"Tahniah sayang!", ucap ibu setelah Datin Zaiton menyarungkan cincin pertunangan ke jari manisku.
Pada saat ini, aku telah bergelar tunangan orang kepada seseorang yang langsung aku tak kenali. Tanpa aku sangka, aku sudah menjadi kepunyaan seseorang. Seseorang yang tidak pernah aku kenali, tidak pernah bersemuka.
Bolehkah aku menjadi tunang yang baik? Bolehkah aku menjaga maruah tunang aku? Bolehkah kami bersama suatu hari nanti?
Pelbagai persoalan yang menghujani minda aku sekarang ini.
"Liya! Kau dah jadi tunang orang Liya, kau dah berpunya! Tak lama lagi kau akan kahwin Liya", ujar Tengku Rozana.
"Tahniah adik, abang harap adik bahagia dengan tunang adik. Abang akan selalu doakan kebahagiaan adik abang", ucap Tengku Fahrin.
"Tahniah Kak Liya! Sekarang ni, akak dah jadi bakal kakak ipar Imani, Imani gembira sangat dapat kakak yang cantik macam Kak Liya", ujar Imani Batrisya bakal adik ipar aku.
"Tahniah Liya, mama suka sangat Liya jadi menantu mama. Mama nak Liya mulai dari sekarang, panggil mama ye, jangan dah panggil auntie. Mama nak Liya biasakan diri, tak lama lagi Liya nak jadi isteri Wan dah", ujar Datin Zaiton bakal ibu mertua aku.
Semua orang bahagia dengan pertunangan ini, tapi bahagiakah aku? Semua yang berada di sini mengucapkan tahniah kepada aku, tapi kenapa tidak kelihatan sekali pun bayangan tunang aku?
Kenapa aku tak gembira di saat majlis pertunanganku berlangsung? Sepatutnya orang yang sudah bergelar tunangan orang, pasti akan merasa kebahagiaan mereka tersendiri. Tetapi kenapa aku masih bersedih seperti tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
"Liya, senyum sikit. Saya nak tangkap gambar awak ni", ujar Zahir Danial.
'Kenapa dia ni macam sedih aje? Dia terpaksa menerima pertunangan ni juga ke macam Wan? Kenapa perempuan cantik di hadapan aku ini seperti murung aje? Ah! Persetankan semua itu. Kalau ada jodoh antara Tengku Marliya dengan Malik Ridhwan, pasti dia akan bahagia. Aku akan doakan kebahagiaan dia orang!', ujar hati kecil kepunyaan Zahir.
"Liya, papa dengan ayah harap Liya dapat terima anak papa. Papa harap Liya bahagia ye dengan putera kami, papa sentiasa akan doakan kebahagiaan Liya. Papa harap, kamu berdua takkan mengecawakan kami. Maaflah, Wan tak dapat hadir ke majlis ni hari ini, tak manis kalau orang pandang.
Papa dengan mama akan bawa Wan nanti ke sini untuk bertemu dengan Liya. Semoga kamu berdua mempunyai jodoh yang panjang dan kekal hingga ke akhir hayat kamu berdua. Papa dengan mama bahagia sangat bila ayah Liya kata, Liya nak terima rancangan kami. Papa bahagia sangat Liya", ujar Datuk Azhar yang sudah menggelarkan dirinya sebagai papa.
Panjang lebar ucapan papa kepada aku. Mampukah aku harungi semua ni? Mampukah aku bahagiakan papa, mama, ibu dengan ayah?
'Ya Allah ya tuhanku, kau berilah kekuatan kepada aku untuk menempuhi segala dugaan dan cabaranMu Ya Allah. Semoga Kau beri aku kebahagiaan pada masa yang akan datang', rintih hati Tengku Marliya.
"Tengku Marliya Binti Tengku Azman, tak lama lagi kau dah nak bertunang. Aku dengan Abang Fahrin tumpang bahagia dengan kau Liya", ujar Tengku Rozana sambil tersenyum melihat gelagat Liya.
