"Masuk", arah Tengku Marliya setelah pintu pejabatnya diketuk oleh seseorang. Mungkin Ariana kut nak beritahu aku tentang temu janji dengan syarikat mana-mana, telah Liya.
"Liya! Congrats baby! I thought you still wanna be my fiancee,, but now... Who cares baby but you still my baby aite?"
"Masuk aje la dulu kau ni nak kena dengan aku ke?", soal Liya dengan berpura-pura marah dengan sikap Ammar Naufal yang muncul denngan tiba-tiba setelah pulang daripada menguruskan projek di Pulau Pinang.
Ammar Naufal iaitu Pengurus Projek di Syarikat A&M, seorang yang sangat ceria dan sangat rapat dengan aku. Aku sudah menganggap dia sebagai salah seorang sahabat baik aku.
"Baby you still tak jawab soalan I"
"I'll always be your baby and your best friend Am. Kau ingat lagi tak dulu aku pernah kata, kau seorang sahabat yang sangat baik, penyabar aje bila layan semua kerenah aku", balas Liya dengan penuh kelembutan kerana dia tidak mahu menyakitkan hati manusia di hadapannya itu. Walau apa pun yang berlaku, sahabat aku memang tak akan aku lupakan. Mereka sahaja yang aku ada bila aku susah, bila aku senang, senang kata mereka memang ada bila-bila masa sahaja yang aku perlukan mereka. Mereka selalu bersabar dengan kerenah aku, layan aje angin aku yang kadang-kadang tak betul ini. Meskipun Ammar Naufal pernah menyuarakan apa yang terkandung dalam hatinya kepada aku, aku memang tak boleh menerima dia lebih daripada seorang sahabat. Memang aku tak boleh melanjutkan hubungan aku dengan lebih mendalam kerana aku sudah anggap dia sebagai sahabat susah senang aku dan bukan mudah kita hendak jatuh cinta kepada seseorang yang sudah kita anggapya sebagai kawan baik.
"Aku pun dah boleh terima kenyataan yang kau sudah berpunya. Aku harap sangat dia dapat bahagiakan kau, kalau aku dapat tahu kau tak bahagia, siaplah dia!", ucap Ammar Naufal dengan nada yang cuba ditahan supaya Liya tidak dapat mengesan apa yang terbuku di dalam hatinya. Bukan mudah untuk kita lupakan cinta pertama kita, lagi pula bila kita sungguh-sungguh mencintai dia. Aku anggap sahaja yang aku tak ada jodoh dengan Tengku Marliya. Walaupun aku mencintainya dengan jarak yang jauh, aku akan pastikan orang yang aku cintai sentiasa bahagia walaupun aku tidak dapat memilikinya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dengan apa yang telah ditetapkan olehNya kepada hamba-hambaNya.
Orang selalu kata, kalau kau cintai dia, kau patut lepaskan dia dengan orang yang dia cintai dan kau berikan dia kebahagiaan yang dia sepatutnya dapat. Cinta datang dan pergi tanpa kita duga. Kerana seorang perempuan bernama Tengku Marliya, hidup aku berubah. Hidup aku selalu disimbahi dengan kebahagiaan, senyuman yang tidak lekang dari bibir dan aku sentiasa gembira jika dapat melihatnya. Kebahagiaan Liya adalah kebahagiaan aku juga. Allah telah menetapkan jodoh aku sejak dari dulu lagi, in shaa Allah aku akan dapat wanita yang mencintai dan dicintai aku sebagai pendamping hidup aku di dunia dan juga di akhirat kelak.
"In shaa Allah aku akan bahagia dengan bakal suami aku. Nanti kalau ada masa ke, aku kenalkan kau dengan dia okey?"
"Ye la Liya. Hmm... You know what, it's already lunch hour baby, shall we take a break from work and go to eat?", tanya Ammar setelah dia puas menatap wajah Liya untuk melunaskan segala rindu yang terpendam sejak dia berada di Pulau Pinang untuk menghadirkan diri untuk memantau projek yang dijalankan di sana.
"Kau belanja aku?", seloroh Liya dengan nakal.
