Tuesday, 13 May 2014

suamiku, penyelamatku! 24

MAAFLAH KALAU ADA YANG TUNGGU CERITA NI UNTUK BAB BAB YANG SETERUSNYA.

BUKAN SENGAJA TAK NAK TAIP LAJU LAJU, ALMAKLUMLAH BUSY BEBENOR NAK BUKAK LAPTOP PUN DAH TAK DAK MASA. MAAF YE!


nah bab 24 yang ni. enjoyy :>




***********************************************








"Macam mana?"


"Macam mana apa? Maksud kau?"


"Macam mana aku nak lupakan tentang perkara yang dah berlaku? Dia kawan baik aku, Ana. Aku nak sangat tengok dia bahagia, tapi akhirnya apa yang jadi? Dia bunuh diri kan? Sebab apa? Semuanya sebab cinta...," balas Liya sambil mengeluh mengenangkan nasib kawan baiknya itu.


"Nak buat macam mana, itu jalan yang dia pilih. Sedangkan dia tahu, bunuh diri itu memang berdosa besar. Kenapa dilakukan jugak? Kenapa dia tak redha dan teruskan mencari cinta yang telah ditetapkan oleh Allah SWT? Memang semuanya sebab cinta, tapi yang paling utama adalah cinta kita kepada Yang Maha Esa, Liya. Kalau cinta kepada Allah pun memang dia dah lemah, inikan pula cinta dia terhadap manusia. Nafsu telah mengawal diri dia, bukan lagi imannya. Sekarang, dia pun dah tak ada. Sepatutnya, kau ambil semua ini sebagai pengajaran. Bukannya kau ambil semua itu untuk diletakkan dalam kelemahan diri kau. Apa maksud cinta bagi kau?"


"Perasaan indah yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia?", soal Liya sambil mengangkat keningnya seperti Ziana Zain.


"Anugerah Allah, betul tu Liya. Kenapa kau tak boleh nak manfaatkan anugerah yang Allah bagi dekat kau sebaik-baiknya? Kenapa kau nak kena persia-siakan semuanya? Cuba buang fikiran negatif kau tu, cuba kau lihat pada sudut positif dia pula. Cinta itu indah kalau kau dapat menghayati semuanya dengan ikhlas dan betul. Cuba kau tanamkan dalam diri kau yang kau akan cuba untuk belajar mencari cinta sejati kau dan kau akan cuba belajar untuk mencintai seseorang itu, terutamanya suami kau nanti. Boleh?"


"Aku akan cuba....", Liya cuba untuk mengukirkan senyumannya tetapi dia tidak mampu. Memang dia tidak mampu..


"Aku bukan nak paksa kau, tapi aku cuma nak kau bahagia aje. Walau keras macam mana sekalipun hati seseorang itu, tapi akhirnya akan ada juga cinta dalam hati dia walaupun ianya cuma sekelumit kuman. Lama-lama, ia akan bercambah menjadi semakin mekar. Itulah yang diperlukan dalam sesebuah hubungan antara suami dengan isteri. Perkara yang dah lepas, biarkan aje ia berlalu okey?", Ana bangun dan terus memeluk Liya.


"Aku akan cuba, Ana... Aku... Aku..."


"Kenapa?" Liya tersengih-sengih seperti kerang busuk.


"Tak ada apa...," ujar Liya menyembunyikan perasaannya yang sebenar. Dia tak nak Ana tahu apa yang dia rasa, sebab apa? Dia sendiri pun tak pasti lagi dengan perasaan dia sendiri. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan berdiam diri sahaja.

                                                 ******************************

dah dekat sebulan lebih baru nak upload, maaf yeeee!




Assalamualaikum.

Monday, 24 March 2014

suamiku, penyelamatku! 23


Assalamualaikum wbt, sorry lambat update sebab busy dengan banyak kerja. apa apa pun, nanti saya try untuk siapkan benda ni secepat mungkin so boleh letak dekat blog lepas tu boleh fokus untuk spm (acah acah ja kot)

apa apa pun, enjoooooyyy! :)


***************************







"Okey macam ni...", Ana berdeham sebelum meneruskan percakapannya. "Dia ajak kau pergi dinner, sebab apa? Padahal kau berdua memang akan berjumpa jugakan hujung minggu ni?"

"Sebab...", Liya tak dapat untuk meneruskan kata-katanya lagi. Pening, pusing!

"Kau ni!", marah Tengku Rozana. "Kenapa dia tak nak jumpa kau terus aje malam hujung minggu ni nanti? Kenapa dia nak kena jumpa kau awal-awal? Mesti ada sebab kan. Padahal memang akan berjumpa jugak. Mesti dia ada sebab yang tertentu, betul tak, Liya?"

"Ye la kut, dah kau kata macam tu," sekali lagi Tengku Rozana menepuk dahinya sendiri apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh sepupunya itu.

