaulah kau kenal aku Liya....'
"Eh kau ni berangan pulak ye! Kan aku tanya kau soalan tu! Kau ingat aku ni tiang ke cakap dengan tiang balik? Sungguhlah aku rasa macam nak langgar aje kau dengan lori sekarang ni", terhambur keluar lagi amarah yang dipendam dalam hati.
"Tak luak pun kalau aku mengaku semua tu, kenapa? Kau tak suka ke?", soal Malik kembali.
Hek eleh mamat poyo ni! Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Apa kena dengan dia ni?!
"Bukan apa aku... Err... Aku cuma tak selesa aje bila kau panggil aku macam tu", luah Liya.
Padahal dalam hati nak aje dia kata, ye aku suka! Tapi dah dikutuk-kutuknya, takkan dia nak mengaku juga kan? Hati dia ni pun pandai dah cakap berbelit-belit!
"Ha ha ha.. Kenapa kau tergagap-gagap pula ni?", usik Malik.
Dia tahu dalam hati perempuan itu sedang marahkan dirinya, tapi tak ada la dia maki hamun aku tadi. Dah sejuk dah kut. Lantaklah! Aman aku.
"Kau jangan cari pasal dengan aku pulak Malik. Karang aku teruskan juga rancangan aku nak langgar kau dengan lori, naya aje kau ni", merah padan muka Liya.
"Aku melawak aje lah, jomlah aku hantar kau balik! Kau nak pergi mana ni? Nak balik pejabat ke nak aku hantar kau balik rumah?", soal Malik.
'aku nak balik pejabat ke aku nak balik rumah eh? Lagipun aku ke pejabat dengan ayah, bukan dengan kereta aku sendiri. Balik rumah aje la, boleh tidur he he he..'
"Kau hantar aku balik rumah aje lah, aku nak rehat", ujar Liya.
"Ye la", balas Malik dengan tidak bernada.
Setelah mengelurkan telefon bimbitnya....
"Helo Assalamualaikum Ariana, awak bagi tahu tengku yang saya tak dapat masuk ke pejabat ye. Kata saya balik rumah rehat", tutur Liya setelah dia dapati panggilan yang dibuatnya, dijawab.
"Kalau tengku tanya kenapa, saya nak jawab apa?"
"Awak bagi tahu aje la dia. Baiklah, Assalamualaikum", Liya memberi tanda-tanda yang dia mahu menamatkan perbualannya dengan Ariana kerana lagi lama mereka berbual, sampai bila pun tak habis!
"Baiklah cik, waalaikumussalam"


Sedang Liya menelefon Ariana, dia tidak sedar yang dia diperhatikan oleh Malik. Senyum ajelah dengan perangai dia ni. Malik tersenyum sendiri.