"Apa-apa aje la Tengku Marliya oi.. Aku baru nak paw kau tak sangka kau bertindak dulu sebelum aku eh"
"Ini Tengku Marliya Tengku Azman la wahai saudara Ammar Naufal"
"Apa-apa la kau ni aku lepuk karang ada aje yang pengsan dekat sini. Kau memang sengaja aje kan? Mengadanya kau ni Liya, habis la kau nanti riak aje dengan suami kau. Pantang orang puji ada aje riaknya itu", seloroh Ammar Naufal. Bukan tak tahu perengai dia itu, pantang siapa-siapa puji sikit aje, ada aje nak dibanggakannya itu. Memang dari mula aku kenal sampai dah nak kahwin dah pun, tak berubah perangai itu. Kadang-kadang itu ada jugalah rasa nak ikat mulut tu dengan getah, tapi tak sampai hati la pula. Maklumlah kita sayang dia, mana sanggup nak buat semua tu. Kalau kau sayang awek kau, kau nak ke cederakan dia? Ha! Samalah macam aku ni. He he he...
"Berani ke kau tu?", gelak tawa Tengku Marliya mula kedenganaran. Nampak sangat yang dia ni saja aje nak bakar hati Ammar. Suka giler buat semua orang marah! Liya... Liya.....
"Liya........................", Ammar Naufal memanggil nama Tengku Marliya yang sengaja dipanjangkan untuk menunjukkan yang dia marah.
"Ye la, aku berhenti"
"Jom!"
"Okey"
"Kau nak makan apa? Order aje la", pelawa Ammar Naufal setelah mereka tiba di restoran untuk makan tengah hari.
"Give me nasi goreng kampung and carrot milk please?", ujar Liya kepada pelayan yang datang mengambil pesanan mereka. Kemudian dia memberikan menu yang sedang dipegangnya kepada Ammar untuk membuat pesanan.
"I want nasi goreng daging merah and apple juice. Thanks", Ammar Naufal menayangkan senyumannya kepada pelayan tersebut setelah dia meminta diri untuk pergi. Pelayan di restoran ini sangat ramah dan berbudi bahasa. Mereka melayan semua pelanggan dengan baik sekali dan sering kali tersenyum apabila bertembung mata.
"Okay baby, tell me everything and don't hide anything from me", pinta Ammar Naufal setelah makanan siap dipesan. Bolehkah aku menerima apa yang bakal dikatakan oleh Liya walaupun aku tahu hati kecilku akan dirobek dan disiat-siat. Bolehkah aku mencerna setiap apa yang bakal dituturkan olehnya sebentar nanti tanpa merasa apa-apa? Sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui apa yang aku rasakan sekarang ini. Semuanya telah ditetapkan olehNya, aku cuma perlu menerima segala-galanya kerana inilah yang terbaik buat diriku.
Janganlah disebabkan cinta, kita gagal melaksanakan tuntunanNya. Janganlah kerana cinta kita mengabaikan diri sendiri dan manusia di sekeliling. Terimalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Janganlah kita melupakan Yang Maha Esa setelah dihujani dengan pelbagai dugaan, malah pada Dia la tempat kita bersujud jika terjadi apa-apa.
"Okay bro! Ibu dengan ayah nak jodohkan Liya dengan anak kawan dia orang dan mereka yakin yang anak kawan mereka itu mampu bahagiakan Liya kerana dia datang daripada keluarga yang baik-baik. Sekurang-kurangnya ayah kenal rapat dengan dia orang dan in shaa Allah dia orang tak akan mensia-siakan hidup Liya", ujar Liya dengan tenang sekali kepada Ammar Naufal. Dia yakin bahawa Ammar akan dapat memahami kata-katanya yang mudah dan tidak tersinggung.
"Tapi kenapa kau boleh terima dia dengan seadanya dan kenapa kau tolak pinangan aku?", soal Ammar dengan lemah. Sungguh dia tidak bersedia untuk segala-galanya! Apa yang mampu dia lakukan adalah hanya dengan berdoa.
"Itu soal lama Am. Aku pun dah lupakan dia. Dan aku tak tahu kenapa mudah sangat aku menerima pinangan itu. Mungkin dia adalah jodoh aku"
"Kau yakin ke dia dapat bahagiakan kau Liya?"
"Aku yakin kerana ibu ayah aku sudah meletakkan kepercayaan mereka kepada keluarga itu", balas Liya dengan penuh keyakinan.
"Apa lagi yang mampu aku katakan, aku harap kau bahagia di samping dia. Aku sentiasa ada kalau-kalau kau perlukan aku ke, kau telefon aje aku. Kita masih jadi kawan kan?"
Suasana menjadi sedikit tegang.