"Astaghfirullah... Kenapa la kau ni blur sangat? Maybe sebab dia dah mula dapat terima kehadiran kau. Dia memang nak berkenalan dengan kau, supaya nanti waktu majlis tu berlangsung, sekurang-kurangnya dia dah kenal kau serba-serbi sedikit. Tak ada la nanti, kau berdua macam tak ada chemistry aje. Dia tengah cuba untuk menyesuaikan diri dengan kau, tapi kau pulak yang nak balik kampung. Mana tahu, dia jatuh cinta pandang pertama dekat kau ke. Tak ada la kau berdua nanti tak boleh nak terima kekurangan diri masing-masing."
"Dah aku balik kampung nak pergi jemput nenek aku kan..."

"Kau tak boleh ke balik aje esok? Susah sangat, kau pergi aje la keluar dengan dia malam ni. Sekurang-kurangnya, kau berdua dah saling mengenali. Tak ada la nanti, seorang tu bawa haluan ke utara, seorang lagi bawa haluan ke selatan. Kalau macam ni, memang susah la, Liya. Aku tak nak, nanti bila kau kahwin, kau orang ikut haluan masing-masing. Memang la kau berdua dijodohkan oleh keluarga masing-masing, jangan kau pergi ikut drama dekat tv tu pulak! Cuba kau rapat-rapatkan diri, kenali siapa suami kau yang sebenarnya. Kenali hati budi dia dulu. Jangan nak fikirkan diri sendiri aje. Kalau dah jadi macam ni, memang waktu hujung minggu ni aje la kau orang baru pertama kali nak berjumpa."
"Nak buat macam mana...", Liya terdengar Ana mengeluh kecil.
"Dah itu yang kau pilih, memang aku tak boleh nak buat apa dah. Apa yang aku boleh tolong kau, cuma bagi sokongan dengan nasihat aje. Untuk pertemuan kau orang nanti, cuba kau selami hati dia, perangai dan sifat dia. Jangan pulak nanti kalau dia tersalah cakap ke, terkasar bahasa sedikit ke, kau dah melenting. Kau orang dah la baru nak berjumpa dan berkenalan. Jadi kau memang tak tahu lagi perangai dia macam mana. Just go with the flow, Liya. Aku yakin kau boleh tempuhi semua ni. Kau kena ingat, semua ini adalah takdir yang Allah SWT tetapkan untuk kau. Jangan sesekali kau salahkan takdir kalau kau memang tak boleh nak suka dekat tunang kau tu. Kau tahu kan, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya? Walau apa pun yang terjadi, kau kena ingat bahawa semua yang berlaku ni memang ada hikmahnya tersendiri," nasihat Tengku Rozana. Ana mengurut lembut tangan Liya yang terdapat di atas meja itu, sebagai tanda untuk memberikan Liya semangat.

Liya terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh sepupunya itu.

"Aku tahu, kau masih tak dapat terima lagi kan dengan apa yang terjadi ni walaupun secara zahirnya kau nampak bahagia bila dia telefon kau sebentar tadi. Betul tak dengan apa yang aku kata ni, Liya?'
"Mana kau tahu?", soalan Ana dibalas dengan soalan juga. Suara Liya kedengaran seperti semakin mengendur.

"Aku bukan baru sebulan aje kenal kau, Liya. Aku kenal kau sejak kita kecil lagi. Aku rapat dengan kau sejak kita kecil lagi. Bukan susah sangat aku nak baca air muka kau tu. Mungkin untuk sesetengah perkara, memang aku tak dapat nak tafsirkan. Tapi ada juga yang aku berjaya fahami. Bukan susah untuk baca minda dan fikiran kau ni, unless kalau someone tu memang baru aje kenal kau. Tapi.. Kalau dia baru aje kenal kau dan dia dapat baca minda kau, memang dia ada kuasa psikik!", Tengku Rozana berseloroh untuk menceriakan kembali suasana. Dia tak mahu sepupunya itu berasa sedih dan tertekan. Kalau boleh, Ana hendakkan yang terbaik dalam hidup Liya.

"Entahlah, Ana. Aku malas dah nak ambil tahu tentang semua ni. Kalau boleh, aku berserah ajelah. Kau pun tahu kan pasal kisah silam aku tu?"

"Liya... Jangan disebabkan perkara tu, kau tak nak mencari cinta kau sendiri. Semua perkara tu dah berlalu, lagipun ia bukannya terjadi kepada diri kau. Aku tahu kau trauma dengan cinta, tapi cuba la kau bagi peluang dekat diri kau sendiri. Jangan disebabkan satu perkara tu, kau musnahkah harapan ibu dengan ayah kau yang nakkan anak dia orang bahagia. Kau cuba bagi peluang kepada diri kau tu dulu, jangan bertindak dengan terburu-buru, Liya. Kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Sepatutnya, kau dah tak payah nak fikir pasal perkara tu lagi. Ia dah berlalu, terlalu lama.... Dia pun sudah meninggalkan dunia ni. Nasib kau berdua bukannya sama, cuma kebetulan aje ia terjadi depan kau sendiri. Kau kena belajar terima kenyataan, Liya. Semuanya dah berlaku, dan ianya tak ada kena mengena pun dengan hidup kau. Sepatutnya kau yang masih hidup ni, teruskan berjuang. Mencari cinta sejati kau sendiri, bukan main aci redah aje. Kau kena buka pintu hati kau tu sikit, supaya ada lelaki yang dapat nak masuk. Tapikan, aku rasa baik kau bukakan pintu hati kau tu, untuk bakal suami kau. Mana tahu, memang dia ada cinta yang diturunkan oleh Allah SWT untuk kau." Panjang lebar nasihat yang diberikan kepada Liya.