Tuesday 22 October 2013

suamiku, penyelamatku! 7


"Sedapnya cik! Kalau saya tahu sedap macam ni, dah lama saya datang. Lagipun bukannya jauh sangat dari pejabat", puji Ariana tentang masakan yang terdapat di kedai ini.
"Tu la awak, asyik nak makan dekat tempat jauh aje, mesti tak pernah tahu kan wujudnya kedai makan dekat sekitar pejabat ni?", tanya Liya sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
Malah, Tengku Marliya Tengku Azman mempunyai sengihan yang lebih busuk daripada kerang busuk itu! Ha ha ha..
"Mana la saya tahu cik, kalau saya tahu tiap-tiap hari saya datang sini. Dah la jimatkan duit minyak, harga berpatutan, sedap pula tu!"
"Awak la saya ingat awak suka sangat dengan makan-makan ni, tak sangka pulak saya yang awak ni tak tahu mengenai restoran ini. Kesiannya..", usik Liya!
"Ala cik bos ni saya memang la suka makan, tapi saya mana la nak ambil tahu sangat pasal restoran-restoran ni cik.", balas Ariana sambil tersengih malu.
Bukan malu apa pun, malu mengada aje!
"Ye la tu.. Dah jomlah kita balik ke pejabat. Nanti lambat pula dengan nak berjalannya lagi."
"Jom cik bos!", ujar Ariana sambil tersenyum senang.
Ya la, sapa tak gembira kalau bos belanja makan? Eh Ariana bukan kaki bodek ye, dia cuma kadang-kadang aje bos belanja. Ala.. Bukan selalu bos dia nak belanja.
"Saya tak sangka bos makan dekat restoran macam itu ye", kata Ariana setelah sekian lama menyepi.
"Awak ingat saya makan dekat hotel aje ke? Tak semestinya tempat yang mahal-mahal macam hotel itu dapat menyajikan makanan yang sedap seperti di tempat tadi", ujar Liya sedikit tegas.
Walaupun Liya lahir dalam keadaan yang sempurna, keluarga yang berada, tetapi dari kecil lagi ibu dan ayah mengajar Liya untuk makan di restoran-restoran yang sederhana. Jarang sekali Liya diajar makan di hotel mahupun di temat-tempat yang mewah kerana ibu bapanya tidak mahu dia hidup dalam kemewahan.
Walaupun dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba-serbi dengan kemewahan, Liya sudah biasa diajar untuk hidup dalam keadaan yang sederhana.
Kesimpulannya, jangan anggap semua anak orang kaya makan di tempat-tempat yang mewah dan tidak makan di kaki lima!
"Bukan apa cik Liya, saya tanya aje. Janganlah marah saya", tutur Ariana sambil memainkan memek muka yang sesuai.
Tak lama selepas itu...................
"Ahhhhhhhhhhhh!"
Kedengaran nyaring suara Tengku Marliya menjerit.
"Masya Allah", terkejut Ariana!
"Kau ni dah kenapa jalan tak pandang orang ke apa?! Kau buta ke apa? Yang kau kalut sangat sampai kau rempuh aku ni kenapa?"
Bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut aku. Siapa yang tak terkejut kalau-kalau dia dirempuh secara tiba-tiba semasa dia tengah bersembang? Aku bukan sahaja dirempuh biasa-biasa, malah dah jatuh terduduk dah aku ni!
'Mahu terseliuh kaki aku ni. Ya Allah sakitnya...'
"Maaf ye cik saya tak sengaja.........", ujar pemuda yang telah melanggar aku.
"Kau tau tak sakit? Aku rasa macam berlanggar kayu balak dah ke apa. Kau pehal ni?", tanya Liya dengan muka cemberutnya.
Masya Allah! Sakit aku ni memang tak boleh aku nak zahirkan lagi. Aku rasa kalau dia dia rempuh aku biasa-biasa tak ada la sakit macam ni, ni tak! Sampai jatuh aku. Ada ke patut mamat ni?
"La.... Kau lagi ke yang aku rempuh?", tanya pemuda itu setelah sekian lamanya membiarkan aku terkontang-kanting untuk bangun.
'La! Mamat ni lagi ke yang rempuh aku? Aku ingat aku takkan jumpa lagi dah dia ni. Karang perang dunia meletus lagi pulak dekat sini'
Sempat lagi aku bermonolog sedangkan kaki aku sedang berdenyut-denyut penuh dengan kesakitan!
"Sejak bila kau yang rempuh aku?! Kenapa kau aje yang rempuh aku? Kau ikut aku eh?", tanya Liya.
"Tak ada la masa la aku nak ikut kau, kebetulan aku nak pergi jumpa dengan kawan aku, entah macam mana aku tak perasan aku boleh terlanggar kau. Aku minta maaf", tutur pemuda itu dengan lembut tidak seperti hari-hari sebelum ini.
"Hmmm.... Aku maafkan kau. Aku ingat kau nak marah aku lepas itu blah macam haritu aje, tak sangka kau reti jugak ye nak minta maaf", sindir aku.
Ingat senang-senang kau aje kau minta maaf? Hari itu kau pergi macam itu aje, tak ada la pula kau nak bersusah payah kau nak minta maaf dekat aku. Lagi kau tengking aku ada la. Kau ingat aku tunggul ke apa aku ni?
Sedap hati kau aje, hati orang lain kau tak reti nak jaga. Sebenarmya pasal hari ini tu, aku dah maafkan. Cuma aku tak boleh nak terima aje apa yang dia dah buat aku dulu. Aku dah rasa macam dia ni saja aje nak bina tembok peperangan dengan aku.
Maklumlah, memang tak akan berjumpa dah kan selepas ni, tapi hari ini? Kenapa lelaki ni juga muncul depan aku? Hari malang aku ke apa?
"Eh kau ni, nak sindir-sindir aku pula. Dah kenapa dengan kau ni?"
Eh! Kenapa aku tanya soalan tak dijawab pula minah becok ni? Kenapa dia aje dia ni tak berkutik langsung.
"Aku cakap dengan kau ni! Sempat lagi kau berangan ye?!", marah pemuda itu.
"Kau cakap dengan aku ke? Maaflah, aku tak dengar", jujur Liya kerana menyesal dengan tindakannya yang kuat berangan.
"Hmm.. Tak apa la, kau sakit lagi tak? Jom aku bawa kau pergi klinik kau nak?", soal pemuda itu dengan lembut kerana dia tahu, kalau sekalipun dia berkeras dengan wanita itu, memang wanita itu tak akan layannya. Biarkan aje dia cakap dengan tiang.
"Errr... Tak apa la kut, menyusahkan kau aje nanti, bukan kau nak pergi jumpa kawan kau ke?"
'Kenapa si Arina ni senyap aje dari tadi? Terkejut lagi ke dia?'
"Awak kenapa Arina? Kenapa awak senyap aje dari tadi? Awak ada masalah ke? Ke awak dah jatuh cinta dengan mamat ni?", soal Liya dengan niat hanya mahu mengusik pembantunya itu.
Sebenarnya, selalunya kawan baik aku merangkap sepupu aku sendiri yang selalu keluar makan dengan aku, tapi dia pula ada kursus dekat Kuala Terengganu. Terpaksalah aku ajak si Arina ni sekali, kalau tak bosan la aku sorang-sorang.
He he he...
Merona merah muka Arina!
"Apa yang cik mengarut ni? Er... Saya cuma terkejut aje. Tak sangka ada lagi ye drama antara cik dengan encik ini", Arina memulangkan paku buah keras kepadanya.
Ambik kau! Nak sangat kenakan Arina, kau yang terkena balik.
"Nama aku Malik, nama kau?", soal pemuda itu kepada Arina.
Oh Malik rupanya nama dia, tapi buat apa aku nak tahu kan? Bukannya kita orang nak berjumpa lagi pun selepas ini. Buat apa kalau terserempak pun asyik bergaduh aje, ada juga yang kena baling dengan kasut tumit aku ni!
"Nama aku Liya, yang tu kawan aku, nama dia Arina", balas Liya mahu tak mahu aje.
"Dah jom aku bawa kau pergi klinik. Kau boleh jalan ke tak ni?"
"Eh! Tak menyusahkan kau ke? Aku tak nak susahkan kau. Aku boleh aje jalan lagi ni"
Aku cuba bangun tapi gagal! Aku terjatuh balik. Ahhh!
"Kau ni kenapa degil sangat hah?! Aku nak bawa kau pergi klinik kan yang kau degil sangat tu kenapa?", soal Malik dengan sedikit kasar kerana dia merasakan yang ego dia sedikit tercalar dengan kerenah Liya.
"Encik Malik janganlah marah bos saya. Mari saya tolong cik bangun ye", pujuk Arina.
"Kau bawak la bos kau yang degil sangat ni hah! Ikut aku pergi dekat kereta aku. Jom", ajak Malik.
"Jom cik, ikut aje la. Karang ada juga lagi drama free dekat deretan kedai ni. Kita bukan kenal sangat dengan Encik Malik tu, karang dia buat apa yang kita tak jangka, tak ke naya aje namanya itu cik?", Arina cuba berlembut dengan bosnya.
"Lagi pun, saya takut kaki cik ni lagi teruk lebamnya. Mana tahu kalau pergi klinik, doktor periksa, surut ke lebam tu sikit. Saya risau kalau-kalau cik terseliuh ke, nanti macam mana cik nak datang pejabat?", Arina masih lagi meneruskan agendanya.
"Ye la, ye la. Saya ikut aje cakap awak. Tapi kali ni aje, lagi sekali awak suruh saya buat macam-macam, saya pecat awak!", gurau Liya.
"Dah kenapa dengan korang ni? Dah lenguh aku tunggu dekat sini sempat lagi korang bergurau ek?", soal Malik.
"Dah jomlah cik, karang bapak singa tu mengamuk dekat kita lagi. Cik tak takut ke?", ujar Arina sambil memapah Tengku Marliya untuk pergi ke kereta Malik.
"Eleh setakat mamat macam tu, memang teman perang saya la!"
Ha ha ha...
"Yang awak ni, tak apa ke kalau balik jalan kaki sorang-sorang? Nak saya suruh Malik hantarkan awak sekali ke? Saya tak sukalah kalau pergi dengan saya tapi balik asing-asing", Liya mengeluh.
"Tak apa la cik, pejabat kita kan dekat aje. Cik masuk pejabat ke tak kejap lagi ni? Saya rasa baik cik balik rehat aje", soal Arina dengan prihatin.
"Nanti saya call awak bagi tahu saya balik ke pejabat ataupun tak ye", senyuman Liya terukir dibibirnya.

Setelah memasuki kereta Malik, kereta itu pun meluncur pergi ke klinik yang berdekatan..............