Orang nak bertunang la katakan! Memang panas punggung nak tunggu ketibaan keluarga si lelaki ni. Ye la, berdebar-debar. Masa Fahrin nak hantar rombongan dekat aku dulu pun, aku lalui benda yang sama macam Liya. Dulu, dia la yang memberi semangat dekat aku, sekarang giliran aku pula!
"Aku takut Ana, aku takut aku tak dapat nak terima dia nanti macam mana? Papa dengan ayah dah beri harapan yang tinggi sangat dekat aku, aku tak sanggup nak hampakan dia orang.", ujar Liya dengan lemah sekali.
"Liya, aku dah make up kan engkau cantik-cantik, kau jangan buat drama hujan pula dekat sini. Karang, maskara yang kau pakai tu cair pula. Ada aje yang jadi puntianak jadian nanti. Ha ha ha.....", gelak Tengku Rozana.
"Aku bukan apa Ana, aku takut aku tak mampu aje nak terima semua ini. Aku takut aku nanti kecewakan mereka semua. Mana tahu, bakal tunang aku nanti tu pun tak dapat terima kenyataan yang dia bakal dinikahkan dengan aku 3 bulan lagi. Macam mana kalau dia dera perasaan aku setiap hari. Aku takut aku tak kuat Ana..", ujar Liya dengan lemah sekali.
"Sabar ye sayang, ini semua ujian Allah dekat kau. Allah tak akan bagi ujian yang macam ni kalau Dia tahu kau tak mampu. Kau kena kuat Liya. Kau kena terima hakikat yang itu jodoh kau. Aku dengan Fahrin akan sentiasa doakan kau Liya, kau kena redha aje", nasihat Rozana.
"Liya, Fahrin ada mesej yang keluarga mertua kau dah sampai. Kita tunggu dia orang datang panggil kau turun aje. Kau janganlah bersedih, takkan kau nak bersedih pula sedangkan hari ini sepatutnya jadi hari yang bahagia untuk kau.", ujar Ana.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam", balas Liya dengan Ana serentak.
"Saya Zahir, saya jurugambar yang telah dipesan oleh Datuk Azhar. Boleh saya masuk ambil gambar cik Liya?", soal Zahir dengan lembut
'Cantiknya bakal tunang Wan ni. Ruginya kalau dia tolak permintaan ni. Bukan senang nak dapat isteri cantik dengan kaya macam dia ni. Aku dengar, tak lama lagi dia bakal ambil alih syarikat ayahnya yang tersohor itu, samalah juga macam Malik Ridhwan! Dua-dua orang bakal jadi bos dekat syarikat sendiri. He he he..', bisik hati Zahir Danial.
Kring... Kring....
"Eh! Kejap ye cik, saya nak angkat panggilan telefon ni sekejap. Saya keluar dulu", pamit Zahir.
Setelah keadaan dirasakan tempat itu yang paling selamat untuk mengangkat panggilan telefon sahabatnya itu, dia terus berbuat demikian. Takut didengari oleh Liya!
"Hello Assalamualaikum", ujar Zahir.
'Waalaikumussalam. Kenapa kau lambat angkat call aku? Kau dah sampai ke?', soal Malik.
"Hmm... Aku baru aje nak tangkap gambar tunang kau, kau dah call aku. Kau pehal?"
'Macam mana dengan tunang aku? Cun tak pada pandangan kau? He he he...', soal Malik dengan nakal. Mana tahu, hodoh ke, cantik ke tak bakal tunangnya itu.
"Kau belum bertunang lagi ye Encik Malik Ridhwan. Muka macam tu nak jadi tunang kau? Sungguh la tak sesuai. Pada pandangan aku, dia macam tak ada rupa paras yang boleh dibanggakan langsung", tutur Zahir Danial dengan serius.
Aku akan kenakan kau Malik! Kau tunggu ajelah selepas kau tengok gambar tunang kau sendiri, terlopong mulut kau! Ha ha ha..
'Ye la, BAKAL TUNANG AKU', kata Malik sambil menekankan perkataan itu.
"Tapi tak lama lagi akan jadi tunangan kau juga!", seloroh Zahir.