Monday, 3 February 2014

suamiku, penyelamatku! 22

Assalamualaikum wbt, ni 1/4 daripada bab ni je. hehehehe sorry la, memang busy gila sejak mula seklah haritu. nak menulis pun tak sempat asyik kena menulis untuk homeworks je!

sorry kalau ada yang tak puas hati ke apa, doakan cerita saya ni boleh siap sepenuhnya, one fine day in shaa Allah kalau ada rezeki.

                                       ENJOY!

*****************************************************





                             ********************


Panggilan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Tengku Marliya sudah tiba jua. Bukan apa, dia cuma terkejut aje. Ye la, tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba aje dia mendapat 'kejutan'!

Panggilan telefon daripada tunangnya yang sememangnya dia tidak tahu siapa gerangannya. Hmm... Pelikkan? Apa yang Tengku Marliya cuma tahu adalah, tunangnya dipanggil sebagai Wan. Nama penuh? Memang dia tak pernah hendak ambil tahu! 

"Hmm... Kenapa awak call saya?", soal Liya sambil mengetap bibirnya. Terkejut woi! Punya lama tunggu dia nak telefon, baru dia telefon. Payah, payah!! Eh! Bukan itu masalah dia sekarang ni.. Masalahnya ialah, apa yang dia nak cakap dengan aku dan apa yang aku nak cakap dengan dia? Mak oi! Pening kepala aku. Ingat harini baru aje nak lepaskan stress ke apa ke, rupanya datang pula lagi masalah. Habis dah aku tak tidur malam ni sebab asyik fikir pasal dia ni. Dah la baru pertama kali berbual dalam telefon.... Buat macam sebelum ni kau dah jumpa dia Liya! 

Sekejap! Kenapa aku macam pernah dengar aje suara dia ni? Hmm... Mungkin hati aku aje kut. Alahai.

"Nak call tunang sendiri pun tak boleh ke?", soal Malik sambil tersenyum mengusik. Aduhai Malik! Kau buat macam Liya nampak yang kau tengah senyum sekarang ni. Alah! Biar aje la dia nampak ke tak, yang penting aku suka cara dia ni. 

"Err...", speechless! 

"Saya tanya, salah ke?", usik Malik lagi di talian.

"Err... No," balas Liya dengan perlahan. Macam tak nak bagi dengar aje!

"Apa Tengku Marliya? Maaf, suara awak perlahan sangat."

"Tak saya kata, tak salah pun kalau awak nak telefon tunang awak. Tapi betul ke awak tengah bercakap dengan tunang awak ni? Mana tahu awak tersilap orang ke," ujar Liya dengan lancar. Dah sudah, biar aku pula yang mengusik dia! Bukan awak seorang aje yang boleh buat saya macam tu. He he he...

"Emm.. Wait. Awak Tengku Marliya bt Tengku Amran kan? Am i right?", soal Malik dengan begitu cuak! Dah sudah, aku salah ke? Eh! Bukan tadi dia ke yang mengaku, memang dia Liya? Saja nak kenakan aku la tu. Sekejap awak!

"Awak pasti ke?", Liya tersengih. Eleh! Kalau dia senyum macam mana sekalipun, bukannya dia boleh nampak. Ye la, kan mereka tengah bercakap melalui telefon, bukannya face time! 

"Yes, indeed. I'm very sure," balas Malik dengan penuh keyakinan. Eleh! Hiperbolanya ayat!

"I'm sorry sir. My name is Aliya not Tengku Marliya." Tengku Marliya memberitahu 'kenyataan' yang patut tunangnya itu tahu.

"Err... Tapi takkan mama saya bagi salah nombor kut? Hmmm... Mintak maaf la ye, saya ingat tunang saya tadi," Malik mengeluh manakala Liya pula tengah tersengih melebar! Ha ha ha.... Kejamnya aku! Tapi rasa seronok la pula kenakan dia. Bukan selalu dapat peluang macam ni kan? 'Ish kau ni, Liya. Kau buat macam selalu aje kau bersembang dengan dia' Liya tersentak.

"Err.. Awak... Saya Tengku Marliya, bukan Aliya. Tak sangka pulak yang awak nak percaya," balas Liya dengan lemah.

"Nakalnya awak ni! Mati-mati saya ingat yang saya dah silap," getus Malik Ridhwan.


"He he he... Maaflah. Saya tak sengaja. Tiba-tiba aje idea nakal ni datang dengan sendirinya. Bukan saya yang nak."