suamiku, penyelamatku! 6

Aku bangun dengan perasaan yang sangat bahagia, seperti hari-hari sebelum ini kerana aku sudah tidak sabar lagi hendak mengenali bakal tunangku.
'Aku nak tengok sama ada dia handsome ke tak, dia boroi ke, ha! Kan aku dah boleh reject dia awal-awal! Tak sanggup aku nak kahwin dengan lelaki yang macam tu, dah la boroi, mesti aku kena masak selalu. Tak pun aku disuruh berhenti kerja, memasak aje aku setiap hari. Sanggupkah aku?'
Ha ha ha..
Aku pagi-pagi lagi dah sempat mengutuk bakal tunang aku tu.
'Tunggu la kau Liya! Kau kata la dia macam-macam, sekali dapat mamat hensem macam yang langgar kau haritu, cair kau setiap hari! Ha ha ha..'
Amboi! Dah pandai suara hati aku menggelakkan tuan dia sendiri! Tapi betul juga apa yang cik hati aku ni kata, mana tahu aku dapat mamat  kacak macam hari tu ke, mahu terdiam aku! Ada juga yang tak sabar nak kahwin ni. He he he...
"Liya! Kenapa termenung depan rezeki tu sayang? Sudah tu, asyik tersenyum-senyum aje.. Ada apa ni Liya? Liya dah kenal ke dengan bakal tunang Liya tu?", ibu menegur aku di meja makan sementara menunggu ayah turum untuk sarapan pagi.
"He he he.. Tak ada apa la ibu, Liya teringat dekat kawan Liya ni ha! Kelakar la dia ibu.. Kadang-kadang Liya rasa macam dia ni comel sangat, kelakar sangat, tapi entah. Liya pun tak tahu"
"Liya dah jatuh hati dekat dia ke?", ibu tersenyum-senyum.
Aku dah agak dah! Soalan ini juga yang akan keluar dari mulut Puan Marziana merangkap ibu tercinta aku. Apa aku nak jawab eh? Aku pun tak pasti dengan perasaan aku sendiri. Tapi tak mungkinlah, baru sekali 'terserempak' takkan dah nak jatuh cinta dah kut?
"Tak ada la ibu. Dah la, Liya malas la nak cakap pasal benda ni. Mana ayah ni ibu? Karang lambat pula Liya nak ke pejabat, karang ada jugak 'pak besar' dalam syarikat tu bising!", ujar Liya sambil ketawa.
Siapa lagi pak besar kalau bukan Tengku Amran!
"Ye.. Ayah dah turun dah ni. Dengar aje la anak tersayang saya tu membebel Ziana..", usik ayah.
"Ala ayah ni, kenapa lambat? Kesian Liya dengan ibu tunggu ayah ni. Karang jammed pulak jalan macam mana? Liya tak nak orang kata Liya ambil kesempatan datang lewat kerana Liya ni anak ayah"
"Ni la ayah sayang sangat dekat anak ayah ni, tak ambil kesempatan. Ala, dia orang tak kisah la, lagi pun Liya pergi dengan ayah kan?", kata Tengku Amran sambil mengusap perlahan kepala anaknya.
"Ayah! Habis la rambut Liya!", aku memasamkan muka meminta simpati.
"Ala sayang ayah ni dah merajuk. Dah dah! Kenapa korang tak sarapan lagi ni?"
"Ziana dengan Liya tunggu abang la, bukannya apa pun.", balas ibu apabila setelah sekian lamanya mendiamkan diri.
"Jom Liya, karang lambat pula kita masuk pejabat. Yang, abang pergi dulu ye?"
Puan Marziana pun menyalami tangan suaminya kerana ianya sudah menjadi rutin harian mereka sebelum Tengku Amran ke pejabat.
"Liya pun minta diri dulu ye ibu? Ibu jaga diri elok-elok ye, janganlah buat kerja berat-berat sangat. Mak Timah kan ada, dia kan boleh tolong ibu", kataku sambil menyalami tangan ibu yang sudah melahirkan aku ke muka bumi ini. Tanpa pengorbanan ibu, tak lahir la aku!
"Ye sayang... Dah pergi, ayah dah tunggu Liya dalam kereta tu"
"Assalamualaikum ibu"
"Waalaikumussalam"
"Liya dah bersedia ke nak bertunang? Dah tak lama lagi Liya, lagi 3 hari aje", tanya ayah kepada aku setelah kereta yang dipandu oleh Pak Tam melepasi pintu pagar rumah aku.
"In shaa Allah ayah, Liya bersedia. Lagi pun baru nak bertunang aje kan? Masa tu la Liya nak kenal hati budi bakal tunang Liya tu, kalau tak sesuai mungkin tak jadi la kut menantu ayah. Tak apa kan ayah? Apa pendapat Pak Tam?"
"Pak Tam rasa, elok jugak tu Liya nak kenal hati budi dia dulu, mana tahu, tak sesuai ke tak la menyesal nanti bila dah berkahwin. Pak Tam sentiasa doakan yang terbaik untuk Liya. Pak Tam dah anggap Liya ni dah macam anak Pak Tam aje, dari kecil sehingga dah nak kahwin pun Pak Tam masih jadi pemandu keluarga Tengku Amran", balas Pak Tam.
"Ayah tak kisah sangat sayang, kalau itu yang terbaik untuk Liya, ayah terima aje. Ayah pun setuju dengan apa yang Pak Tam kata tu. Ala kau ni Tam, kita dah macam adik-beradik Tam, apa lagi yang kau nak malukan? Anak aku, anak kau juga.", ujar ayah sambil tersenyum dengan telatah Pak Tam.
"Terima kasih ayah, Pak Tam"
"Sama-sama Liya", balas Tengku Amran dengan Pak Tam serentak.
Kalau nak tahu, Pak Tam ni suami kepada Mak Timah. Dia orang dah lama kerja dengan keluarga aku, dia orang ni pun aku dah anggap macam saudara-mara aku. Ya la, Pak Tam la dulu yang hantar aku ke mana-mana sahaja yang aku nak, cakap aje, sekejap aje aku dah sampai.
Mak Timah la dari kecil dah jaga aku macam jaga anak dia sendiri, dia la yang mandikan aku dulu sebelum aku ke sekolah kerana ibu sibuk dengan persatuan-persatuan dia. Mak Timah la yang selalu masak untuk kamu sekeluarga.
Walau bagaimanapun, kasih sayang aku terhadap kedua orang tuaku masih tak berubah. Cinta aku kepada dia orang jatuh ke tangga kedua, kerana cinta pertama aku hanyalah untuk Allah S.W.T.
Kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik teringatkan kejadian malang yang menimpa aku dahulu? Kemalangan yang pernah berlaku sewaktu aku dalam perjalanan ke suatu tempat dengan Kamil. Apa agaknya ye khabar kamil sekarang ni? Dia pun aku dengar asyik sibuk aje dekat hospital tu.
Maklumlah, Doktor Kamil la katakan! Apa la khabar kau sekarang ni Kamil? Kau pun dah lama tak telefon aku ke, tweet aku ke, YM aku ke. Kau dah lupa aku ke apa ni? Dah berubah ke belum ye si Kamil ni? Dah berhenti pergi ke kelab malam ke belum eh? Kesian la pula aku dengan Kamil ni, aku harap sangat dia berubah suatu hari nanti.
"Liya! Berangankan apa lagi tu? Berapa kali ayah panggil Liya, kenapa Liya tak layan? Menungkan apa tu Liya? Kita dah lama sampai ni", ujar ayah.
Eh! Aku tak perasan pula yang aku dah sampai ke pejabat.
'Tu la kau Liya! Mana kau nak perasan kalau kau asyik berangan aje'
Dah kenapa dengan cik hati aku ni? Asyik nak melawan aje. Duduk diam-diam tak boleh ke?!
"Tak ada apa la ayah, mungkin Liya letih aje kut. Ayah tak payah risau la. Jom ayah", ujarku sambil menarik tangan ayah untuk ke pejabat.
"Kalau orang tak tahu Liya ni anak ayah, mesti orang kata Liya ni perempuan simpanan ayah! Dah la muda, manja pulak tu. Tengok tu, siap peluk-peluk lagi lengan ayah. Habislah.....", kata ayah dengan tiba-tiba.
Aku dengan ayah? Ha ha ha.. Lawaklah kalau ada yang buat tuduhan sampai macam tu sekali, tak salahkan kalau manja-manja dengan ayah? Tapi boleh jadi jugakkan, sebab orang tak tahu, dia orang kata aje aku perempuan simpanan ayah.
Kalaulah ada yang berkata begitu, mahu lebih dari sehari aku ketawa!
"Apa la ayah ni, ada ke kata macam itu. Ayah nak ke kalau orang buat gossip kata kita macam tu? Buat ada yang silap pergi bagi tahu ibu, ibu pula tak tahu itu Liya, tak ke haru nanti?", balas aku sambil menekan perutku kerana sudah tidak tahan dengan kata-kata ayah.
Kalaulah ada yang salah faham sampai macam tu sekali, karang dia silap bagi tahu ibu, mahu terjadi perang dunia ketiga dekat rumah! Tak sanggup aku.
"Tapi ayah suka sangat Liya buat ayah macam tu, tak ada la nanti gatal nak mengorat ayah", ayah mencuit hidungku.
"Eh! Apa yang ayah mengarutkan ni? Mengada eh ayah? Dengar dek ibu tak ke naya aje nanti?", ujarku sambil ketawa.
Ada aje idea mengarut ayah ni!
"Ayah kata aje, ayah ni pencinta seorang wanita yang setia ye..... Ha ha ha..."
"Ye la tu ayah. Eh! Lif pun dah terbukak tu ayah, jomlah kita naik ke pejabat dulu. Karang layan karut ayah tu tak ke mana la kita dua"
"Ye la sayang..", balas ayah sambil tersenyum.
Ayah tu bukan boleh dilayan sangat, karang menjadi-jadi pulak mengarutnya itu. Ada jugak nanti bos Syarikat A&M jadi tukang karut nanti..
Syarikat A&M, dinamakan sempena nama Amran&Marziana. Gabungan yang dipilih oleh ayah semasa membangunkan syarikat ni sehingga berjaya.


Sunday 20 October 2013

Assalamualaikum........

