MAAFLAH KALAU ADA YANG TUNGGU CERITA NI UNTUK BAB BAB YANG SETERUSNYA.
BUKAN SENGAJA TAK NAK TAIP LAJU LAJU, ALMAKLUMLAH BUSY BEBENOR NAK BUKAK LAPTOP PUN DAH TAK DAK MASA. MAAF YE!
nah bab 24 yang ni. enjoyy :>
***********************************************
"Macam mana?"
"Macam mana apa? Maksud kau?"
"Macam mana aku nak lupakan tentang perkara yang dah berlaku? Dia kawan baik aku, Ana. Aku nak sangat tengok dia bahagia, tapi akhirnya apa yang jadi? Dia bunuh diri kan? Sebab apa? Semuanya sebab cinta...," balas Liya sambil mengeluh mengenangkan nasib kawan baiknya itu.
"Nak buat macam mana, itu jalan yang dia pilih. Sedangkan dia tahu, bunuh diri itu memang berdosa besar. Kenapa dilakukan jugak? Kenapa dia tak redha dan teruskan mencari cinta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT? Memang semuanya sebab cinta, tapi yang paling utama adalah cinta kita kepada Yang Maha Esa, Liya. Kalau cinta kepada Allah pun memang dia dah lemah, inikan pula cinta dia terhadap manusia. Nafsu telah mengawal diri dia, bukan lagi imannya. Sekarang, dia pun dah tak ada. Sepatutnya, kau ambil semua ini sebagai pengajaran. Bukannya kau ambil semua itu untuk diletakkan dalam kelemahan diri kau. Apa maksud cinta bagi kau?"
"Perasaan indah yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia?", soal Liya sambil mengangkat keningnya seperti Ziana Zain.
"Anugerah Allah, betul tu Liya. Kenapa kau tak boleh nak manfaatkan anugerah yang Allah bagi dekat kau sebaik-baiknya? Kenapa kau nak kena persia-siakan semuanya? Cuba buang fikiran negatif kau tu, cuba kau lihat pada sudut positif dia pula. Cinta itu indah kalau kau dapat menghayati semuanya dengan ikhlas dan betul. Cuba kau tanamkan dalam diri kau yang kau akan cuba untuk belajar mencari cinta sejati kau dan kau akan cuba belajar untuk mencintai seseorang itu, terutamanya suami kau nanti. Boleh?"
"Aku akan cuba....", Liya cuba untuk mengukirkan senyumannya tetapi dia tidak mampu. Memang dia tidak mampu..
"Aku bukan nak paksa kau, tapi aku cuma nak kau bahagia aje. Walau keras macam mana sekalipun hati seseorang itu, tapi akhirnya akan ada juga cinta dalam hati dia walaupun ianya cuma sekelumit kuman. Lama-lama, ia akan bercambah menjadi semakin mekar. Itulah yang diperlukan dalam sesebuah hubungan antara suami dengan isteri. Perkara yang dah lepas, biarkan aje ia berlalu okey?", Ana bangun dan terus memeluk Liya.
"Aku akan cuba, Ana... Aku... Aku..."
"Kenapa?" Liya tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"Tak ada apa...," ujar Liya menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Dia tak nak Ana tahu apa yang dia rasa, sebab apa? Dia sendiri pun tak pasti lagi dengan perasaan dia sendiri. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan berdiam diri sahaja.
******************************
dah dekat sebulan lebih baru nak upload, maaf yeeee!
Assalamualaikum.
pendeknya nak lagi.
ReplyDeletein shaa Allah, cuti sekolah ni ye :>
Delete