                ***********************

please drop your comment and bla bla so that saya tahu apa yang saya kurang, garam ke gula ke. thankyou sebab baca! Allah bless in shaa Allah :)

Wednesday, 15 January 2014

suamiku, penyelamatku! 21

Assalamualaikum, sorry! baru boleh nak update :> hari hari ada homeworkS stress gila. nah, enjoy ^_^

****************************




Ingat bila dah masuk pejabat A&M Holdings ni, boleh la kalau nak tenangkan fikiran kejap ke, sebab dah nak kena selesaikan tugas yang diberikan. Tapi sebaliknya pula yang berlaku kepada diri aku ni! Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku dah jadi semakin kuat mengelamun. Aduhai..... Cik mindaku sayang..... Tak boleh ke awak berkerjasama dengan puan awak ni? Dia nak buat kerja pun susah sebab awak asyik nak alihkan perhatian dia aje.. Tak kesian ke dekat puan awak tu? Susah payah dia nak fokus terhadap kerja dia, awak pula yang tolong rosakkan. Dah sudah, kenapa dengan aku ni?!
Memandangkan majlis tu akan berlangsung lagi 3 hari aje, apa kata kalau aku pergi jemput nenek, Maksu dengan Paksu dekat kampung. Takkan nak harap dia orang naik bas aje, nanti kalau jadi apa-apa dekat nenek kan susah. Dah la majlis pertunangan aku haritu pun mereka tak datang sebab Paksu sakit. Dah Maksu kena jaga suami dia, takkan nenek nak naik bas sorang pula kan? Aduhai! Rindunya dekat nenek! Agak-agak nak ke tak eh nenek datang sambut sekali hari jadi aku tu? Alang-alang dah datang tu, boleh jumpa bakal cucu menantu sekali. EH?! Cuak pula aku sebut macam tu. Ish! 
"Hmmm... Memandangkan aku memang dah rindu dengan nenek sangat-sangat, apa kata aku bagi tahu aje papa yang aku nak pergi jemput nenek sekeluarga dekat kampung tu? Bukan jauh pun kan Kedah dengan Penang." Ujar Tengku Marliya seorang diri.
"Hai Arina... Tengku Amran ada tak dekat dalam bilik dia?", soal Liya setelah menekan salah satu daripada butang interkom yang terdapat di hadapannya.
"Ada aje cik. Kenapa?"
"Saja aje, saya ingat nak pergi jumpa ayah kejap. Ada benda yang saya nak bincang sikit dengan dia."
"Oh.. Kalau macam tu, cik nak saya bagi tahu Tengku Amran dulu ke yang cik nak jumpa dengan Tengku?"
"Tak payah Arina... Biar saya pergi terus aje."
"Hmm. Baiklah kalau cik dah kata macam tu", kata Arina dan terus Tengku Marliya menamatkan panggilan tersebut.
Bunyi ketukan bertalu-talu kedengaran dari dalam bilik pejabat Tengku Amran. Dah siapa pula yang datang ni? Setahu dia tadi, setiausahanya beritahu yang dia tiada temujanji dengan siapa-siapa harini. 
"Masuk," Tengku Amran memberi arahan.
Setelah diberi kebenaran untuk masuk ke dalam pejabat Tengku Amran, terus Tengku Marliya masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengan ayahnya.
"Assalamualaikum, ayah." Tengku Marliya memberi salam setelah masuk ke dalam ruangan milik ayahnya itu. 
"Waalaikumussalam," balas Tengku Amran sambil mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat ekspresi anak tunggalnya itu. Ya la, tiba-tiba aje datang ke pejabat ayahnya. Tak ke pelik?
"Why do you stare at me like that, ayah?", tanya Liya. Pelik juga dia, kenapa ayah pandang dia semacam aje? Muka aku ada apa-apa ke? 
"Nah... I'm just wondering, why you came into my office? Jarang jugalah Liya nak datang pejabat ayah ni. Ada apa-apa ke?"
"Saja aje. You seem so busy right now, Liya ganggu ayah ke?"
"Tak ada la. Kalau anak ayah, nak ganggu apanya. Liya satu-satunya la anak ayah, in shaa Allah tak akan ada perkataan sibuk untuk awak."
"Thanks ayah, i appreciate that." Tengku Marliya melemparkan senyuman miliknya.
"Sama-sama sayang. Hah! Ada masalah apa ni datang jumpa ayah?", soal ayah dengan penuh prihatin. Mana tahu anak tunggal dia ni ada masalah dengan pejabat ke, boleh la nak tolong. Sebagai seorang ayah, takkan nak biarkan anak mereka ada masalah tanpa diselesaikan betul tak?
"Kan majlis Liya tu tinggal berapa hari aje lagi...", Liya biarkan ayahnya tertanya-tanya dengan apa yang dia hendak sampaikan.
"So?" Tanya Tengku Amran sambil menjongketkan keningnya. 
"Jadi... Liya ingat Liya nak balik kampung, bawak nenek, Maksu dengan Paksu datang rumah kita. Nenek tu dah la tua. Takkan nak biarkan dia orang naik bas aje kan? Dah la majlis pertunangan Liya dulu pun mereka tak datang," ujar Liya dengan penuh bersemangat. 
"Liya dah fikir masak-masak ke? Bukan ke dia orang selalu datang rumah kita naik bas aje?", biar betul anak aku ni?
"Kali ni, biar Liya aje yang pergi jemput dia orang. Boleh kan ayah?" Tengku Marliya meminta kebenaran daripada ayahnya.
"Ayah okey aje kalau itu yang Liya nak," balas Tengku Amran sambil tersenyum dengan gelagat anaknya. Liya.. Liya... Dah matang rupanya anak aku ni.
"Thanks ayah, sayang ayah," terus Liya memeluk ayahnya.
"Ye la. Bila nak berangkat?"
"Petang ni la ayah, bukan jauh pun Penang dengan Kedah."
"Baiklah kalau macam tu. Jaga diri Liya baik-baik." Nasihat Tengku Amran kepada anaknya itu.
"Ye ayah. Kalau macam tu Liya balik bilik Liya dulu. Assalamualaikum," ujar Liya sambil mencium tangan ayahnya.
"Seronok la tu. Waalaikumussalam."