"Kita kawan selama-lamanya Am. Aku doakan kau jumpa pasangan yang terbaik suatu hari nanti", tutur Liya dengan ikhlas dari hati. Ammar Naufal, nama yang tidak asing lagi dalam hidup Tengku Marliya.
"Aku suka dengar kau cakap macam tu. Dah makan la, nanti sejuk kempunan pula kau!", seloroh Ammar Naufal.
"Kau ingat aku mengandung ke hah?!"
"One fine day sayang. Ha ha ha..."
"Sayang..... Jom teman aku lepak pantai nak?"
"Boleh aje"
"Sebenarnya aku ada benda nak bagi tahu kau ni."
"Apa dia?"
"Aku sebenarnya dah lama sukakan kau. Aku dah jatuh cinta dengan kau"
"Hah?"
"Tengku Marliya Tengku Azman, Ammar Naufal loves you! Please be my bride darling? Marry me? I want you to stay by my side and be my lover forever. Will you?", jerit Ammar Naufal dengan lantang. Apa dia peduli kalau ada yang tengok! Biarkan aje orang kata aku ni jenis romantik dan aku nak melamar dia menjadi suri hati aku selama-lamanya. Lagipun, niat aku suci. Aku ingin dia menjadi isteri aku di dunia dan juga di akhirat kelak.
"What................. I'm speechless."
"I want you to marry me. I won't force you, i want you to think first"
"Aku tak boleh................", balas Liya dengan lemah seumpama sedang bercakap dengan dirinya seorang sahaja.
"But why?"
"I can't accept you. I'm sorry"
"Why Liya why? Please tell me the truth"
"Aku masih belum bersedia, aku masih ingin menyendiri lagi. Kau faham aku kan?"
"Am i not good enough for you baby?", soal Ammar dengan terkejut dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Gadis yang dia sayang, dia cinta menolak dirinya apabila diberitahu niat yang suci itu.
"You're the best among the rest but honestly i tell you, i can't. I'm sorry. You're my brother aite?"
"Yes. Forever", balas Ammar Naufal dengan sedikit senyuman diukirnya.
"Thanks", ujar Liya. Aku tahu yang Ammar tak akan memaksa aku. Dia akan menerima keputusan aku sepenuhnya. Walau apa pun yang berlaku di antara kami, dia tetap abang aku.
Aku terpaksa menolak lamaran Ammar Naufal kerana aku masih belum bersedia. Hati aku masih ragu-ragu lagi dengan apa yang diperkatakannya. Mampukah aku memberikan komitmen yang sepenuhnya? Aku rasa aku tidak patut membuat keputusan yang terburu-buru. Apa yang aku katakan itu adalah jawapan yang terbaik.
Dia melamar aku dalam suasana yang sangat romantik. Di tepi pantai di waktu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut tubuhnya. Rambut aku yang berterbangan ditiup angin pantai itu aku biarkan, biarkan ia menikmati ciptaan indah Allah SWT. Suasana yang dirasakan cukup sesuai untuk melamar seseorang yang sangat teristimewa. Tetapi tidak bagi aku. Walaupun aku merasakan bahawa dia ini seorang yang sangat romantis, tetapi aku tidak dapat memenuhi hajatnya. Maafkan aku Am kerana aku sudah menolak lamaran kau. Aku harap sangat yang kau tidak terasa hati dengan aku dan aku akan sentiasa doakan kau kerana aku sudah menganggap kau sebagai abang aku.
Aku tahu yang dia mungkin bersedih sekarang ini, tetapi aku tidak mampu berkata-kata lagi. Cukuplah aku membuat hatinya menjadi kucar-kacir, aku sudah tidak sanggup menghampakan dirinya.
"Kau sedih ke Am?", tanya Liya.
"Apa yang bodoh sangat soalan kau ni Liya?", balas Ammar Naufal dengan sarkastik.
"Aku minta maaf..."
"Kau tak buat salah pun dekat aku."
"Tapi...", tidak sembat aku membalaskan kata-katanya, dia sudah menyampuk. Sepuk karang mamat ni naya aje dengan aku!
"Tak apa.."
"Thank God yang kau tak marah aku. Aku gembira sangat", ucap Liya dengan gembira kerana dia tidak mengguris hati lelaki di hadapannya ini.
Ammar Naufal tersenyum.
"Kau baik sangat dengan aku Am, aku rasa aku tak layak berdiri di sebelah kau"
"Apa yang kau merepek ni Liya? Aku yang sepatutnya kata macam itu, ni kau pula"
"Kenapa?"
