Sunday, 20 October 2013

Assalamualaikum........

      Untuk pengetahuan semua, SUAMIKU, PENYELAMATKU! ni adalah hasil daripada gabungan idea aku((sorry kasar tak biasa guna saya maklum la orang penang))  dengan kawan-kawan. so, aku merupakan penulis novel ini ((okay sorry ayat bm aku tunggang langgang)) like seriously, masa nak type ni pun rasa awkward gila. aku harap sangat novel ni akan ada pembaca in shaa Allah dan ini adalah hasil yang asli bukan diciplak daripada sesiapa pun kerana ini adalah hasil saya dan rakan-rakan. so, let's begin with the synopsis first okay? :)
Tengku Marliya 'dipaksa' berkahwin dengan pilihan calon keluarganya. dia memberontak sehingga akhirnya dia mengalah disebabkan masih ada rasa hormat terhadap keluarganya. kita kalau kena kahwin paksa dengan orang yang kita tak kenal, lagi teruk lagi orang yang kita tak cinta.... of course kita tak nak kan? sama la dengan heroin novel ni. 
Sampai satu hari ni, dia dilanggar oleh seorang mamat ni((macam dirempuh bahu la)) kira hangin satu badan la si Liya ni sebab mamat tu boleh pulak kan langgar dia sampai jatuh terseliuh kaki. memang Liya pun tak tahan la sampai habis mamat tu kena sumpah seranah si Liya ni. mamat tu pun minta maaf la, sempat lagi berkenalan tau! nama dia Malik Ridhwan. okay, untuk pengetahuan semua, MR ni memang hot plus handsome gila-gila dan senyuman dia manis sangat.
hampir setiap kali Liya keluar ke mana-mana saja, mesti jumpa  dengan mamat ni, padahal diorang dah bertunang. Liya ja yang tak tau lagi sapa tunang dia padahal si Malik tu dah tau yang Liya tu tunang dia. punya sukalah la Malik bila dapat tau yang tunang dia tu Liya sebab dia dah jatuh cinta dengan Liya(cinta pandang pertama katekooo) 
bila diorang dah kahwin, Liya still tak boleh nak terima yang mamat senyuman manis ni dah jadi suami dia, ye la, setiap orang ada ego dia tersendiri. padahal mamat tu selalu ambil hati dia, layan dia dengan baik, tapi dia masih tak boleh nak terima kenyataan yang suami Liya tu adalah Malik Ridhwan.
bila Tengku Marliya dah boleh terima, bahawa jodoh yang dah ditentukan oleh Allah SWT tu adalah suami dia sendiri, tetapi macam-macam dugaan dan halangan yang berlaku. nak tahu apa dugaan dan halangan yang berlaku? ikuti novel, suamiku, penyelamatku!
semoga hampa semua boleh terima apa yang aku buat in shaa Allah. dan semoga apa yang aku buat ni dapat hampa semua ambil iktibar dan semoga mendapat keberkataan/keredhaan daripada Allah SWT. maaflah terkasar, sebab memang dah biasa guna aku :)) nantikan sambungan ye! 

4 comments:

  1. Salam perkenalan najwa. Hehe, samela dgn sy, "Bila Encik Iceberg Cair" tu sy tulis hasil idea sy..dn sy minta pendpt kawan. Nama hero, Danial Mikhail tu kawan yg bg idea sbb sy xtau nk bg nama hero ape. Kalo nama heroin tu senang sikit. Hehe. Nway, jemputlah baca #beic. Sy baru cuba2 menulis..sblm ni xpernah menulis ape2 pun wlpn cerpen. Hehe. Kalau ada ape kekurangn tu minta maafla..sy budk bru bljr. Hehe.
    Http://perempuankampungmoden.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan ^_^
      nama hero tu idea sendiri sebab minat dekat someone yang nama sama dengan my hero lol :p same goes to me! baru je mula menulis, sebelum ni mana pernah nak menulis ka apa ka. will have a visit on your blog in shaa Allah :))

      Delete
  2. wow. karya yang menarik.Dira kat sini support awk k. Jgn lupa visit jugak blog dira. naznadhirahstory.blogspot.com
    masih baru. teruskan bakat awk k

    ReplyDelete

Tumblr Scrollbars