             ******************************

Dalam pada masa yang sama, ada seseorang yang gelisah dengan tindakan yang akan diambil olehnya sebentar nanti. Teringat kembali perbualan lelaki itu dengan ayahnya sebentar tadi.
"Papa nak Wan call Liya, ajak dia dinner malam ni dekat restoran mana-mana. Dah seminggu kau berdua bertunang, tapi masih belum bersemuka lagi. Sampai bila nak jadi macam ni, Wan? Kamu tu lelaki, sepatutnya kamu ambil inisiatif dulu untuk bertegur sapa dengan Tengku Marliya. Dia bukan siapa-siapa dah dengan kamu, dia bakal isteri kamu, tunangan kamu. Susah sangat ke, Malik Ridhwan Azhar?", Datuk Azhar mula membuka sesi 'ucapan'nya dengan satu-satunya anak lelaki dia bersama Datin Zaiton.
"Tapi papa, you know right that it won't be that easy?", soal Malik dengan perasaan yang bercampur aduk. Aduhai, ingat kenapa papa panggil aku ke pejabat dia tadi, rupanya nak bincangkan hal antara aku dengan Liya aje ke. Serabut!!
"Yes, i know. But at least, you try.. Memang bukan senang untuk kita setkan hati kita untuk orang yang kita tak pernah kenal. Memang susah, Wan. Tapi semuanya akan menjadi senang kalau Wan berusaha, kuatkan berdoa kepada Allah. Cuba Wan bukakan hati Wan itu untuk menerima Tengku Marliya seadanya..."
"Itu Wan tahu, pa. Wan tengah mencuba. Cuma...", tak sanggup Malik untuk meneruskan kata-katanya lagi. 
"Cuma apa, Wan? Wan ada masalah ke? Bagi tahu papa, in shaa Allah kalau papa dengan mama boleh tolong, kita orang akan tolong," ujar Datuk Azhar kepada anaknya. Kira ini akan jadi macam, kisah dari hati ke hati la. Lebih kurang la.
"Wan tak yakin aje dengan diri Wan ni. Wan takut Liya yang tak boleh terima Wan. Wan rasa lemah sangat ayah...", kata Malik sambil mengeluh. Sendunya suara!
"Cuba Wan kuatkan hati, sentiasa berzikir. Percaya bahawa semua ini adalah ketentuan daripada Allah SWT. Allah yang telah merancangkan semuanya. Wan kena tabah. In shaa Allah, papa yakin yang Liya terima Wan seadanya. Sebab kalau tak, kenapa dia tak tolak pinangan tu dari awal kan?", pujuk Datuk Azhar. Hmmm, boleh tahan besar jugak masalah anak aku ni! Ala, tak ada masalah yang tak ada jalan penyelesaiannya. Setakat masalah macam tu, in shaa Allah akan ada jalan keluar.
"Maybe sebab pada mulanya, dia tak kenal Wan?"
"Meaning?"
"Hmm.. Mungkin dia terima Wan sebab dia ingat Wan baik ke tapi bila dah kenal dengan Wan, dah tahu perangai sebenar Wan, mana tahu dia berubah fikiran."
"Wan selama ni jahat sangat ke?", soal Datuk Azhar dengan muka yang agak cemberut. Pelik dengan kata-kata anak lelaki tunggalnya itu. Setahu dia, anaknya itu bukan yang jenis suka berpeleseran. Kenapa Malik Ridhwan cakap macam tu? Ke.... Hmm...
"Bukan macam tu, ayah", nafi Malik.
"Habis tu? Ke Wan memang dah kenal dengan Tengku Marliya sebelum ni? Wan pernah sakitkan hati dia? Sebab tu kamu takut yang dia tak boleh terima kamu?", duga papa.
Malik dah gugup! Macam mana ayah boleh teka ni? Ya Allah, jangan la sampai aku terlepas cakap. Tolonglah hambaMu ini, ya Allah....
"Hmm. Tak ada la... Wan risau aje...", balas Malik sambil dengan gugup. Gulp! Haih, susahnya!!
"Betul ni?", Datuk Azhar mencerlungkan matanya.
"Betul papa." Malik tersengih.
"Bagus la kalau macam tu, tak ada alasan la dia nak tolak kamu. In shaa Allah, papa doakan yang terbaik untuk kalian."
"Amin... Kalau tak ada apa-apa, Wan mintak diri dulu eh?" pamit dirinya.
"Hmm. Ye la," balas Datuk Azhar sambil tersengih nakal. Ada-ada aje la papa ni!
"Assalamualaikum, papa."
"Waalaikumussalam", terus Malik meluru keluar dari pejabat ayahnya!
Malik tersentak akibat ada ketukan dari luar. Ya Allah, punya la lama mengelamun! Apa nak jadi dengan kau ni, Malik Ridhwan?! Tahu la kau gabra nak telefon si Liya tu, boleh pulak mengelamun panjang. Masya Allah, tak jadi kerja la kalau macam ini gamaknya! Eh! 
"Masuk," setelah mendengar arahan daripada bos mudanya itu, terus Zahirah masuk ke dalam pejabat Malik. Selaku setiausaha merangkap PA kepada bos muda yang bernama Malik Ridhwan Datuk Azhar, Zahirah Natasya seboleh-bolehnya cuba untuk mengambil hati bosnya itu. Sebab apa? Kerana dia ada hati dengan Malik. Walaupun dia tahu Malik itu merupakan tunangan orang, peduli apa dia? Selagi Malik belum berkahwin, selagi itu dia ada peluang. 
"Bos, jangan lupa ye meeting petang ni dengan Tan Sri Zubir, tentang perancangan rumah baru dia nanti. Pukul dua, dekat pejabat Tan Sri sendiri," ujar Zahirah sambil tersenyum menggoda. 
Eh, kenapa dengan perempuan ni? Aku tak ada hati dengan kau la, jangan perasan. "Hmmm... Ada apa-apa lagi?", soal Malik sambil membalas senyuman pembantunya. Karang dikata pula yang aku ni sombong! 
Alamak!! Dia senyum!! OMG! Cair aku! "Tak ada apa-apa dah. Kalau macam tu, saya mintak diri dulu."
"Baiklah", balas Malik dengan ringkas. Setelah disahkan yang Zahirah Natasya sudah keluar dari biliknya, dia mengambil keputusan untuk menelefon seseorang! Ha, minta-minta la dia angkat. Amin...

