Sewaktu bersarapan tadi, ibu mula bertanyakan perihal perkahwinan aku. Apa yang aku mahukan, apa yang aku hendakkan. Begini la rasanya menjadi seorang ibu yang sangat teruja untuk perkahwinan anaknya. Kalau boleh, ibu kata ibu nak yang terbaik untuk aku. Hendak aku merasai nikmat ini sebaik-baiknya kerana ianya bakal menjadi sekali dalam seumur hidupku.
"Ibu kalau boleh nak yang terbaik untuk Liya. Ibu nak anak ibu kelihatan sangat cantik hari itu"
"Ibu...... Do we have to talk about this? I mean right now.....", Liya bosanlah ibu. Baru aje bertunang dah fikir pasal kahwin, sambung Liya dalam hati. Cari penyakit la kalau kata depan-depan ibu, mahu kena berleter panjang nanti. Baru kau rasa!
"Tengku Marliya Tengku Amran, i want the best for you. Yes, we have to. We need to think about the best concept for your reception. Ibu nak ia menjadi kenangan yang akan dikenang seumur hidup oleh anak ibu. Ibu tak nak anak ibu rasa sedikit kekurangan pun waktu tu", balas Puan Marziana.
Aku mengeluh. Kenapa perkara itu yang dibangkitkan oleh ibu? Bukannya aku tak mahu bahagia, tapi aku cuma tak pasti, bagaimana nak teruskan perkahwinan itu kalau tiada cinta antara kami berdua? Kenal siapa dia pun tidak! Macam mana nak ada bait-bait cinta itu?
Ini yang menyebabkan aku pening ni. Padahal siapa tunang aku itu pun aku tak pernah lihat rupa dia, macam mana aku hendak kahwin dengan dia ni? Kenapa ibu macam berharap aje perkahwinan ni kekal... Pening! Pening!
"Drop this subject please?", kedengaran seperti aku sedang merayu kepada ibu. Kalau ibu tidak menggunakan kaedah psikologi seperti itu mungkin aku boleh teruskan perbualan ini tapi..........
"No honey! I want you to make a perfect choice before your husband-to-be come and jemput you pergi pilih baju and so on for your wedding"
"Tapi ibu..... This is not a perfect time to talk about these stuffs. I didn't even know who's my husband-to-be and yet now you expect me to marry him, ibu?", Liya kalau boleh nak juga yang terbaik untuk Liya, Liya harap sangat perkahwinan ni merupakan perkahwinan yang pertama dan yang terakhir untuk Liya. Liya tak nak kecewa dan tak nak dikecewakan.
Walaupun perkahwinan ini diaturkan oleh keluarga bukan seperti yang aku angan-angankan dulu, tapi aku berharap sangat yang perkahwinan ini akan kekal. Aku tak nak kalau kahwin sekejap aje, lepas tu dia ceraikan aku macam tu aje.
"In shaa Allah sayang, ibu dengan ayah akan doakan yang terbaik untuk anak ibu ni. Lagi 2 hari, keluarga kita akan buat majlis makan malam dan menjemput keluarga papa Azhar. Masa itu, Liya akan kenal siapa bakal suami Liya", ujar ibu kepada aku.
"Macam mana kalau dia tak nak kahwin dengan Liya, ibu?"
"Everything will be okay, honey?", ibu memberi semangat kepada aku. Ibu tahu aku seperti takut-takut aje untuk mengambil keputusan sebesar ini dalam hidup aku. Bukan senang nak menyetujui segala perancangan ini, perlukan satu pengorbanan yang sangat-sangat besar! Tapi pengorbanan ibu lagi besar daripada semua ini. Tanpa ibu, aku tak akan lahir dekat dunia ni kerana semasa melahirkan, ia mungkin menjadi saat terakhir kita berada di alam ini. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, orang yang aku sayang semumur hidup aku masih sihat dan bernyawa di atas muka bumi ini.
"I hope so ibu... But if he really wants to marry me, why he didn't put any efforts to call me or something? I'm pissed off. It'd be better if he says hi or just gives salam and then says goodbye but he didn't", aku mengadu kepada ibu. Aku pun ada perasaan juga, kalau dah diabaikan macam ni, memang la aku terasa hati. Macam aku ni terhegeh-hegeh pula nak kahwin dengan dia tu. Kalau bukan sebab keluarga aku dengan keluarga dia rapat, memang dah lama aku cakap tak nak aje.
"I pun kalau boleh nak juga dia kenal-kenal dengan Liya, Liya tak nak nanti masing-masing jadi kekok aje. Ataupun nanti kalau dia datang rumah, mesti dia bagi alasan yang sangat la menyakitkan hati ke. "Oh sorry, i don't have the guts to call you" atau "It wasn't me who wants to marry you! I've been forced all these while"", meneruskan ayat aku sebentar tadi setelah tiada balasan daripada ibu.