'Apa-apa aje la kau ni. Makin dilayan, makin gedik pula perangai kau ni', kata Malik dengan sedikit geram.
"Ala chill bro, kau merajuk dengan aku ke?", kedengaran tawa Zahir.
'Banyak la aku nak merajuk dengan kau', kata Malik dengan jengkelnya.
"Eh! Lupa pula aku, lama-lama dengan kau ni. Bila pula aku nak tangkap gambar bakal tunang kau?", soal Zahir.
'Tadi kau kata dia tak cantik, buat apa kau nak tangkap. Biar ajelah.', tutur Malik seperti menjauh diri.
"La! Kau ni dah kenapa? Nanti kau tengok la sendiri bakal tunang kau tu, cantik ke tak. Aku tak nak bagi komen lebih-lebih. Maklumlah, dia kan bakal tunang kau. Bukannya bakal tunang aku", balas Zahir dengan senyuman nakalnya itu.
Dia ni kenapa macam berjauh hati pula ni? Padahal dia la orang yang membantah pertunangan ini sekeras-kerasnya. Dah berubah hati ke Wan ni? Dia ni sekejap kata lain, sekejap lagi kata lain.
Apa-apa pun, aku pasti. Dia mesti melopong apabila dia melihat gambar tunangnya itu. Bukannya tak cantik, tapi cantik sangat-sangat! Saja aje nak biarkan dia ternanti-nanti gambar tu.
'Tak apa la, aku okey aje. Kau pergilah sana, karang dia orang cari kau pula'
"Hmm.. Ye la. Assalamualaikum"
'Waalaikumussalam'
Setelah panggilan tersebut dimatikan, Zahir pun melangkah masuk kembali ke dalam bilik Liya yang ditemani kawannya itu.
"Maaf ye Cik Liya, saya terlambat sikit. Boleh saya mula tangkap gambar cik sebelum cik dipanggil turun nanti?", soal Zahir sambil tersenyum.
"Boleh ajelah", Liya tersenyum.
"Kalau macam tu, baiklah. Yang jadi pengapit cik Liya ni pun masuklah sekali dalam gambar. Janganlah malu-malu.", ujar Zahir Danial kepada gadis yang berada di sisi Tengku Marliya.
"Baiklah", balas Tengku Rozana.
Setelah menangkap beberapa keping gambar, Zahir meminta diri untuk ke bawah setelah Tengku Marliya dipanggil oleh ibunya untuk turun ke bawah.
"Liya, ibu panggil turun. Dia orang dah sampai tu, tengah tunggu adik abang ni aje", ujar Tengku Fahrin.
"Ha abang! Tengok la si Liya ni, dari tadi asyik menggelabah tak tentu pasal aje", ujar Rozana.
Rozana tahu, Liya dari kecil memang manja dengan Fahrin kerana mereka berdua juga mempunyai pertalian. Liya memang biasa dimanjakan oleh Fahrin kerana Fahrin tidak mempunyai adik perempuan jadi dia menganggap Tengku Marliya itu adiknya.
Lagi pun, keluarga mereka berdua memang rapat sekali. Tidak ada apa yang perlu dia cemburu dengan sepupunya itu kalau Fahrin melayan Liya dengan manja. Mereka sudah akrab bagaikan adik dengan abang.
"Kenapa dengan adik abang ni?", soal Fahrin dengan manja. Dia tahu, adiknya itu sangat-sangat gementar. Mana tidaknya, sekejap lagi status bujangnya bakal bertukar kepada tunangan orang.
"Tak ada apa, Liya cuma cuak sikit aje", balas Liya.
"Tak ada apa yang nak dicuakkan la Liya, dah jom turun", kata Tengku Fahrin.
"Jom Liya", ajak Tengku Rozana sambil memimpin Tengku Marliya.
Dapat dirasakan betapa sejuknya tangan Liya sekarang ini!
"Dah turun dah anak ibu. Mari duduk sebelah ibu. Salam dengan auntie Zaiton", perintah Puan Marziana.