Wednesday, 1 January 2014

salam 2014.


Assalamualaikum wbt. selamat tahun baru semua! salam 2014. 
okey memandangkan harini last day cuti & esok sekolah, aku nak buangkan masa dengan menulis apa yang aku rasa aku nak tulis dekat sini. 

RANDOM THOUGHT(S)


yes, apa jua yang hampa nak buat, pastikan benda tu boleh buat hampa bahagia. jangan asyik nak ikut telunjuk orang ja semua, jangan dok biaq orang lain yang tentukan masa depan hampa. buat pilihan sendiri, kalau boleh pikiaq elok-elok baru ambik keputusan. sama jugak dengan aku, jangan bertindak terburu-terburu. ambik masa, mohon petunjuk daripada Allah SWT, in shaa Allah akan ada petunjuk yang membahagiakan kita.



rasa-rasa, ada banyak orang ka yang senyum sekarang ni memandangkan esok, khamis (2/1/14) merupakan HARI PERSEKOLAHAN? hah! habaq mai, ada ka? tup-tup bila aku kena ingat yang tahun ni kena ambil SPM, habih hilang semua senyum tu. 


sorrylah, aku ni memang jenis yang annoying sikit. aku buat ja apa yang aku suka & aku tak pernah pun nak heran dengan apa yang orang kata. so, inilah hasil daripada kebosanan aku harini memandangkan esok sekolah lepastu pejam celik pejam celik SPM lepastu habis sekolah lepastu tak mau pikiaq dah boleh? hah, tu pun kalau pejam lepastu celik. kalau pejam lepastu tak celik? innalillahi wainna ilahirojiun. (eja tak betul tak pa kan janji sebutan dia ok)

lagi panjang aku merapu nanti lagi banyak hampa maki nanti lagi berat pulak bahu kanan aku ni. ahahahaha ok sorry sebab aku annoyedkan hampa semua lepas tu terpaksa baca entry yang tak semenggah ni.

ok lastly, aku mintak maaf kalau ada yang butthurts sebelum ni, bukan salah aku ok. tu memang perangai aku. doakan yang terbaik untuk aku, memandangkan SPM dah semakin dekat! (ecewah buat macam selama ni aku ambik tau)

wallahualam, jazakumullahu khairan kathira.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.


Assalamualaikum, enjoy your day! ^_^ 


Tuesday, 31 December 2013

suamiku, penyelamatku! 20

Assalamualaikum. hi! this is the last entry for 2103. sorry kalau lambat update ke apa, busy gila sekarang ni. enjoy :)