      Untuk pengetahuan semua, SUAMIKU, PENYELAMATKU! ni adalah hasil daripada gabungan idea aku((sorry kasar tak biasa guna saya maklum la orang penang))  dengan kawan-kawan. so, aku merupakan penulis novel ini ((okay sorry ayat bm aku tunggang langgang)) like seriously, masa nak type ni pun rasa awkward gila. aku harap sangat novel ni akan ada pembaca in shaa Allah dan ini adalah hasil yang asli bukan diciplak daripada sesiapa pun kerana ini adalah hasil saya dan rakan-rakan. so, let's begin with the synopsis first okay? :)
Tengku Marliya 'dipaksa' berkahwin dengan pilihan calon keluarganya. dia memberontak sehingga akhirnya dia mengalah disebabkan masih ada rasa hormat terhadap keluarganya. kita kalau kena kahwin paksa dengan orang yang kita tak kenal, lagi teruk lagi orang yang kita tak cinta.... of course kita tak nak kan? sama la dengan heroin novel ni. 
Sampai satu hari ni, dia dilanggar oleh seorang mamat ni((macam dirempuh bahu la)) kira hangin satu badan la si Liya ni sebab mamat tu boleh pulak kan langgar dia sampai jatuh terseliuh kaki. memang Liya pun tak tahan la sampai habis mamat tu kena sumpah seranah si Liya ni. mamat tu pun minta maaf la, sempat lagi berkenalan tau! nama dia Malik Ridhwan. okay, untuk pengetahuan semua, MR ni memang hot plus handsome gila-gila dan senyuman dia manis sangat.
hampir setiap kali Liya keluar ke mana-mana saja, mesti jumpa  dengan mamat ni, padahal diorang dah bertunang. Liya ja yang tak tau lagi sapa tunang dia padahal si Malik tu dah tau yang Liya tu tunang dia. punya sukalah la Malik bila dapat tau yang tunang dia tu Liya sebab dia dah jatuh cinta dengan Liya(cinta pandang pertama katekooo) 
bila diorang dah kahwin, Liya still tak boleh nak terima yang mamat senyuman manis ni dah jadi suami dia, ye la, setiap orang ada ego dia tersendiri. padahal mamat tu selalu ambil hati dia, layan dia dengan baik, tapi dia masih tak boleh nak terima kenyataan yang suami Liya tu adalah Malik Ridhwan.
bila Tengku Marliya dah boleh terima, bahawa jodoh yang dah ditentukan oleh Allah SWT tu adalah suami dia sendiri, tetapi macam-macam dugaan dan halangan yang berlaku. nak tahu apa dugaan dan halangan yang berlaku? ikuti novel, suamiku, penyelamatku!
semoga hampa semua boleh terima apa yang aku buat in shaa Allah. dan semoga apa yang aku buat ni dapat hampa semua ambil iktibar dan semoga mendapat keberkataan/keredhaan daripada Allah SWT. maaflah terkasar, sebab memang dah biasa guna aku :)) nantikan sambungan ye! 