"Kerana kau bakal menjadi bos aku dan kau ni anak pengurus syarikat tempat aku kerja itu... Aku rasa diri aku ni kecil sangat...", ujar Ammar dengan lemah.
"Apa la kau merepek ni Am? Jangan mengarut!", marah Liya.
"Woi sengal kau berangankan apa hah sampai aku ketuk bilik kau sampai nak kematu jari aku ni hah! Kau ganti balik. Sakit ni Liya...", ujar Ammar sambil menunjal lembut kepala Liya.
"Apa kau ni!"
"Kau tu berangankan apa? Bakal suami kau?", tawa Ammar meletus tanpa dapat ditahan lagi.
"Shut up"
"Ala marah pula sayang aku ni. Aku minta maaf la. Aku melawak aje, tak ada niat pun nak bagi kau marah sebenarnya..."
"Hmmm... Kau nak apa datang bilik aku ni?"
"Aku nak kau tandatangan ini. Tengku nak kau yang tandatangan projek ini sebab dia nak kau yang uruskan", ujar Ammar Naufal.
Kenapa ayah tak beritahu aku apa-apa pun pasal projek ini? Kenapa Am pula yang tiba-tiba datang minta tandatangan aku? Projek membina rumah anak yatim? Ayah nak buat apa ni?
"Kenapa aku pula?"
"Sebab kau anak dia la. Dia nak kau handle projek ni dengan sebaik mungkin. Mungkin Tengku belum beritahu kau lagi kut" balas Ammar Naufal dengan teragak-agak.
"Ye kut"
"Nah!"
"Sudah. Nanti kau brief aku sikit-sikit eh pasal projek ni? Aku bukan biasa sangat dengan semua ni. Boleh?", Tengku Marliya meminta tolong Ammar Naufal selaku pengurus projek di syarikat ini. Dia seorang sahajalah yang aku boleh harapkan nak membantu aku kerana dia sahaja yang paling arif dalam bab-bab ni. Aku aje yang lemah. Macam mana nak ambil alih syarikat ni kalau perkara kecil macam tu pun aku nak minta tolong orang? Sudah kau Liya...
"I'll help you my princess."
"Baguslah kalau macam tu Am. Kau sorang aje yang aku boleh harapkan yang dapat membantu aku", Kembang kempis hidung Ammar Naufal mendengar apa yang diucapkan oleh Tengku Marliya!
"He he he... Apa yang menganggu fikiran kau tadi sampai aku ketuk pintu pun kau buat pekak aje?"
"Tak ada apa la...", dalih Tengku Marliya. Dia tak mahu Ammar tahu yang dia sedang memikirkan tentang dirinya! Dirinya yang telah melamar aku dahulu di salah sebuah pantai yang terdapat di Pulau Pinang. Aku lupa dekat mana!
"Kau dengan orang lain kau boleh tipu tapi bukan dengan aku ye sayang", balas Ammar dengan nada yang tegas. Dia tahu ada sesuatu yang mengganggu hati kecil gadis itu, dari pandangan matanya sudah dapat aku agak yang dia sedang memikirkan sesuatu sambil berkhayal. Tapi apakah yang menganggu fikirannya? Dia pula tidak mahu membuka mulut. Ish!
"Betul tak ada apa-apa"
"Aku lihat mata kau pun aku dah dapat agak. Tapi tak apa la kalau kau tak mahu kongsi apa-apa dengan aku. Aku anggap aje yang aku tidak mengetahui apa-apa. Kalau kau rasa kau ada masalah, kau masuk aje bilik aku. Bilik aku sentiasa terbuka untuk anak bos macam kau", selorohnya dengan nakal.
Apa la yang sedang kau fikirkan wahai permaisuriku? Kenapa kau nak berahsia dengan aku sedangkan kau sendiri yang mengaku bahawa aku ni abang kau. Tidak apa la, mungkin kau belum bersedia lagi. Nanti kalau kau nak beritahu apa-apa, kau tahu aje la dekat mana nak cari aku.
"Eh! Dah lambat ni. Aku masuk bilik aku dulu!"
Aku menghantar kelibatnya dengan pandangan mata sahaja sehingga kelibatnya hilang sebaik sahaja pintu ditutup.
Aku mengeluh.
p/s: alhamdulillah, hanks tfor those comments that you gave here & wechat, i'll try to improve myself :)