*****************






Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would it be the same
If I saw you in heaven?
I must be strong
And carry on,
'Cause I know I don't belong
Here in heaven.
Would you hold my hand
If I saw you in heaven?
Would you help me stand
If I saw you in heaven?
Kedengaran lagu yang bertajuk Tears In Heaven daripada Eric Clapton didendangkan dari luar bilik Tengku Marliya dengan begitu lantang. Lagu yang boleh membuatkan jiwa sesiapa pun menjadi bercampur aduk dan sesuai untuk didengar jika seseorang itu mempunya masalah mahupun sewaktu emosi tidak stabil. Ditambahkan lagi dengan sejarah kenapa terciptanya lagu Tears In Heaven. Sungguh, ia amat memeritkan jiwa sesiapa yang mendalami setiap bait-bait lirik yang didendangkan.
I'll find my way
Through night and day,
'Cause I know I just can't stay
Here in heaven.
Time can bring you down,
Time can bend your knees.
Time can break your heart,
Have you begging please, begging please.
Beyond the door,
There's peace I'm sure,
And I know there'll be no more
Tears in heaven.
"Tears in heaven" adalah sebuah lagu oleh Eric Clapton dan Will Jennings dari soundtrack untuk Rush filem. Lagu ini ditulis mengenai kesakitan dan kehilangan Clayton merasakan berikutan kematian anak lelaki berusia empat tahun, Conor. Conor jatuh dari tingkap 53 tingkat pangsapuri New York yang dimiliki oleh rakan ibunya pada 20 Mac, 1991. Clayton tiba di apartmen itu tidak lama selepas kemalangan. "Tears in heaven" adalah salah satu lagu-lagu Clayton paling berjaya, kerana ia mencapai nombor dua di Billboard Hot carta 100 perseorangan di Amerika Syarikat.
'Macam mana la aku tak sedih, cuba kalau ada orang yang fahami lirik ni betul-betul macam aku, memang akan tersentuh. Tambahan pula, sejarah terciptanya lagu Tears In Heaven ini amat perit, masya Allah'
"ARGHHHHH", kedengaran suara Tengku Marliya yang menjerit dengan begitu kuat sekali. 
Would you know my name
If I saw you in heaven?
Would it be the same
If I saw you in heaven?

I must be strong
And carry on,
'Cause I know I don't belong
Here in heaven.
Setelah tamat lagu tersebut, Tengku Marliya terduduk seakan-akan terbuai dengan lagu yang didendangkan sebentar tadi. Tears in heaven merupakan salah satu daripada lagu kegemaran Liya. Lagu tersebut seolah-olah luahan perasaan yang hendak dilakukan oleh Tengku Marliya tetapi tidak mampu untuk diungkapkan dengan kata-kata. Untuk memudahkan ungkapan tersebut dilakukan, muzik yang dibuka kemudian didendangkan boleh menjadi salah satu media untuk meluahkan isi hati seperti yang dilakukan oleh Tengku Marliya.
Aku masih ingat lagi apa yang aku terbaca mengenai kata-kata daripada Clayton:
"Saya tidak merasa kehilangan lagi, yang begitu banyak sebahagian daripada persembahan lagu-lagu saya benar-benar perlu menyambung dengan perasaan yang berada di sana apabila saya menulis mereka. mereka jenis hilang dan saya benar-benar tidak mahu mereka kembali, terutamanya. kehidupan saya berbeza sekarang. mereka mungkin hanya perlu berehat dan mungkin saya akan memperkenalkan mereka untuk lebih titik terpisah pandangan. "
Kedengaran seperti seseorang sedang mengetuk pintu biliknya dengan kuat. Barangkali itu adalah ibu dengan ayah kut. Setelah dibuka pintu biliknya itu, terjengul kepala Puan Marziana dari luar.
"Tadi, ibu dengar Liya menjerit. Kenapa?", soal Puan Marziana dengan prihatin. Apabila terdengar aje jeritan Tengku Marliya, terus Puan Marziana berlari untuk mendapatkan anak tunggalnya itu. Mana tahu, ada perkara buruk ke yang menimpa anaknya pada saat itu.
"Err", tergagap-gapap Liya hendak menjawab. Nak bagi alasan apa ni? Ha! "Tadi Liya tengah nyanyi, lepas tu Liya tengok cermin. Terkejut tengok muka sendiri nampak macam hantu sebab serabut giler"
"Ish! Liya ni, risau ibu. Ingat apa ke yang terjadi dekat anak ibu ni"
"Maaflah ibu, Liya tak sengaja. Liya minta maaf sebab ibu risau. Tak ada apa yang berlaku pun sebenarnya. Ampunkan Liya ye ibu?", ujar Liya sambil mencium tangan ibunya.
"Ye la, lain kali jangan buat lagi. Ibu maafkan. Dah lewat ni, pergi tidur, goodnight, Assalamualaikum", terus ibu mengucup kedua-dua pipi anak tunggalnya itu.
"Baiklah puan, night! Waalaikumussalam", Liya membalas kucupan ibunya seraya menutup kembali pintu biliknya itu. Keluhan kasar kedengaran keluar daripada bibir comel itu,
"Kenapa dengan aku malam ni ya Allah?! Kenapa emosi aku tak stabil ni? Masya Allah, aku dah terbuai dengan perasaan aku sendiri. Aku dah terbuai dengan nafsu amarahku. Subhanallah, apa hendak jadi dengan aku ni ya Allah. Sesungguhnya aku buntu dan keliru dengan perasaan aku sendiri. Kenapa dengan aku? Apa yang aku dah lakukan sehingga aku sendiri berasa tak tenang? Adakah ini semua berpunca daripada apa yang ibu dengan ayah bincangkan sebentar tadi? Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah, tenangkanlah hati hambaMu ini ya Allah. Aku redha dengan takdir yang telah Engkau tetapkan.....", luah Tengku Marliya.