suamiku, penyelamatku! 5

BAB 5

 "Siapa lelaki tadi tu eh? Kenapa aku macam pernah nampak aje.. Tapi kenapa aku tak ingat pun?" Aku pening memikirkan tentang lelaki itu. Wajahnya seperti pernah aku lihat sebelum ini, tetapi aku tak tahu dekat mana. Adakah dia pernah bersekolah dengan aku dahulu? "Tapi, lelaki itu walaupun muka dia kacak giler! Tapi masya Allah perangai, tak reti hormat orang langsung! Macam mana la kalau aku kenal dia tu siapa, dah lama aku ganyang! Dah la langgar aku, tapi tak reti nak minta maaf pulak! Dah tu, aku pulak yang kena balik" Ahh! Aku kalau dah sekali membebel, kalah mak nenek! Nasib ajelah siapa yang dapat kahwin dengan Tengku Marliya Tengku Amran ni. Hidup kau tak aman la kalau kau berani buat perkara yang bukan-bukan sehingga aku membebel! Panas la telinga kau hari-hari kalau kau cari pasal dengan aku. Aku ni kalau dah membebel, berasap, bernanah telinga pun boleh! "Aku harap sangat la, aku dapat suami yang kacak, sedap mata memandang, baru la sesuai nak berjalan sebelah aku. Ha ha ha...." Aku berangan seketika kerana terlalu bosan sehingga tidak mempunya apa-apa untuk dilakukan. "Liya! Kamu tengah buat apa tu? Lenguh tangan ibu ketuk pintu anak ibu ni, tengok-tengok dia tengah berangan. Berangankan apa tu sayang? Bakal suami Liya eh?", kata Puan Marziana kepada anaknya kerana anaknya dilihat sedang termenung jauh seperti sedang mengingati buah hatinya sahaja! "Ye ke ibu? Maaf eh tak dengar pulak ibu ketuk tadi. Apa ibu mengarut ni? Kenal dia pun tak pernah, tiba-tiba nak ingatkan dia pulak" "Tak ada la, ibu tengok anak ibu ni asyik tersenyum aje, mana tahu kan...." Ah! Ibu tak habis-habis nak mengusik aku. Malu tahu tak! "Hmm.. Ada apa ibu datang bilik Liya ni? Ibu rindu eh..........." Terus aku memeluk ibu walaupun aku tahu itu bukan tujuan sebenar ibu datang ke bilik aku. "Ibu nak ajak Liya ke bilik ibu kejap. Ada benda yang ayah dengan ibu nak bincangkan dengan Liya" "Hmm.." Ahh! Aku dah agak dah! Ibu dengan ayah mesti nak bincang tentang majlis pertunangan aku dengan siapa entah tu. Ni la aku malas ni, tetapi aku gagahkan jugak ke bilik dia orang, karang aku jugak yang dileterinya. Setelah memasuki kamar kedua orang tuaku..... "Hai sayang! Ayah ada benda nak tanya Liya sikit ni. Meh duduk sebelah ayah ni", pinta ayah setelah aku memasuki kamar itu. "Hmm.. Ada apa tiba-tiba ayah nak jumpa Liya ni?" "Takkan nak jumpa dengan anak ayah pun dah tak boleh kut? Baiklah, Tengku Marliya, boleh ke tidak kalau Tengku Amran hendak berjumpa dengan awak?" Aku lihat ibu sudahpun ketawa berdekah-dekah. Ni tak boleh jadi ni! "Baiklah Tengku Amran, boleh saya tahu apa tujuan awak ajak saya berjumpa dengan saya ye?" Aku pun apa lagi, lagi seronok la melayan ayah! Dah lama rasanya tak bergurau senda macam ni. "Boleh saya tanya tak? Tengku Marliya dengan Tengku Amran ni memang macam ni eh? Ada tak rasa-rasa yang nak kena tarik telinga dengan ibu ni eh?" "Ala ibu ni... Nak manja-manja dengan ayah pun tak boleh. Kan ayah kan?", tanya Liya sambil membuat muka comelnya. "Tu la, ibu ni jealous agaknya dengan anak ayah ni.. Puan Marziana, i think you should join us, perhaps?" "Tengok la abang ni! Kita tengah serius, dia main-main pulak. Malas la kalau macam ni" "Ala, ibu merajuk la pulak! Ayah, cepatlah pujuk ibu..." "Sayang! I'm sorry okay? I didn't meant anything, i just want us to enjoy tonight, forgive me?" "Ye la, nanti kalau tak layan, dia pulak yang merajuk! Ha ha ha" "Ye la sayang oi, hah! Ni ayah nak cakap sikit dengan Liya pasal pertunangan Liya tak lama lagi tu. Liya nak buat tema warna apa eh? Ayah kalau boleh, nak buat mewah-mewah sikit sebab Liya sorang aje la anak ayah, jadi ayah nak Liya enjoy and have a great time" "Ikut ibu la, ibu rasa kita patut pilih warna apa eh?" "Kita ambil warna biru okey tak?" "Liya okey aje ibu.." "Kalau macam tu, kita pilih warna biru ajelah!", kata ayah sambil tersenyum kerana aku memberikan kerjasama dengan baik sekali. Aku tengok ayah dengan ibu ni gembira aje aku nak kahwin, tak apa la, aku sanggup berkorban demi ibu dengan ayah kerana dia orang dah banyak berkorban demi aku. Terutama sekali ibu, dia telah mempertaruhkan nyawanya demi melahirkan aku ke atas dunia ini, tanpa ibu siapalah aku. Kalau ibu dengan ayah boleh berkorban demi anak dia orang, kenapa aku sebagai seorang anak tak boleh nak berkorban demi ibu dengan ayah kan? Aku rasa ini adalah jalan yang paling terbaik untuk aku, kerana aku tahu, jodoh aku telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Allah tahu apa yang terbaik untuk umatnya, sebab itulah aku redha sahaja. "Liya bahagia sangat tengokk ayah dengan ibu bahagia, Liya harap, ayah dengan ibu sentiasa doakan kebahagiaan Liya ye?" "Liya, Liya sorang ajelah anak kami, ibu selalu doakan yang terbaik untuk Liya. Ibu suka sangat Liya terima cadangan ibu dengan ayah ni, ibu harap, ini adalah jodoh yang terbaik untuk anak ibu", tutur ibu sambil mengeluarkan air mata. Aku pun apa lagi, peluk ajelah ibu! Buat drama sekeluarga malam-malam ni. "Ayah harap, Liya bahagia lah ye dengan si dia ni. Ah! Ayah lupa pulak, Liya tak nak tahu ke nama bakal tunang Liya tu?" "Nanti-nanti la ayah, nanti masa hari pertunangan tu, barulah Liya tahu nama dan dapat jugalah tengok bakal tunang Liya tu. I hope that he will never disappoint me", Liya mengeluh. "Orang tu baik sangat Liya, hormatkan orang tua, berpendidikan tinggi, berkerjaya. In shaa Allah, Liya akan bahagia dengan dia.", ujar ibu sambil memeluk bahu aku. Ayah pun apa lagi! Peluk terus aku dengan ibu. Rasa bahagia sangat-sangat berada dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang ni. 'Ya Allah, semoga kau berikan sinar kebahagiaan buat aku dan keluarga aku pada masa yang akan datang', rintih hatiku. "Sudah-sudah, Liya dengan ibu ni bukan boleh, ada aje yang nak berdrama sampai esok pagi ni", ujar ayah sambil geletek pinggang aku. Ayah ni saja aje, ada ke patut dia pergi geletek pinggang aku? Rasa macam nak semput dah sekarang ni, geli giler kut! Macam mana la kita orang ni tak bahagia, ada aje kerenah masing-masing yang melucukan. Tu belum masuk bab sakat-menyakat lagi, boleh pengsan rasanya sesiapa aje yang kena sakat dengan kita orang! Pernah sekali tu, ayah sakat mak su Zana dengan pak su Mie sampai naik merah muka dia orang sebab kena sakat dengan ayah! Maklumlah, pengantin barulah katakan, ada aje idea semu orang nak sakat dia orang. Selamat tahan dia orang, kalau tak, mahu dah lari dah dari situ pergi tempat lain. Sampai kalau boleh, ayah nak aje buat dia orang lari pergi pusing rumah sebab tak tahan kena sakat. Ha ha ha... "Ayah... Boleh tak Liya tanya, kenapa ayah nak jodohkan Liya dengan anak kawan ayah? Kenapa ayah tak nak biarkan Liya cari pasangan Liya sendiri? Liya kan muda lagi..." "Ayah saja aje, sebab keluarga dia orang pun suka Liya dar kecil lagi, dia orang kalau boleh nak ambik Liya jadi menantu dia orang. Ayah pun suka sangat dengan keluarga dia orang, lagipun ayah dah kenal mereka lama dah, ayah dah tahu perangai dia orang. Jadi, ayah tak kisah sangat lepaskan anak ayah dengan orang yang ayah tahu, dia orang takkan kecewakan Liya. Bakal tunang Liya tu baik sangat sayang" "Kalau itu boleh bahagiakan ayah dengan ibu, in shaa Allah Liya takkan hampakan ibu dengan ayah", balas Liya lalu memeluk erat ayahnya. "Ibu suka sangat tengok kita sekeluarga macam ni", terus ibu memeluk aku dengan ayah. Aku masuk ke dalam bilik aku setelah sekian lamanya berada dalam bilik ibu dengan ayah aku. Aku kalau boleh, nak sangat cari pasangan hidup aku sendiri, tapi tak apa la! Aku pasti, aku akan bahagia dengan ketetapan ini. "Hmm.... Daripada aku duduk termenung macam ni, baik aku aku cuba semua pakaian dengan tudung yang aku beli tu! Dengan selendangnya lagi, macam mana la aku nak belit ni? Maunya aku terbelit leher aku sendiri, tak ke naya aje? Ha ha ha" Sudahnya, aku pun mencuba la memakai tudung-tudung yang sudah aku beli dengan Arina siang tadi. Aku masih terkial-kial untuk melilit selendang yang aku beli kerana aku tidak tahu bagaimana caranya. "Ah! Baik aku on laptop lepastu tengok youtube aje, susah apa!" Itu la, apa kegunaan alat-alat elektronik kalau kita tak manfaatkan dengan baik? Jangan disebabkan internet, laman sosial, kita menjadi lalai lalu membuang masa kita dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Sekali-sekala itu tak apa la, ni kalau dah selalu? Tak ke buang masa aje namanya tu. "Dah jumpa pun! Ya Allah, cantiknya dia orang pakai selendang. Aku pun nak cuba la, mana tahu jadi ke, tak la membazir aje aku beli semua tu", ujar Liya yang semakin teruja! Macam-macam yang berada di mindaku pada saat ini. Kenapa aku masih rasa sangsi dengan perubahan yang bakal aku lakukan ini? Macam mana kalau aku belum bersedia untuk berubah kemudian nanti aku kembali dengan tidak bertudung? Apakah yang bakal dikatakan dan cemuhan yang akan dilemparkan kepada aku? Sesungguhnya aku benar-benar menjadi takut untuk berubah. Aku menjadi keliru, apakah yang aku lakukakan ini ikhlas kerana Allah S.W.T ataupun disebabkan aku bakal bergelar seorang isteri tidak lama lagi? Ya aku tahu, seorang isteri wajib menjaga maruah seorang suami dengan menutup aurat. Tapi aku belum berkahwin lagi! Aku benar-benar buntu saat ini. Boleh ke kalau aku memakai tudung selepas aku berkahwin nanti? Mungkin teguran daripada seorang suami dapat melembutkan hati isterinya? Yang aku tahu, aku benar-benar menjadi tidak bersedia untuk menempuhi hari-hari yang akan datang. Apa-apa pun, niat sudah aku tanamkan dalam hati, in shaa Allah bila aku dah betul-betul bersedia, aku akan memakainya! Itu janji aku! Setelah mencuba pelbagai jenis baju dan tudung, akhirnya aku menjadi semakin letih. Tak lama selepas itu, aku pun melelapkan mata dengan senyuman kerana niatku yang telah aku sematkan dalam hati.