Ibu terasa ke dengan aku? Aku cuma kata apa yang aku fikirkan aje, aku tak ada niat langsung nak menyakitkan hati ibu ke, bagi ibu terasa ke. Aku cuma lafazkan apa yang terdetik di hati aku selama ini, itu aje. Aku cuba tapiskan segala pemikiran aku, kerana aku tahu ibu mungkin tak dapat terima apa yang aku bakal ucapkan itu.
"Wow what! You thought that he'll gives you these types of excuses? Anak ibu ni kelakar la!", meletus tawa ibu. Eh, aku buat lawak ke apa ni? Aku ingat kita orang tengah bincang secara sirius tapi kenapa ibu ketawa? Mungkin bagi ibu, itu merupakan sebuah jawapan yang sangat cliche tapi bagi aku, ia tidak. Aku memikirkan apa yang bakal terjadi, kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku kerana aku takut aku akan dikecewakan.
"Ibu..... Why are you laughing?"
"I never thought that my daughter would think about all those stuffs! Where's the old Liya?", ibu bertanya dengan agak sinis.
Tipulah aku kalau aku kata, aku tak terasa apa-apa. Aku tahu ibu menyindir aku disebabkan perkara yang pernah terjadi dulu diantara aku dengan Kamil. Tapi aku sudah sedaya-upaya merubahkan diri aku ke arah kebaikan. Aku dah tak jejak ke tempat tu lagi dah sejak semua perkara itu berlaku. Benda yang dah lepas, jangan nak dikenangkan lagi takut ia akan menjejaskan masa depan aku. Biarlah aku fikir yang tidak pernah berlaku apa-apa daripada aku terus dihimpit dengan dilema. Mungkin ini yang Allah nak tunjukkan kepada aku, supaya jangan kembali ke masa lama balik. Biarkan semuanya menjadi sejarah dan berubah cara hidup mengikut apa yang telah ditetapkan.
Hidup dengan cahaya yang dianugerahkan oleh Allah SWT dan hidayah dan petunjuk yang telah diberi. Aku sedang berusaha untuk melakukan segala suruhanNya cuma satu aje yang belum, iaitu menutup aurat. Aku masih membiarkan rambut aku dilihat oleh bukan mahram aku, padahal ianya salah. Aku tahu semua itu tapi aku masih belum dapat laksanakan perkara itu.
Hidayah sentiasa diberi kepada kita, cuma kita aje yang tak perasan ataupun tak tahu. Tetapi akan aku cuba lakukan tuntutan yang satu itu, suatu hari nanti. Semoga ianya akan meninggalkan impak yang positif dalam hidup aku dan akan menjadi sinar yang sentiasa menyinari hidup aku.
"Kenapa dengan anak ibu ni asyik termenung aje dari tadi. Apa yang ibu kata tadi mesti Liya tak dengarkan?", lamunanku terhenti.
"Err... Liya minta maaf ibu. Tiba-tiba aje Liya teringat pasal pejabat", aku beri alasan padahal terang-terang aku kantoi dengan ibu sebab berangan jauh sangat!
"Ye la tu, Liya tak payah nak tipu ibu. Dah la, ibu ada kerja sikit. Ibu naik atas dulu. Assalamualaikum", ibu meminta diri untuk naik ke atas. Pergh! Rasa macam segala bebanan terus melayang dek ibu kata nak naik ke atas tadi. Tak ada la aku kena bahan atau ibu tanya aku tentang apa yang aku fikirkan tadi.
Daripada aku buang masa, baik aku naik atas lepak dalam bilik!
****************************
Setelah pintu bilik ditutup, Puan Marziana mengeluh perlahan apabila mengenangkan sikap anak kesayangannya itu. Sudah hendak kahwin pun, masih berperangai macam itu. Macam mana la kalau dah kahwin nanti?
"Betul ke apa yang aku buat ni? Atau mungkin ini memang benar-benar jodoh Liya?", tanya Puan Marziana kepada dirinya sendiri dengan tindakan yang telah di ambilnya.
"Ini memang sudah jodoh Liya, ketentuan Allah SWT. Tiada siapa yang boleh menolak takdir yang telah ditetapkan. Walaupun perkahwinan ini ditetapkan oleh kami sendiri, tetapi Liya tidak membantah sikit pun. Mungkin Liya memang dah benar-benar berubah dan jauh lebih matang. Dia sudah dapat berfikir bahawa semua ini terjadi dengan izin Allah, dan perkara itu tidak akan terjadi jikalau Allah tidak mahukan ia terjadi. SubhanAllah", bebel Puan Marziana seorang diri.
Kepulangannya disambut baik oleh keluarganya di kampung. Setelah berada di perantauan selama lebih kurang 5 tahun, akhirnya dia kembali pulang ke Tanah Melayu. Berada di kampung sendiri lebih selesa walaupun dia telah menetap lama di negara orang. Benarlah kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negerei sendiri. Sepanjang keberadaannya di sana, dia sering rindukan kampung halamannya yang sangat cantik pemandangannya. Terdapat sawah padi yang terbentang luas di hadapan matanya itu, sangat memukau pandangan orang yang melihat kawasan itu.