*************************


Keesokan harinya, setelah kepenatan pulang dari pejabat, dia disapa oleh ibunya. Baru nak masuk dalam rumah aje, ibu dah tegur. Padahal baru aje aku pulang daripada pejabat. Mak ai, letihnya! Penat-penat kerja seharian, ingat dapat nak berehat sekejap la landing baik punya atas katil, tapi sebaliknya pula yang berlaku. Nak buat macam mana, layankan ajelah. Bukan orang lain pun, ibunya sendiri juga.
"Ha! Tengku Marliya, sini sekejap ada benda yang ibu nak bincangkan.", panggil ibu setelah aku menutup pintu rumah. Apa lagi yang ibu nak ni? Dah la aku aje balik dari pejabat, penat pun belum habis lagi. Nasib badan la...
"Ye ibu? Ibu nak bincang pasal apa ni? Mana ayah?"
"Ada aje ayah kat sini Liya... Baru aje nak turun. Hah! Jom kita bincang sekali alang-alang Liya dah balik ke rumah kan. Nanti tak ada masa pulak nak bincangkan semua ni", sampuk ayah.
"Macam ni... Ibu nak buat majlis sambutan hari lahir kamu yang ke-25 hujung minggu ni. Sekaligus ayah nak melantik Liya sebagai CEO A&M Holdings. Liya sibuk ke hujung minggu ni?", soal ibu memainkan peranannya. Siapa yang tak kenal dengan Puan Marziana? Mesti buat perancangan dengan rapi dulu sebelum melaksanakan sesuatu majlis tu! Ha.. Ibu siapa entah?
"Liya okey aje ibu... Tapi ramai ke yang ibu nak jemput ni?"
"Kawan-kawan Liya, kawan ibu dengan ayah, bakal mertua Liya. Sekali dengan staffs A&M Holdings. Masa tu boleh Liya nak kenal-kenal dengan bakal suami Liya. Bukan ke gitu bang?"
"Betul tu Liya. Sampai bila Liya nak berdiam diri aje macam ni? Liya kena la jugak ambik inisiatif untuk berkenal-kenal dengan si Wan tu dulu ke, ni tak. Diam macam tu aje. Sampai bila nak jadi macam ni Liya? 3 bulan tu tak lama sayang. Pejam celik, pejam celik Liya dah jadi isteri orang. Ayah tak suka kalau nanti anak ayah tak boleh nak terima dia apabila dah bernikah nanti. Masa ni la untuk berkenalan, kenal hati budi masing-masing. In shaa Allah, dia sesua untuk Liya. Lagipun Wan tu baik budaknya, dengar cakap orang tua. Mungkin sekali pandang aje, Liya dah jatuh cinta dengan dia. Kuasa Allah SWT kita tak tahu, sayang. Kalau Allah tentukan sesuatu itu untuk berlaku, sekelip mata aje benda tu akan berlaku. Liya kena bersedia, kena terima dengan hati yang terbuka. Ingat, kami ada sentiasa doakan Liya", kata ayah sambil memeluk aku.
 Sumpah! Aku sebak gila dengan dengan kata-kata ayah sekarang ni. Kenapa la waktu-waktu macam ni pulak ayah nak buat 'tangkap leleh moments' aduhai! Janganlah ada yang menangis dekat sini.
"Baiklah ayah, Liya akan dengar cakap ayah. In shaa Allah, Liya akan ikut segala nasihat ayah dengan ibu. Liya akan berubah, doakan Liya ye ibu, ayah"
"Doa kami memang sentiasa untuk kamu aje nak.... Kamu aje la anak kami berdua. Dah dah! Jangan la kita berdrama dekat sini. Balik ke topik asal", ujar ibu setelah mendapati yang kami sekeluarga sudah masuk ke topik yang tak sesuai untuk dibincangkan saat ini.
"Ibu dah fikir ke nak buat apa untuk majlis hujung minggu ni?", soal Tengku Marliya.
"Kalau boleh ibu nak buat something simple dah la, bukan nak grand sangat. Cuma sekadar majlis kesyukuran serta perlantikan CEO baru untuk A&M Holdings."
"Itu la. Sudah sampai masanya untuk Liya ambil alih A&M Holdings, ayah cuma perlu bantu dari belakang aje. Semuanya Liya yang uruskan. I know your potential Liya, 'cause you're my daughter, my only daughter. So i do understand you a lot. I know what you're capable of. In shaa Allah, dengan izin Allah, Liya tadbir syarikat kita. Ayah letakkan sepenuh kepercayaan ayah dekat awak ye sayang", ujar ayah setelah lama mendiamkan diri.
"Hmmm... Kalau macam tu, in shaa Allah Liya akan banggakan ibu dengan ayah"
"Macam tu la anak ibu dengan ayah", kata ayah sambil memeluk ibu dan aku. 
'Ya Allah, sesungguhnya aku bahagia dengan keluarga yang telah Engkau berikan kepada aku, ya Allah....'
"Kalau dah tak ada apa-apa, Liya mintak diri nak naik ke atas dulu la ayah, ibu. Assalamualaikum"






"Waalaikumussalam", balas ayah dengan ibu serentak.


maafkan saya kalau ada buat silap ke apa, jangan simpan dalam hati. butthurts ke apa, jangan pendam. thanks for all your comments! 2014 maybe akan jadi lagi slow sebab SPM, so yeah. pray for me! ^_^
Tumblr Scrollbars