suamiku, penyelamatku! 4

"Eh! Kau ni dah kenapa? Tak nampak ke aku berjalan tadi? Buta ke apa?", ujar Liya kerana terlalu marah dengan apa yang terjadi.
'Dia ni tak nampak aku ke? Dah kenapa langgar aku ni?! Jalan tak pakai mata ke apa. Ni aku tak suka ni, jalan kalau tak pandang ke depan memang la terlanggar dengan orang!'
Aku pandang ke hadapan. Ya Allah! Kacaknya lelaki ni, siapa dia ni?
"Kau la apehal?! Yang nak marah-marah orang ni dah kenapa? Aku bukannya sengaja nak langgar kau pun. Aku tengah nak ambil telefon aku, tiba-tiba aje kau melintas depan aku, mana la aku nak perasan!", balas lelaki itu sambil marah kerana bengang dengan sikap Liya.
"Kau la! Dah tahu tengah berjalan, pandang la depan! Yang kau marah aku balik ni kenapa? Bukannya nak minta maaf, tapi marah orang balik. Siapa yang langgar siapa ni?"
Aku rasa seperti aku pernah lihat lelaki ni sebelum ni, tapi aku tak tahu di mana. Ah! Khayalan aku aje kut!
"Dah la cik, lelaki ni pun tak sengaja kan? Jangan la marah-marah lagi cik. Encik, saya minta maaf ye kerana bos saya ni marah-marah cik. Dia tak sengaja tu", ujar Arina begitu kerana dia takut yang masalah kecil ini akan menjadi semakin besar.
Bukan dia tak tahu, sikap bosnya ni keras kepala! Nak aje dia yang menang, susah nak mengalah. Karang kalau dibiarkan lama-lama, bergaduh besar pulak diorang.
"Saya bukan apa, tak sengaja terlanggar bos awak ni, tapi dia ni nak marah-marah orang pulak"
"Tak apa la kalau begitu encik, kami mintak diri dulu ye?"
"Baiklah"
Arina menarik tangan Liya menjauhi lelaki itu, takut pula dia yang Liya akan buat sesuatu yang dia tak sangka.
"Kenapa awak tarik tangan saya ni? Masalah saya dengan lelaki itu tak habis lagi! I still can't believe in it! He didn't even say sorry to me you know!"
Aku mengeluh.
"Biarkan aje la cik, dia pun bukan sengaja. Kan dia tengah bercakap dengan mak dia? Mungkin mak dia beritahu dia tentang masalah apa-apa ke, mana kita tahu kan".
Arina cuba untuk menenangkan Liya.


"Ye la Arina.. Dah jom balik!"

Saturday 19 October 2013

suamiku, penyelamatku! 3


"Mana si Arina ni? Aku dah lama tunggu dia ni", aku merungut lagi dan lagi.
Setibanya Arina di sana, dia terus mencari Liya. Dia perlu meminta maaf kerana terlewat, jalan sangat sesak kerana ada kemalangan.
Ha! Tu dia bos aku! Terus Arina mendapatkan Liya.
"Assalamualaikum bos! Maaflah saya terlewat sikit tadi, jalan sesak. Ada kemalangan jalan raya tadi, sebab tu la saya terlewat sedikit", ucap Arina dengan jujur kerana dia tahu, Liya mungkin berasa bosan menunggu dirinya.
"Waalaikumussalam! Saya ingat awak dah lupa. Penat saya tunggu awak"
"Maaflah bos..... Saya bukan sengaja", Arina membuat muka comelnya.
"Ye la... It's okay. Can we order now?"
"Sure!"
Aku memanggil pelayan tersebut lalu membuat pesanan.
"Hah! Bos ada apa nak jumpa dengan saya ni?", Arina bertanya kepada bosnya setelah sekian lama keadaan menjadi sepi.
'Aku nak tanya ke tak? Aku rasa malu la pulak. Hmm... Kalau aku tanya, rasa-rasa Arina akan perli aku ke tak? Tapi kalau aku tak tanya, sampai bila-bila aku tak tahu nak buat apa.' Fikiran Liya sedikit terganggu kerana keliru dengan hendak berbuat apa. 
"Hmm... Saya ada benda nak tanya awak ni"
"Tanya aje la bos, macam tak biasa pula", Arina tersenyum.
'Betul ke keputusan aku ni? Aku dah bersedia ke? Tapi tak lama lagi, aku nak berkahwin jugak, takkan aku tak nak berubah kot? Takkan aku nak biarkan suami aku menanggung dosa aku disebabkan isteri dia tak memakai tudung?' 
Aku semakin keliru dengan perasaan aku sendiri. Hati aku berkata lain sedangkan fikiran aku berkata yang lain. Ah! Syaitan sedang mengawal mindaku sehingga aku tidak dapat berfikir dengan baik.
"Kenapa bos termenung ni? Ada masalah ke?"
Terkejut aku. Selamat aku ni tak ada penyakit jantung! Arina ni pun satu, kenapa la bercakap kuat sangat.
"Oh ye, apa pendapat awak kalau saya memakai tudung?", kata Liya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah cik! Pendapat saya cik, cik pakai tudung memang nampak cantik cik. Saya rasa kalau semua orang di pejabat nampak cik memakai tudung, mesti ramai yang tackle bos diorang!" 
Aku tersenyum sendirian.
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
"Bos nak bawa saya pergi mana ni bos?", Arina bertanya kepada Liya setelah sekian lamanya berada di dalam kereta bosnya tanpa mengetahui hala tuju mereka.
Aku tersenyum mendengar kata-kata Arina. 
'Apalah dia ni, buat macam aku nak culik dia! Kalau aku culik lelaki handsome tak apa la jugak, boleh ajak kahwin lari. Haha haha'
"Bukannya saya nak culik awak pun Arina, saya tak kejam lagi okey! Haha haha"
"Dah tu, kita nak pergi mana ni cik?"
"Saya nak awak teman saya shopping, i want to buy new suitable clothes and some hijabs for me. Saya harap awak sudi teman saya, kalau awak tak nak tak apa, saya hantar awak balik rumah awak aje", kata aku sambil berpura-pura seperti terasa hati.
"La! Kenapa cik tak bagi tahu awal-awal? Kan tak la saya nak susah hati sangat. Boleh aje cik, saya tak kisah pun", Arina berkata sambil memegang bahu Liya.
"Alhamdulillah, i'm glad to hear that."
"Cik, ada Dalil yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