"SubhanAllah. Cantik sungguh ciptaanNya ini", terlepas juga kata-katanya itu setelah sekian lama dia menatap pemandangan yang sangat memukau itu tanpa dapat mengeluarkan sepatah katapun. Disebabkan ciptaan Allah SWT yang tiada bandingan itu sangat memukau perhatian, tiada satu perkataan pun yang dapat diluahkan oleh Marziana sebentar tadi. Siapa kata dia tidak rindukan Malaysia? Siapa kata dia tidak rindukan Kampung Permata, Kedah, iaitu kampung halaman dimana dia dibesarkan. Tempat yang paling dia tidak dapat lupakan ialah tali air. Tempat dia melepak, dia mandi-manda. Semuanya di tali air, bersama rakan-rakan sekampung. Sekarang, dia sudah berusia 25 tahun, tak mungkin dia nak berendam dalam tali air lagi kut. Nak kena piat telinga tu dengan 'Nyonya Mansur' dekat rumah tu? Wassalam la jawabnya!
Setelah seharian melepaskan rindunya terhadap kampung kesayangannya itu, akhirnya Marziana mengambil keputusan untuk pulang ke rumah setelah dia melihat keadaan menjadi semakin kelam kerana senja sudah hendak berlabuh dan akan digantikan dengan bulan yang akan menyinari malam. Mak selalu berpesan masa dia kecil-kecil dahulu. Jangan selalu main sangat waktu-waktu senja ni, karangan hantu ke apa ke tangkap, tak balik la dia nanti ke rumah. Ibu tidak berniat langsung untuk menakutkannya, cuma ibu hendak dia pulang ke rumah lebih awal sikit. Tak elok keluar rumah merayap ke sana ke sini senja-senja tu, karang hantu ikut balik ke rumah tak ke naya aje macam tu.
"Hang baru balik ka Ziana oii? Tu pak hang dah bising tu, dekat nak senja baru ingat nak balik rumah. Tau la hang baru balik dari luaq negara, awat tak boleh ka kalau nak luang masa dengan mak pak hang?", mak memulakan sesi membebelnya. Khadijah, ibu aku. Memang sangat berbakat dalam membebel. Kalau ada pertandingan ratu membebel, mak mesti sertai punyalah. Chances mak untuk menang tempat pertama memang terbuka luas la katakan!
"Ziana tahu la mak, Ziana bukannya nak balik ke luar negara dah mak. Ziana stay sini la pula.... Ziana rindu sangat kawasan kampung ni mak, dah lama rasanya tak rasa suasana macam ini"
"Menjawab aje la kerja hang kan? Memang tak berubah dari dulu sampai la ni"
"Anak siapa la Marziana Ayob ni kan mak?", usik Marziana.
"Baik hang tolong mak hidang makanan ni, sat lagi pak hang balik dari masjid bising pula dia nanti"
novel akak biasa-biasa je.first novel tajuk aku, dia &. com diterbitkan oleh Kaki Novel dan yang kedua bertajuk My Miss, diterbitkan oleh Fajar Pakeer;-)
ReplyDeletedah ada novel sendiri kan...... bestnya! D:
Deletebiasa-biasa je najwa..syukur ada rezeki. najwa, akak nak tanya macam mana nak buat bagi ada kotak members tu kat blog kita?Tak pandai la, huhu..teach me please..
ReplyDeletesusah kalau nak terang dekat sini.... do you have whatsapp/wechat ke?
Deletethat's ok dear..baru je buat tadi, hehe..padahal member baru je ada sorang saja nak juga letak widget tu.rupa2nya widget tu dah dipindahkan ke more options, itu yang pening tadi..thanks ye..lagi 1, apa kata najwa check tulisan tu?Ada yang macam terlebih jarak. jarak jauh sangat.cth:Semuanya di tali air..macam copy paste je;-) betul tak?
ReplyDeletegreat! ahaaahaha memang kopipes pun x) mcm mana nak buat?
Deletekenalah rajin edit, huhu;-) tapi kalau dekat Microsoft word tu dah ok, selalunya copy paste pun tak ada masalah sangat. try check ya..
ReplyDeletedekat MW la but tak tau la... hehe will try to check lepas ni. akak ada apa apa komen tak pasal my blog ni lol im a newbie in this world :>
Deletehai najwa...kalau dekat MW, selalunya kena guna Times New Roman, saiz 12 dan 1.5 spacing. bila nak buat paragraph tekan "TAB" satu kali and done;-) selalunya itu standard la,hehe..blog najwa ok apa. akak baru je hias blog, hehe..jemput singgah, tengok macam mana..take care!
ReplyDeleteIn shaa Allah. Nanti najwa on laptop, najwa tengok plus follow okay? :) take care toooo ♥♡
Deletetak ada new entry ke? ;-)
ReplyDeletein shaa Allah malam ni! heheheh baru dapat sentuh laptop x)
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete