Monday, 24 March 2014

suamiku, penyelamatku! 23


Assalamualaikum wbt, sorry lambat update sebab busy dengan banyak kerja. apa apa pun, nanti saya try untuk siapkan benda ni secepat mungkin so boleh letak dekat blog lepas tu boleh fokus untuk spm (acah acah ja kot)

apa apa pun, enjoooooyyy! :)


***************************







"Okey macam ni...", Ana berdeham sebelum meneruskan percakapannya. "Dia ajak kau pergi dinner, sebab apa? Padahal kau berdua memang akan berjumpa jugakan hujung minggu ni?"

"Sebab...", Liya tak dapat untuk meneruskan kata-katanya lagi. Pening, pusing!

"Kau ni!", marah Tengku Rozana. "Kenapa dia tak nak jumpa kau terus aje malam hujung minggu ni nanti? Kenapa dia nak kena jumpa kau awal-awal? Mesti ada sebab kan. Padahal memang akan berjumpa jugak. Mesti dia ada sebab yang tertentu, betul tak, Liya?"

"Ye la kut, dah kau kata macam tu," sekali lagi Tengku Rozana menepuk dahinya sendiri apabila mendengar kata-kata yang diluahkan oleh sepupunya itu.

"Astaghfirullah... Kenapa la kau ni blur sangat? Maybe sebab dia dah mula dapat terima kehadiran kau. Dia memang nak berkenalan dengan kau, supaya nanti waktu majlis tu berlangsung, sekurang-kurangnya dia dah kenal kau serba-serbi sedikit. Tak ada la nanti, kau berdua macam tak ada chemistry aje. Dia tengah cuba untuk menyesuaikan diri dengan kau, tapi kau pulak yang nak balik kampung. Mana tahu, dia jatuh cinta pandang pertama dekat kau ke. Tak ada la kau berdua nanti tak boleh nak terima kekurangan diri masing-masing."
"Dah aku balik kampung nak pergi jemput nenek aku kan..."

"Kau tak boleh ke balik aje esok? Susah sangat, kau pergi aje la keluar dengan dia malam ni. Sekurang-kurangnya, kau berdua dah saling mengenali. Tak ada la nanti, seorang tu bawa haluan ke utara, seorang lagi bawa haluan ke selatan. Kalau macam ni, memang susah la, Liya. Aku tak nak, nanti bila kau kahwin, kau orang ikut haluan masing-masing. Memang la kau berdua dijodohkan oleh keluarga masing-masing, jangan kau pergi ikut drama dekat tv tu pulak! Cuba kau rapat-rapatkan diri, kenali siapa suami kau yang sebenarnya. Kenali hati budi dia dulu. Jangan nak fikirkan diri sendiri aje. Kalau dah jadi macam ni, memang waktu hujung minggu ni aje la kau orang baru pertama kali nak berjumpa."
"Nak buat macam mana...", Liya terdengar Ana mengeluh kecil.
"Dah itu yang kau pilih, memang aku tak boleh nak buat apa dah. Apa yang aku boleh tolong kau, cuma bagi sokongan dengan nasihat aje. Untuk pertemuan kau orang nanti, cuba kau selami hati dia, perangai dan sifat dia. Jangan pulak nanti kalau dia tersalah cakap ke, terkasar bahasa sedikit ke, kau dah melenting. Kau orang dah la baru nak berjumpa dan berkenalan. Jadi kau memang tak tahu lagi perangai dia macam mana. Just go with the flow, Liya. Aku yakin kau boleh tempuhi semua ni. Kau kena ingat, semua ini adalah takdir yang Allah SWT tetapkan untuk kau. Jangan sesekali kau salahkan takdir kalau kau memang tak boleh nak suka dekat tunang kau tu. Kau tahu kan, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya? Walau apa pun yang terjadi, kau kena ingat bahawa semua yang berlaku ni memang ada hikmahnya tersendiri," nasihat Tengku Rozana. Ana mengurut lembut tangan Liya yang terdapat di atas meja itu, sebagai tanda untuk memberikan Liya semangat.

Liya terdiam mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh sepupunya itu.

"Aku tahu, kau masih tak dapat terima lagi kan dengan apa yang terjadi ni walaupun secara zahirnya kau nampak bahagia bila dia telefon kau sebentar tadi. Betul tak dengan apa yang aku kata ni, Liya?'
"Mana kau tahu?", soalan Ana dibalas dengan soalan juga. Suara Liya kedengaran seperti semakin mengendur.

"Aku bukan baru sebulan aje kenal kau, Liya. Aku kenal kau sejak kita kecil lagi. Aku rapat dengan kau sejak kita kecil lagi. Bukan susah sangat aku nak baca air muka kau tu. Mungkin untuk sesetengah perkara, memang aku tak dapat nak tafsirkan. Tapi ada juga yang aku berjaya fahami. Bukan susah untuk baca minda dan fikiran kau ni, unless kalau someone tu memang baru aje kenal kau. Tapi.. Kalau dia baru aje kenal kau dan dia dapat baca minda kau, memang dia ada kuasa psikik!", Tengku Rozana berseloroh untuk menceriakan kembali suasana. Dia tak mahu sepupunya itu berasa sedih dan tertekan. Kalau boleh, Ana hendakkan yang terbaik dalam hidup Liya.

"Entahlah, Ana. Aku malas dah nak ambil tahu tentang semua ni. Kalau boleh, aku berserah ajelah. Kau pun tahu kan pasal kisah silam aku tu?"

"Liya... Jangan disebabkan perkara tu, kau tak nak mencari cinta kau sendiri. Semua perkara tu dah berlalu, lagipun ia bukannya terjadi kepada diri kau. Aku tahu kau trauma dengan cinta, tapi cuba la kau bagi peluang dekat diri kau sendiri. Jangan disebabkan satu perkara tu, kau musnahkah harapan ibu dengan ayah kau yang nakkan anak dia orang bahagia. Kau cuba bagi peluang kepada diri kau tu dulu, jangan bertindak dengan terburu-buru, Liya. Kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Sepatutnya, kau dah tak payah nak fikir pasal perkara tu lagi. Ia dah berlalu, terlalu lama.... Dia pun sudah meninggalkan dunia ni. Nasib kau berdua bukannya sama, cuma kebetulan aje ia terjadi depan kau sendiri. Kau kena belajar terima kenyataan, Liya. Semuanya dah berlaku, dan ianya tak ada kena mengena pun dengan hidup kau. Sepatutnya kau yang masih hidup ni, teruskan berjuang. Mencari cinta sejati kau sendiri, bukan main aci redah aje. Kau kena buka pintu hati kau tu sikit, supaya ada lelaki yang dapat nak masuk. Tapikan, aku rasa baik kau bukakan pintu hati kau tu, untuk bakal suami kau. Mana tahu, memang dia ada cinta yang diturunkan oleh Allah SWT untuk kau." Panjang lebar nasihat yang diberikan kepada Liya.
Tumblr Scrollbars