suamiku, penyelamatku! 2


Setibanya aku di rumah, keadaan di sekeliling rumah menjadi sangat sepi. 
"Eh! Dah kenapa rumah macam sunyi je ni? Mana pergi ibu dengan ayah? Bukan ayah dah kata ke nak berbincang sesuatu dengan aku? Ha! Mungkin ayah dah lupa kot, ni la masanya untuk aku mengelakkan diri daripada disoal ayah sebentar nanti. He...he...he", ucap aku sambil ketawa kerana ayah sudah lupa akan perkara tersebut.
Tapi apa yang aku fikir ni betul ke? Bukan aku ke tadi yang pening kepala memikirkan apa yang ayah akan katakan? Kenapa aku dengan begitu mudah je nak lupakan segalanya? Ahhhhh! Serabut kepala aku! 
Aku sudah tidak mahu memikirkan apa lagi jadi aku mengambil keputusan untuk masuk aje ke dalam rumah. Biarlah apa nak jadi, jadi aje la. 
Setelah masuk ke dalam rumah, aku terlihat susuk tubuh ayah sedang berada di atas sofa di ruang tamu. Aku juga ada nampak Puan Marziana, iaitu ibuku berada di sebelah ayah. 
Mereka sudah nampak aku. Aku pasti aku tak akan dapat lari lagi. Aku ingat ayah sudah terlupa, tetapi ayah seperti sahaja hendak memberi 'kejutan' kepada aku. 
Aku mengeluh perlahan.
"Ha! Dah balik pun anak ayah! Meh duduk sini sebelah ayah", kata Tengku Amran kepada anaknya.
"Hmm... Apa yang ayah nak bincang dengan Liya ni?", kata aku sambil mengeluh.
"Dah kenapa mengeluh tu? Penat dengan kerja ke?"
Tengku Amran merupakan seorang bapa yang sangat penyayang kerana dia cuma dikurniakan seorang anak sahaja iaitu Tengku Marliya.
"Ye la ayah, kerja bertimbun setiap hari, mana Liya tak penat ayah? Ayah cuba tanya pekerja yang lain, mesti mereka pun penat jugak apatah lagi Liya ni yang memegang jawatan sebagai CEO"
Liya menjadi sedikit beremosi kerana tidak dapat mengawal perasaannya.
"Okey la ayah tak nak bebankan lagi perasaan kamu, apa kata ayah beritahu je apa yang ayah nak beritahu kepada kamu?", kata Tengku Amran sambil memandang wajahnya isterinya untuk mencari sedikit kekuatan. 
"Ha beritahu aje la ayah, Liya dengar"
"Ayah nak kamu kahwin dengan anak kawan ayah, dia baik sangat. Ayah dengan ibu kamu dah bersetuju untuk menyatukan kamu berdua. Lagipun keluarga mereka tidak membantah"
Setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh ayah, aku rasa seolah-olah semua ini hanyalah mimpi. Betulkan apa yang aku fikirkan tadi? Aku dah agak dah perkara ni akan berlaku! Aku rasa macam nak pitam je sekarang ni.
"Why I need to marry someone that i didn't even know?! Are you kidding ayah?! Kenapa ayah tiba-tiba ja nak Liya kahwin ni?"
Ahhhh! Ini semua tak boleh jadi! Kenapa semua ini perlu terjadi? Kenapa aku perlu berkahwin dengan orang yang aku tak kenal? Kenapa ayah buat aku macam ni? Aku mengeluh lagi.
"I just want you to be happy, i want you to change your lifestyle! Ayah tak kira, apa pun keputusan Liya, Liya akan dikahwinkan juga dengan calon pilihan ayah!"
"Macam mana Liya nak bahagia kalau Liya kahwin dengan orang yang Liya tak cinta? Macam mana ayah tahu yang Liya akan bahagia?"
Aku menggasak ayah dengan pelbagai soalan kerana aku sudah tidak mampu menahan perasaan aku lagi.
"Cinta boleh dipupuk sayang, bercinta selepas berkahwin sangat menyeronokkan, percayalah dengan ibu. Ibu tak rasa kamu tak akan bahagia. Insya Allah kebahagiaan akan berada di sisi kamu nak", celah ibu setelah sekian lama ibu mendiamkan diri.
"Betul kata ibu kamu tu. Ayah yakin yang kamu akan bahagia dengan pilihan kami kerana orang yang kami pilihkan ini merupakan orang datang dari keluarga yang baik-baik"
"Mana ayah tahu dia baik? Mungkin depan keluarga dia dan depan ibu dengan ayah aje dia pura-pura baik? Mana kita tahu hati dia ayah"
Aku menjadi semakin tidak berpuas hati. 
"Sekurang-kurangnya dia bukan kaki clubbing", sindir ayah.
"Ibu rasa kamu patut beri peluang untuk diri kamu dahulu, jangan asyik nak bertindak melulu aje. Ibu yakin anak ibu ni takkan hampakan ibukan? Ibu nak sangat tengok Liya kahwin dengan pilihan kami berdua itu. Dia nampak baik sangat. Mana tahu dia sanggup mencintai Liya sepenuh hati dia? Dia juga dapat terima baik buruk perangai Liya", kata ibu sambil mengusap lembut tanganku.
Aku semakin buntu dengan apa yang berlaku sekarang ini. Haruskah aku menerima? Haruskah aku mencuba?
"Kalau Liya kata Liya tak nak kahwin dengan dia macam mana ayah?", ucap Liya sambil terketar-ketar menahan rasa takut yang menguasai dirinya itu. 
"Ayah akan pastikan yang Liya tak akan mendapat semua harta ayah! Ayah akan pastikan segala kemewahan ini akan ditarik balik dan akan diberikan kepada rumah-rumah anak yatim. Ayah takkan benarkan kamu ambil satu sen pun harta ayah selepas ini", kata ayah sedikit tegas supaya anaknya itu menerima cadangan itu.
"Apa ni ayah?! Ayah sanggup ketepikan anak ayah sendiri?"
"Bukan ayah ketepikan anak ayah, ayah buat semua ini demi anak ayah jugak, demi kebahagiaan anak ayah jugak. Ayah tak nak Liya berkahwin dengan orang yang tak tahu asal-usul, yang tak bermoral. Ayah tak nak semua itu terjadi. Ayah harap sangat yang Liya takkan hampakan ayah"
Ayah cuba menenangkan hati aku.
"Baiklah, kalau itu yang ayah rasa terbaik untuk Liya, Liya terima aje"
Ayah terkejut dengan keputusan aku. Ayah tidak sangka aku akan mendengar cakapnya. Terus ayah dan ibu memeluk aku, ibu mencium pipiku manakala ayah terus memeluk aku kerana aku tidak menghampakan keputusan mereka.
"Boleh Liya janji dengan ayah yang Liya takkan pergi ke kelab-kelab malam lagi? Ayah tahu Liya tak minum air kencing syaitan itu, tapi ayah tak suka la Liya pergi sana"
"Ye la ayah.... Liya janji takkan jejakkan lagi kaki Liya ke sana"
Ibu sudahpun mengalirkan air matanya kerana sebak mendengar kata-kataku yang ingin berubah itu. Aku pun apa lagi, tumpang sekaki la biar banjir rumah mewah ayah ni!
Setelah ayah dan juga ibu sudah pun masuk ke bilik untuk tidur, aku pun mengambil keputusan untuk naik ke bilik dan membersihkan diri. Melekit sangat badan ni, rasa macam tak mandi seminggu.
Aku pun masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Aku menghempaskan badan aku ke katil untuk berehat seketika. Disebabkan malas untuk memikirkan hal itu, aku pun dengan malas ini mengambil tuala dah mandi sepuas-puasnya. Aku sudah tidak kira malam ke, apa ke, aku nak mandi jugak lama-lama! Tengok! Betapa degilnya aku ni. He... He... He....
Ahhhhhh! Rasa lega giler dapat mandi! Aku rasa macam aku ni memang betul tak mandi selama seminggu. Tapi aku tak la semalas itu sehingga tidak mandi. Tak ada maknanya tak mandi! Panas kut cuaca sekarang ni. Mahu pengsan aku nanti! Aku membebel dalam hati.
Setelah 'mendarat' elok-elok di atas katil, tiba-tiba aje otak aku menawar diri untuk berfikir tentang perkara itu.
Apa yang aku buat ni betul ke? Sudah bersedia ke aku untuk menjadi seorang isteri? Sanggup ke aku nak tempuhi segalanaya? Perlukah aku lari dari sini? Tapi kalau aku lari mesti aku tak dapat apa-apa.
Semakin banyak persoalan bergasak untuk berada di dalam mindaku. Aku menjadi makin keliru. Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ni salah? Apa yang akan jadi dengan masa depanku? Atau ini sudah memang jodohku? Kenapa aku yang perlu berkorban? 
Aku merenung siling itu macam nak tembus! Punyalah sibuk berfikir! Hmm..... Aku pun sudah buntu. Tapi aku rasa la ini la jalan yang terbaik kerana aku selalu dengar daripada mulut orang, kalau pasangan kita ibu bapa yang tentukan, Insya Allah ia akan kekal lama kerana telah mendapat restu daripada mereka dan Yang Maha Esa. Mana tahu, dah ini memang jodoh aku kan?
"Ya Allah, kalau ini memang jodohku, aku berserah sahaja Ya Allah kerana engkau telah menentukan segala-galanya. Aku cuma perlukan kebahagiaan sahaja Ya Allah kerana aku tahu, takdir yang menentukan segal-galanya", Liya berdoa.