"Ni ke Tengku Marliya, Ziana? Ya Allah cantiknya anak awak dengan Amran ye", kata Datin Zaiton.
Aku masih teragak-agak sama ada mahu menyalami tangan wanita itu ataupun sekadar berdiam diri. Tapi terlihatkan wajah ibu yang kelihatan seperti menyinga, pantas aku salami lalu aku kucupi tangan wanita itu.
'Inikah bakal ibu mertua aku? Mana suaminya? Oh.. Di sisi ayah itu mungkin bakal bapa mertua aku. Hmm... Not bad la dia orang ni, pandai bergaya', puji Liya dalam hati.
"Liya, mulai hari ini, mama tak nak Liya panggil mama sebagai auntie, Liya kena panggil mama aje ye sayang?", beritahu Datin Zaiton.
"Err... Baiklah mama", balasku dengan sedikit kekok.
Wanita ini sungguh baik sekali, melayan aku dengan penuh kegembiraan. Seperti aku ni betul-betul sudah menjadi menantu kepada keluarga itu sehinggakan menyuruh aku menggelarkan dirinya sebagai mama.
"Dengar tu sayang? Mulai hari ini, Liya biasakan la diri Liya dengan memang dia mama, dia suka sangat sewaktu Liya menyebutnya mama. Mungkin dia dah mula menyayangi Liya. Mana kita tahu hati orang, betul tak sayang?", soal ibu.
Aku tahu ibu mahu merapatkan hubungan dengan wanita itu. Mana mungkin aku mahu berpaling muka semasa bercakap dengan mama, nanti ibu kata aku ni anak yang kurang ajar pulak. Bukannya ibu tak pernah aku mengajar cara untuk menghormati orang, ibu ajar. Cuma tinggal aku aje untuk mengamalkan.
"Baiklah semua, boleh kita mulakan majlis kita pada hari ini?", soal ayah.
Kesemua yang berada di ruang tamu itu memberi persetujuan kepada ayah untuk memulakan majlis. Semakin lama dibiarkan, nanti tak menjadi pula majlis pertunangan itu.
"Baiklah. Hari ini, anak saya, Tengku Marliya secara rasminya sudah dipetik oleh kumbang dari keluarga Datuk Azhar. Anak tunggal lelaki Datuk Azhar yang bernama Malik Ridhwan, akan secara rasminya menjadi tunangan kepada anak saya. Dijemput Datin Zaiton untuk menyarung cincin tunang ke jari anak saya", ujar Tengku Amran.
Dia kelihatan sangat gembira dengan pertunangan anak tunggalnya itu. Dia sungguh terharu dengan pengorbanan yang Liya sudah lakukan. Dia melakukan ini semua demi kebahagiaan anaknya, kerana mendapat bakal suami dari keluarga yang baik-baik dan keluarga yang sudah dia kenali setelah sekian lamanya.
Sekurang-kurangnya Tengku Amran tahu, keluarga Datuk Azhar dan Datin Zaiton akan menjaga puteri tunggalnya dengan baik sebelum dia menutup mata. Tengku Amran tidak mahu anaknya tersalah pilih peneman hidup yang akan menjadi beban di kemudian hari.
"Mama sarung ye cincin ni dekat jari manis Liya?", soal Datin Zaiton.
Aku mengangguk lemah kerana aku sedang berperang dengan hatiku pada waktu ini. Sungguh aku katakan, aku keliru dengan perasaan aku sekarang ini. Sekejap kata suka, sekejap kata tak suka. Sekejap kata gembira, sekejap lagi kata duka.
"Terima kasih mama kerana mama sekeluarga sudi terima Liya", ucap Liya sambil tersenyum melihat wanita itu tersenyum kepada dirinya.
"Sama-sama Liya. Mama dah anggap kamu macam anak mama dah, mama dah mula sayang Liya", ujar Datin Zaiton sambil mengusap lembut pipi bakal menantunya itu.
"Imani pun suka sangat kak Liya jadi kakak Imani. Imani tak ada kakak, Imani ada abang Wan seorang aje. Imani yakin, abang Wan mesti suka dengan kak Liya", ujar Imani Batrisya.