Akhirnya aku tertidur dengan sendirinya tanpa aku sedar.

suamiku, penyelamatku! 1



"Selamat pagi Cik Liya!", kata salah seorang daripada penyambut tetamu yang terdapat di pejabatnya itu.
Tengku Marliya, seorang gadis yang dikenali ramai kerana dia merupakan CEO dia syarikat ayahnya itu. Tengku Amran, ayahnya, telah menyerahkan Tengku Marliya jawatannya sebagai pemimpin syarikat itu kerana dia sudah tidak larat untuk bekerja lagi.
Tengku Amran sudah memberi seluruh kepercayaannya kepada Liya kerana dia percaya, Liya dapat membantunya mengembangkan lagi empayar syarikat tersebut setelah sekian lama Tengku Amran berusaha keras untuk membuatkan syarikatnya menjadi maju.
Walaupun Tengku Marliya sering ke kelab malam dan pulang di waktu pagi, tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin di syarikat tersebut tidak pernah dia abaikan. Walaupun Liya seorang pemimpin, dia tidak pernah melaksanakan tanggungjawabnya dengan tidak adil malahan Liya melayan mereka sama adil.
"Selamat pagi Cik Liya", tegur semua kakitangan yang terdapat di situ.
"Selamat pagi", balas Liya sambil tersenyum.
Liya masuk ke dalam bilik yang telah disediakan untuknya sebagai CEO dan mula membuat kerjanya yang tergendala.
Tokk..........Tokk............
"Masuk"
"Selamat pagi Cik Liya, saya hendak beritahu yang cik ada meeting pada petang ni di pejabat Dato' Karim", kata pembantu Liya yang bernama Arina.
"Terima kasih la Arina sebab awak dah ingatkan saya. If you were not here just now, i don't know whether i'll remember about it or not"
"Dah memang tugas saya untuk membantu Cik Liya"
"Ada apa apa lagi pesanan untuk saya?"
"Ya Cik Liya, Tengku Amran mintak saya beritahu cik supaya pulang awal harini kerana Tengku ada perkara yang nak dibincangkan dengan cik"
"Oh pasal tu, Tengku dah beritahu saya tadi"
"Kalau tak ada apa- apa lagi, saya keluar dulu ye cik?"
"Hmm....... Baiklah"
Arina pun keluar dari bilik Liya. Aku mengeluh sendirian kerana memikirkan apa yang bakal ayah perkatakan kepada aku setelah aku pulang nanti. Ayahnya membuatkan dia menjadi tidak keruan kerana memikirkan masalah apa yang telah dilakukan oleh Liya sehingga ayahnya menjadi sedikit tegas pagi tadi. 
Akhirnya aku tewas dengan perasaan aku sendiri kerana tidak mampu meneka apa yang bakal diperkatakan oleh Tengku Amran.
"Jangan ayah suruh aku kahwin sudahlah. Aku muda lagi, ada banyak masa lagi nak enjoy, apa kes nak kena kahwin awal-awal. Lagipun, aku mana ada calon lagi. Hmm......"
Aku bermonolog lagi. Aku sudah tidak mampu bayangkan apa yang akan terjadi jika apa yang difikirkannya sebentar tadi menjadi kenyataan. Kalaulah aku terpaksa menamatkan zaman bujang aku dalam masa yang terdekat ni, tak tahu la apa yang akan terjadi.
Liya meneruskan kerjanya dengan perasaan yang tidak tenang.
Kring.... Kring.... Kring....
Telefon bimbitnya berdering lagu kesukaannya iaitu Drive By daripada Train menandakan salah seorang daripada ahli keluarganya menelefon dirinya.
"Ahh... Dah kata dah, kenapa la ayah telefon aku waktu-waktu macam ni? Tak boleh tunggu petang nanti ke?", kata aku seorang diri.
Daripada dibiarkan telefon itu 'memekik' seorang diri, aku mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum ayah"
"Waalaikumussalam. Ha anak ayah tengah buat apa tu?"
"Tengah kerja la ayah takkan Liya tengah tidur kut", balas Liya sambil menunjukkan memek muka yang kurang senang dengan pertanyaan ayahnya.
"Amboi! Dah kenapa dengan Liya ni? Marah ayah ke?"
"Eh tak la ayah. Liya cuma nak tahu aje, kenapa ayah tiba-tiba ja call Liya. Tak pernah-pernah pun ayah call Liya waktu-waktu macam ni"
"Saja aje ayah call kamu. Ayah cuma nak ingatkan je pasal malam ni. Jangan nak mengelat pulak ye. Ayah tunggu kamu nanti"
"Ye la ayah, Liya tak lupa. Ayah jangan risau, kalau tak ada aral melintang, Insya Allah Liya balik awal", kata aku sambil mengeluh.
"Ha... Baguslah kalau macam tu. Ayah nak keluar dengan ibu kamu jap, jaga diri elok-elok ye di pejabat tu, jangan buat perkara yang bukan-bukan. Jaga nama baik keluarga kita"
"Ye ayah.. Liya tahu la, Liya bukan budak kecil lagi la ayah...."
"Dah tahu tu baguslah. Baik ayah pergi dulu. Assalamualaikum"
"Hmm... Waalaikumussalam"
Liya semakin kusut dengan tindakan ayahnya sebentar tadi. Dia semakin gelisah sehingga mengambil keputusan untuk keluar dan mencari sedikit ketenangan.
Liya mengeluarkan telefon bimbinya dan menelefon seseorang.
"You busy tak sekarang ni?"
"You bolehkan temankan I sekarang ni?"
"Okey, I tunggu you dekat tempat biasa"
Liya pun menyimpan telefon bimbitnya. Aku berasa sangat puas hati kerana ada yang sudi meluangkan masa dengan aku pada waktu-waktu ini. Aku menyangka si dia itu akan berkata bahawa dia sedang sibuk bekerja tapi jawapan yang sebaliknya pulak yang dia dapat. Aku rasa sangat bersyukur.
Setelah tiba di tempat yang dijanjikan, aku mencari dimanakah gerangan yang aku sudah berjanji untuk bertemu sebentar tadi. Aku pun mengambil keputusan untuk memesan minuman dahulu sementara menunggu ketibaan rakan karibku itu.
"Hai Liya... Dah lama ke you tunggu I?"
"Eh kamil! Tak la, baru je I sampai. You duduklah dulu, pesanlah air apa yang you nak minum"
"Oh.. Okay.."
Kamil pun memanggil pelayan restoran tersebut dan membuat pesanan. Restoran tersebut merupakan restoran yang seharusnya dikunjungi jika Kamil dan Liya hendak berjumpa. Ia sudah menjadi kebiasaan dari dahulu lagi. 
Kamil juga tidak tahu kenapa Liya memilih restoran itu? Adakah kerana ia merupakan tempat yang pernah melakar sejarah mereka berdua? Atau kerana di situ merupakan kenangan zaman persekolahan mereka suatu dahulu? Ah..... Biarlah. Malas kamil hendak berfikir sebenarnya tetapi mengenangkan sahabatnya itu tiba-tiba sahaja hendak berjumpa dengannya, dia semakin pelik.
Keadaan di restoran itu memang sangat bising tetapi tempat yang mereka berdua duduki itu adalah tempat yang paling tidak mengeluarkan suara. Keadaan mereka berdua seolah-olah mereka berdua ni baru kenal, seolah-olah mereka baru pertama kali berjumpa. 
"You dah pehal ni tiba-tiba ajak I jumpa, lepastu tiba-tiba aje you senyap. You ada masalah ke?", ucap Kamil untuk menghilangkan kesunyian dia antara mereka berdua.
"Ha'ah. I sebenarnya memang I ada masalah, tapi I tak tahu apa masalah I yang sebenarnya", balas aku sambil menggaru kepala kerana tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh aku pada saat ini.
"Ish... You ni dah kenapa? I ingat boyfriend you lari dah tiba-tiba aje you nak jumpa I. I ingat you dah lupa dekat I"
"Tak la, I pun tak tahu kenapa I nak jumpa you. You ni memang sengaja nak bagi I sakit hati kan?"
Liya pura-pura memasamkan wajahnya menandakan yang dia sudah tersinggung dengan kata-kata Kamil.
"I'll never make you hurt because you're my friend, my bestfriend since we were in secondary. I'm sorry, please forgive me dear"
Kamil tidak menyangka yang Liya akan tersinggung dengan kata-katanya. Kamil cuma menganggap itu hanya sebagai gurauan dan Liya telah tersinggung. Dia benar-benar menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi. Jika diberi peluang untuk menarik balik kata-katanya sebentar tadi, sudah pasti dia bertindak sedemikian.

Tumblr Scrollbars