Dalam diam, Zahir Danial mengakui apa yang telah dikatakan oleh Imani Batrisya, akan menjadi satu kenyataan.
Di setiap sudut aku jelahi, di setiap sisi aku terokai, sudah banyak gambar kenangan yang sudah ku rakamkan di dalam kamera aku ini. Aku akui, berada di sudut apa sekalipun, wanita yang bernama Tengku Marliya ini memang kelihatan sangat cantik.
Setiap memori sudah siap aku lakarkan dalam kamera yang aku sayangi ini, dan akan aku bekalkan semua ini kepada Malik setelah siap aku simpan dalam sebuah album. Aku pasti, ia akan menjadi kenangan yang terbaik buat mereka berdua.
Walaupun Malik Ridhwan tiada di majlis itu, majlis tersebut tetap berjalan dengan lancar sekali. Setiap tetamu yang dijemput oleh keluarga Tengku Amran, semuanya mengucapkan tahniah kepada Tengku Marliya.
Tidak lekang senyuman dari bibir puterinya itu. Sering kali tersenyum apabila ada yang menegur Tengku Marliya.
"Tengku Marliya, boleh kita bercakap sebentar?", soal Zahir Danial dengan sopan.
"Boleh. Jomlah duduk dekat taman tu dulu", kata Tengku Marliya.
'Kenapa dia ni tiba-tiba aje nak bercakap dengan aku? Aku ada buat salah dengan dia ke?', getus hati Tengku Marliya.
"Tengku, saya Zahir Danial sahabat baik kepada Malik Ridhwan. Saya tahu, tengku pasti bahagia kalau tengku bersama Wan. Wan itu baik orangnya, jarang keluar dengan perempuan. Dulu waktu dekat uni, berderet wanita yang cuba menegur Wan, tapi Wan tak pernah layan dia orang tengku", ujar Zahir Danial dengan bersungguh-sungguh.
"Kenapa awak beri tahu saya semua ni?", tanya Liya sedikit pelik.
"Saya cuma nak tengku tahu, sekali Wan sayangkan seseorang, dia akan sayang selamanya. Kalau tengku berjaya menambat hati Wan, saya yakin, sangat sangat yakin yang tengku akan hidup bahagia disampingnya.", balas Zahir dengan bersungguh-sungguh.
Dia mahu wanita itu menjaga Malik Ridhwan dengan baik sekali kerana dia yakin, Tengku Marliya adalah jodoh yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada jejaka bernama Malik Ridhwan.
"Awak panggil aje saya Liya, tak payah nak berformal sangat. Tapi awak yakin ke saya dapat bahagiakan dia? Macam mana kalau dia memang tak boleh mencintai saya?", soal Liya.
"Saya yakin, dia akan berusaha untuk mencintai awak, Liya. Wan ini baik orangnya, mungkin kalau Liya belum kenal dia, Liya akan merasakan yang dia ni sombong orangnya. Tapi percayalah, hakikatnya, dia seorang yang sangat baik hati", ujar Zahir Danial dengan ikhlas.
Dia yakin, sahabatnya itu akan mencintai wanita dihadapannya ini!
"Kenapa awak sandarkan harapan yang terlalu tinggi kepada saya? Saya takut saya tak berjaya menambat hati dia", tanya Tengku Marliya dengan lemah.
"Saya dapat rasakan yang awak mampu bahagiakan dia. Saya tahu, awak seorang gadis yang baik", puji Zahir.
"Zahir, saya harap sangat yang dia dapat menerima semua ini. Saya berharap sangat yang dia mahu menerima saya. In shaa Allah kalau kami ada jodoh, saya akan cuba mencintai dia", ujar Liya dengan sedikit mekar senyumannya.
"Saya percayakan awak Liya", balas Zahir Danial sambil tersenyum.
Tidak lama selepas itu, Zahir Danial meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Best :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, thank you :)
Deletesambungannya...
ReplyDeletesaya akan update sambungannya hari ni. kejap ye :))
Delete